Wednesday, June 30, 2010

Sebelum dan Selepas 'Kejadian' itu

Ni adalah gambar sebelum 'kejadian' itu



*

*

*

Dan dibawah ni gambar selepas 'kejadian' itu...sob...sob..sob



Korang dapat agak tak apa dia 'kejadian' itu?

p/s: Mau menjerit je rasa bila balik keje sabtu lepas tengok rambut Damia dah jadi macam tu..ni gara-gara atuk Damia a.k.a abah aku la ni yang serabut mata tengok rambut Damia yang panjang kat depan tu ...TAPII KENAPA KENA POTONG SAMPAI MACAM TU...CIAN ANAK MAMA...isk..isk..isk dah macam tempurung kelapa dah rupanya

p/s 2:Nak marah kang jadik anak derhaka plak....so sabar je lah ye Mama Damia...esok esok panjang la balik rambut Damia tu :(

Happy 2nd Birthday Nur Damia Batrisyia

Damia selepas 3 jam dilahirkan pada 27 June 2008 jam 11.24 pagi

Walaupun lewat 3 hari entry ni ditulis tapi Mama tetap ingat tarikh lahir anak kesayangan Mama sorang ni.Pejam celik pejam celik dah 2 tahun umur Damia.Kejap sangat masa berlalu mama rasa.

Damia ketika berumur 1 tahun pada 27 June 2009

 Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus anakku
walaupun kini kau semakin nakal tingkah dan laku,
walaupun kini semakin bertambah usiamu,
walaupun kini semakin becok kata-katamu,
walaupun kadang-kala ada yang jelik sikapmu,
Tapi bagi Mama,Papa dan semua orang di sekelilingmu,
Kau tetap satu-satunya permata hati kami
Anugerah terindah dari yang Allah yang satu,
Buat menemani perjalanan hidup kami selamanya.

Mama ucapkan selamat hari lahir yang ke 2 buat mu,
Semoga kau terus membesar menjadi anak yang solehah,
Dan terus memberikan sinar kebahagiaan buat kami..

We Luv U So Much Darling...muachhhhssss

4 hari sebelum Damia berumur 2 tahun

AFIF HAKIM 1ST BIRTHDAY GIVEAWAY


Sila klik sini kalau nak join giveaway ni..Tarikh tutup nya adalah pada 30 June 2010

Ucapan untuk birthday boy, Afif Hakim

"Happy 1 st birthday to you.
Semoga menjadi anak yang soleh dan gembira di dunia dan di akhirat"

Monday, June 28, 2010

CUTEST BABY IN PURPLE BY MAMA


Contest anjuran blog MAMA CONTESTS GIVEAWAYS .Tarikh tutup contest ni adalah pada 1 Julai 2010.


Anjuran bersama

 




So ni lah dia gambar yang aku pertaruhkan

*

*

*

*

*

*


Nama Anak: Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
Umur: 2 Tahun 1 hari
Tarikh Lahir: 27 June 2008
Email:kasihmama82@gmail.com

Sunday, June 27, 2010

~contest anda bersama si comelll~



Gambar di pertaruhkan adalah
*

*

*

*

*

*


Gambar di ambil sewaktu kami berjimba ria di Genting Highlands.

Nama mama: Haiza
Nama anak: Nur Damia Batrisyia
Tarikh Lahir: 27 June 2008 (ngam-ngam 2 tahun)

Contest ni akan berakhir pada 30 June 2010.So aku tag 3 orang mommy ni tuk join contest ni

Friday, June 25, 2010

ADELIADAMIA SHOPPE GIVEAWAY~SAYANG ANAKKU!!

Meh join giveaway anjuran blog http://wenn-elma.blogspot.com/ & http://adeliadamia.blogspot.com/. Tarikh tutup giveaway ni adalah pada 1 July 2010.

So ni lah dia gamba aku dan Damia


Nama ibu: Haiza
Nama anak: Nur Damia Batrisyia
Umur: 2 Tahun pada 27 June 2010 ni

Sekali fully booked la plak..layan Karate Kid la jawabnya

Semalam ingat nak tengok citer Toy Story 3...tak sangka la plak bleh fully booked.Kalau ada tiket pun nun kena duduk betul2 depan skrin...gilo ke apa...mau krem leher aku pastu kang...Sekali baru la aku teringat yang semalam hari Rabu...tiket murah...patut la fully booked.

So aku ajak Papa layan Karate Kid...dia on je..hehehe dapat citer kul 10.15 malam.Memandangkan ada masa sejam lagi sebab kitorang sampai sana kul 9 mlm...so apa lagi pi pekena masakan Thai la dulu...aku kalau pi Summit ni memang wajib singgah melantak kat restoran Thai kat tingkat 2 summit ni...Bihun tom yam dia mabeles...then paling aku suka pulut mangga dengan santan....perghhhh...

Amcam terliur tak?? RM5.00 sepinggan hargenya

Berangan nak pakai chopstik dak tecik ni

Ada pulut hijau tu aku rasa diorang campurkan air daun pandan pastu ada pulut biasa tu..

Luas nganga mulut anak mama ni dapat makan mangga yang manis dan lemak berkrim tu..huhuhu abis separuh mangga tu dia makan

Damia makan mangganya....mama bedal pulut ngan santan je...ye kompem makanan yang menggemukkan tapi sekali sekala takpe kan??...iyo lah tu :P

Siap bagi dia pinggan lagi satu supaya senang Damia nak makan mangga tu....selera betul dia 

Amik ko penuh mulut ngan mangga

Siap dengan dagu2 masuk dalam pinggan...ekekeke

isap jari plak lagi...memang kompem sedap ni ye Damia

Masa ni dia dah start mintak mangga lagi ngan aku....huhuhu takda nya lah aku nak bagi lagi.Lenkali plak baru leh makan lagi

Air sirap dia pun sedap lain dari yang lain rasa dia....hahahaha aku pun tatau nak describe camna rasa air tu...yang penting memang aku suka...padahal cuma sirap je..

Habis melantak apa lagi layan movie la...bahan bukti harus ada

Muka kompius Damia...ekeke mama ni janji nak tengok Toy Story ni tengok citer kung fu plak...iskk ...

Ekekeke nasib citer The Karate Kid ni besh.Kalu tak sure aku balik ngan rasa hampa.Memang besh la citer ni.Memandangkan aku ni memang jenis layan citer2 kung fu n karate macam ni so macam takda masalah untuk aku tengok citer ni.

Apa yang pasti citer ni betul2 menunjukkan serba serbi tentang negara China.Kung fu dah memang sah-sah la seni pertahankan diri dari China.Siap tunjuk tembok besar China pastu tempat2 belajar kung fu...Damia siap ikut cakap "hiyarrrgghh" masa diorang tunjuk scene berkungfu tu.

Cuma dalam citer ni aku tengok Jackie Chan tu cam tua sangat2 walaupun sebenarnya dia memang dah tua.Banyak pengajaran yang boleh diambil dari citer ni tapi yang paling utama ialah "FOKUS"...memang ditekankan dalam citer ni kalau nak capai sesuatu kita memang kena FOKUS...fokus dan usaha untuk mendapatkan apa yang dihajati...so aku bagi 4.8 dari 5 bintang tuk citer ni...ekeke

P/S:Papa janji nak bawak tengok Toy Story ari ahad ni sempena besday Damia yang ke 2 tahun...dah 2 tahun anak mama tu

P/S:ermm tahun ni takda sambutan untuk besday Damia coz atuk Damia cakap takyah la nak berseronok2 sangat sedangkan Pak Ngah baru 2 minggu tinggalkan kita..maybe sambutan besday Damia akan disekalikan dengan open house raya nanti...InsyaAllah

Wednesday, June 23, 2010

Masa untuk tengok Toy Story 3



Saya dah siap nak gi tengok Toy Story 3 ngan mama dan papa ni...nanti balik saya citer ye besh ke tak citer Toy Story 3 tu ye ..tata..owh kawan baik saya mesti la ikut sekali :P

~Damia~

Double A Lucky Draw Contest


Contest anjuran Aleng & Azreen.

Syarat-syarat penyertaan :

1) Jadi follower : Azreen (untuk kategori lelaki), Aleng ( Untuk kategori perempuan)

2) Tulis entry pendek bahawa anda telah menyertai lucky draw ini. (jangan lupa link ke blog Azreen & Aleng )

3) letakkan kedua-dua banner di dalam blog anda (sidebar) <---copy banner code yg telah disediakan.

4) Sila tinggalkan link entry anda di dalam komen mengikut jantina (Kategori Lelaki : Azreen, Kategori Perempuan : Aleng )

5) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Julai 2010.




..


..

Untuk join klik sini

Baby & Me Giveaway

Mood nak update blog masih belum mari lagi...dari blog ni diam bersawang baik aku bermarathon buat entry contest je...hehehe

Contest anjuran Nia bertajuk Baby & Me Giveaway

Contest berlangsung sehingga 14 July 2010 jam 11.59 pm

Kalau nak join dan nak tengok syarat2 giveaway ni sila klik sini

Tuesday, June 22, 2010

Pelajar Mati Tumpah Darah

KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah agama di Pasir Mas, dekat sini, panik apabila teman wanitanya tiba-tiba rebah dan pengsan dipercayai akibat keguguran yang menyebabkan pendarahan teruk sebelum meninggal dunia di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, pergi ke resort berkenaan dengan membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya, kira-kira jam 9 pagi.

Sebaik tiba di resort berkenaan, teman lelaki mangsa yang juga berusia 17 tahun, mendaftar masuk sebuah bilik di situ, namun difahamkan, sejurus tiba di depan bilik itu, gadis terbabit ‘tumpah darah’ teruk dipercayai akibat keguguran.

Panik dengan situasi dihadapi itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian menimpa teman wanitanya kepada seorang petugas di kaunter penyambut tetamu resort berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Pemuda berkenaan dikatakan memberitahu teman wanitanya pengsan dalam bilik, namun apabila diperiksa, gadis terbabit didapati sudah meninggal dunia.

Sumber memberitahu, pekerja resort yang bergegas ke bilik berkenaan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di bahagian pinggang ke bawah, lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pelajar perempuan yang mengalami pendarahan serius itu kemungkinan keguguran sehingga membawa kepada kematiannya. Bagaimanapun, setakat ini, usia kandungan gadis berkenaan belum diketahui.

Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan yang enggan namanya disiarkan memberitahu, pelajar itu ponteng selepas dihantar ibunya ke sekolah bersama seorang adiknya, pagi semalam.

“Dia seorang pelajar yang pendiam dan tidak menghadapi masalah disiplin walaupun tidak tergolong sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Menurutnya, sepanjang pengetahuannya pelajar terbabit mempunyai perwatakan yang baik dan sering solat berjemaah di masjid serta pernah menyertai kegiatan agama di sekolahnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Datuk Amir Hamzah Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihak polis yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat pendarahan teruk.

Katanya, siasatan awal dilakukan mendapati mangsa mengalami pendarahan selepas keguguran dan polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat yang mengakibatkan kematiannya.

“Polis sudah menghantar mayat mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), untuk dibedah siasat. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

p/s: Sebelum ni banyak kes anak mati sebab didera, di buang dan di gugurkan dengan cara haram...ermm kali ni ibu plak mati sebab keguguran atau menggugurkan...MUNGKINKAH kita akan terdengar berita seumpama ini lagi nanti...iskk

Alfatihah untuk arwah Pak Ngah-Dzulkifli bin Ismail

Masih rasa terkejut dengan berita pemergian Pak Ngah ke rahmatullah pada 17 June 2010 jam 11.48 pagi haritu.Hari tu juga aku macam tak sedap hati nak pegi keje.so aku call opis nak cakap aku mc.Kul 12 tgh hari aku siap2 nak kuar gi klinik amik MC.Belum sempat aku kuar umah dapat panggilan dari kampung yang mengatakan Pak Ngah aku dah meninggal.errmmm ajal dan maut ketentuan Allah.

Last aku jumpa Pak Ngah 2 minggu lepas masa aku balik kampung sebab sepupu aku iaitu anak Pak Ngah kawin.Masa tu aku tengok Pak Ngah memang nampak letih sangat.Badan pun susut sampai Pak Ngah nampak cengkung sangat,tapi dia tetap taknak pergi hospital.Puas anak-anak dia pujuk tapi tak berjaya.

Last sekali adik Pak Ngah yakni Mak Jang aku pujuk terus dia nak ke klinik.So hubby aku tolong hantarkan ke klinik,sampai klinik,doktor cakap Pak Ngah kena masuk hospital sebab keadaan dia agak teruk.Pak Ngah di masukkan ke hospital Kuala Kangsar.Itu lah kali terakhir aku tengok Pak Ngah.

Masa kitorang nak gerak balik ke kampung,ekzos kete aku bocor,so nak tak nak kena pergi bengkel dulu tukar ekzos.Lepas 30 minit semua dah settle kitorang terus gerak balik..Tiba-tiba waktu kat highway tengah laki aku duk pecut 150km/j boleh plak tayar belakang kete kitorang naik tu pecah.Nasib laki aku boleh control kete,kalau tak?...tak tau lah nak cakap apa.

Akibatnya kitorang tak sempat nak tengok arwah Pak Ngah buat kali terakhir sebab bila kitorang sampai kat kampung,Arwah Pak Ngah baru je lepas dikebumikan.Sedih sangat aku rasa. :(

Al-Fatihah buat arwah Pak Ngah...semoga roh Pak Ngah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Thursday, June 17, 2010

mamaeja & JJC 1st Giveaway : Cutest Baby With Hat Contest



Contest anjuran mamaeja & JarumJahitCollection.



Closed Date: 17 June 2010

Ni lah dia gambar Damia bertopi....layannzzz.....

Nama anak: Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
Tarikh lahir: 27 June 2008
Nama Ibu: Haiza

"Gambar kat atas tu diambil time kitorang bercuti di Genting Highlands bulan 3 haritu.Aku bagi Damia pakai topi tu je,tapi dia sibuk plak nak pakai spek aku...hah amik dah macam mata lalat dah.hihihi"

Aku suka blog mamaeja ni sebab dia buat contest yang besh camni...huhuhu ye la selama ni aku tak pernah jejak pun blog beliau ni,tapi di sebabkan contest ni maka aku  sampai kat sini.Nampakkan betapa bagusnya join contest n anjurkan contest ni,at least blogger lain akan sampai ke sini.Owh Mamaeja sangat pandai menjahit.Nak tengok hasil sentuhan melatoppss beliau sila klik sini

Wednesday, June 16, 2010

Aku bukan peminat setia ko...tapi....

Tapi aku rasa ko memang sangat cantik,lemah lembut dan tidak sombong.First time ni dapat bertentang mata dengan ko...tetiba aku jadi terpegun sampai terkeluar ayat ni dari mulut aku "Cantik nya la awak ni Siti"....yes aku cakap direct depan dia...dia hanya tersenyum je :P...hehehe

Sangat pendek diri ini bila berdiri sebelah Datuk Siti Nurhaliza..*member aku menggigil dapat jumpa Siti*

Cantik kan dia?..

Gambar ni diambil pada hari Sabtu 12/6/10....masa ni Siti attend wedding dinner anak kepada bos besar Media Prima...liputan sekitar majlis perkahwinan ni akan ditayangkan dalam rancangan Nona di TV3 ...tapi aku tatau tarikh bila...hehehe...maybe Ahad ni atau Ahad depan

Owh ada lagi satu gambar yang menarik perhatian aku....korang tengok ni walaupun kabur sikit
*

*

*

*

*

Tun Abdullah & Tun Jeanne Abdullah yang sangat romantik..berpegangan tangan lagi


p/s: Bila dapat jumpa dengan ramai pemimpin negara & juga artis2 membuatkan aku suka ngan kerja aku kat hotel ni.Time keje aku kul 11 pagi sampai 7 petang(buat kerja opis),lepas pada tu aku buat overtime jaga VVIP yang attend function kat hotel ni..

p/s: Aku dah jaga ramai pemimpin negara dan yang paling baru ni la Pak lah(12/6/10) ngan Sultan & Sultanah Perak(14/6/10).Bukan semua orang diberi kepercayaan untuk buat kerja ni kalau takde pengalaman.Sebab tu la walaupun aku dah duk opis tapi khidmat aku tetap juga diperlukan bila ada VVIP event macam ni ....tetiba plak rasa bangga...hakk tuii

Thanks ita_cutevirus

Den baru balik dari Langkawi bulan lepas....alih-alih bulan ni dapat hadiah dari Langkawi plak...Ekceli hadiah ni aku dapat sebab menang Contest Cari 8 N3 Rahsia Ita. Keputusan contest ni ada kat sini


Apa ek kat dalam tu??

*

*

*

*

*


Ada minyak gamat,key chain ngan FM.....thanks Ita

CABUTAN BERTUAH MAMA SYAFI


Jom join cabutan bertuah anjuran Mama Syafi ni.Kalau nak join boleh klik sini.Hadiah best sumbangan Butik Babykidmatters, sebuah butik yang menjual pakaian baby n kanak2.


Tarikh tutup contest ini adalah pada  15 July 2010 pukul 11.59 malam

Tuesday, June 15, 2010

Season 2 - Cute Baby with C.H.O.C.O.L.A.T.E

 

Contest anjuran Suziey & momguess

Tajuk contest:  Cute Baby with C.H.O.C.O.L.A.T.E

Tarikh tutup contest: 15 June 2010 jam 2 pm.

Gambar di pertaruhkan......
*

*

*

*

*

*

*

Nama anak: Nur Damia Batrisyia bt Ahmad Firdaus
Umur: 1 Tahun 11 bulan ++
Tarikh Lahir: 27 June 2008

hadiah untuk contest kali ni ialah dua stool comel di atas..

"GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MOMGUESS.BLOGSPOT"

Monday, June 14, 2010

Gadis dan bunga...cam tajuk lagu plak

Meh layan gamba-gamba Damia sewaktu kitorang pulang ke kampung atuk Damia kat Perak last week sebab ada kenduri kawen cousin aku.

Gadis dan bunga merah kat baju ...huhuhu...background bantal busuk dia tu harus diusung kemana-mana jua...tapi skang bantal busuk ijo dia tu tgh berjemur sebab dia muntah tadi...cian anak mama ni demam :(

dengan penggunaan DSLR mungkin gambo ini akan menjadi lebih superb..oh kemahiran juga harus ada...serius la aku nak sambar satu DSLR...canon pilihan ku...oh Farid Kamil...eh,tetiba??

Gambo ni yang paling aku suka...jelas terpancar kegedikan anak aku... :P


Mak+anak....bapak mana??...bapak dah stanby dalam kete..



comel tak??? ........kompem la mama akan cakap comel...


habis bunga opah aku kena petik ngan dak tecik ni,..dia cam teruja je bila nampak bunga-bunga kat situ



Orang lain yang kawen....aku yang beria berinai...ada aku kesah??
Damia macam biasa...tetap fail buat "peace"

perghh abah aku,pakai suar jean je gi kenduri kawen..ni kalau aku cat rambut dia kaler hitam pastu bagi pakai tshirt ngan jean tu....sure orang ingat abah aku ni umur 30 tahun ++ ....muahahaha...bleh ke camtu??
aku ngan mak aku dah macam adik ngan kakak je kan?...ni kalau mak ngan abah aku tgk blog aku ni sure hati diorang berbunga-bunga...silap-silap terus gi dating tengok lagenda budak setan.. ekekeke*aku dah mula merapu*

Ni lah dia sepupu aku tu, yang lelaki tu....
SELAMAT PENGANTIN BARU MAN & SITI...
SEMOGA KEKAL BAHAGIA SELAMANYA

suku dari family belah abah aku...ni baru yang ibu2 ngan anak-anak kecik je...kalau sumbat semua sekali family abah aku kat sini..mau roboh pelamin tu kang...

p/s: Aku tengok pic Damia tu cam gamba raya pun ada tu..eh lagi 3 bulan je la nak raya kan?..puasa tahun lepas dah ganti ke?


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin