Thursday, January 07, 2010

Hello Kitty Giveaway

Another contest to join for this year.Contest yang amat simple bertajuk Hello Kitty Giveaway dan pemenang akan di pilih melalui lucky draw.Contest anjuran Ulat's Wonderland dan akan berakhir pada 10 Jan 2010.

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort~part 3

hahaha cam sinetron seberang plak ade episod2 ni...ni entry terakhir aku kat Awana Kijal ni.Last day ni takda buat apa pun,hihihi bangun tido jek terus breakfast then kemas2 coz nak check out kul 11 pagi sebab nak meneruskan perjalanan cuti-cuti pantai timur ni ke destinasi lain plak.

Tapi takkan nak blah gitu jek kan?...sementara dok nunggu semua siap... sempat la aku tangkapbeberapa keping gambar..bleh la kan dari takde langsung.

Kat parking kete pun still leh berposing...

Mama & Damia...susah betul la anak Mama ni nak senyum...masham jek muka tu

Ni betul2 sebelah bilik...belakang tu pantai..kalau dari dalam bilik pun still leh dengar bunyi ombak yang kuat tu

Gaya-gaya bakal seorang kakak yang penyayang kan?...huhuhu

Terima kasih..

SELAMAT JALAN......maka berakhirlah edisi cuti-cuti Malaysia kitorang di Awana Kijal ni and our next destination is ........

@TASIK KENYIR@

Jumpa lagi di next entry.....tatatititutu.......... :)

Wednesday, January 06, 2010

CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish

Sticky Mode sampai 6 Januari 2010....Entry terbaru sila scroll down....mekaceh :P

Lagi contest untuk di join dan merupakan contest pertama untuk tahun 2010 ni.Contest ni anjuran Mama Aqish yang bertajuk "Cutest Baby 2009 Contest by Mama_Aqish".

Antara penaja untuk contest ini adalah

Branded Baby Clothes

&

Click Click Shoppe


So ni lah dia gambar yang ku pertaruhkan.......

Nama:Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
Tarikh Lahir:27 June 2008
Umur:1 Tahun 6 bulan ++
Contest ni akan berakhir pada 6 Januari 2010.Kepada kenkawan yang nak join contest ni sila klik link ni ye...tata

Tuesday, January 05, 2010

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort~part 2

Malam kedua lepas puas mandi swimming pool di siang hari,we all berBBQ di tepi pantai. Walaupun ombak sangat la kuat disamping angin yang bukan lagi bertiup sepoi-sepoi bahasa,we all tetap jugak berBBQ...ni pun gara-gara barang sume dah beli...nak tak nak kena gak la buat...

Notti Damia...memula elok jek dia duk melayan her cousin Hezry ni yang duk atas stroller tu...pastu dia plak sibuk nak duk situ...terus my MIL kena dukung hezry.apalah Damia ni...notti betul.

Muka Damia yang kerimasan sebab angin yang kuat tu meniup rambut dia yang agak mengerbang tu....tu la mama nak ikat tak kasi...kan dah rimas :P

Actually masa kitorang tengah sibuk berBBQ ni,security resort ni datang n sound kitorang cakap ikut peraturan resort ni sebenarnya tak dibenarkan hidupkan unggun api kat sini coz takut angin yang kuat tu menyebabkan api merebak dan juga abu kayu hasil dari unggun api tu akan mengotorkan pantai.Hahahaha spoil mood betul,tengah seronok2 bleh kena sound plak.Tapi kakak hubby aku sound balik kat security tu,dia cakap petang hari tu gak dia ada call reception n tanya boleh ke nak buat BBQ tepi pantai?yang bestnya boleh plak si penjawab telefon tu cakap "boleh kak,sebab ni private beach,so akak boleh la buat BBQ tu kat area pantai"...hah amik ko...staff resort tu yang sengal, tak pasal2 kitorang kena sound.

So security tu takleh nak kata apa dah la,cuma dia duk round kat area kitorang lepak tu berulang2 kali.Kitorang buat dek jek,siap bergelak ketawa sambil terus berBBQ.Sure bengkek giler security tu kan...muahaha janji perut kitorang kenyang n hati pun puas.

Ni masa kena sound ngan security....huhuhu...sempat snap gambar lagi tu sebagai bahan bukti....cuma muka security tu je tak nampak.....hahahaha

p/s:aku rasa teruk agaknya staff kat reception tu kena sound esoknya sebab buat keje sambil lewa...muahahaha lantak korang la

Monday, January 04, 2010

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort~part 1

Entry edisi cuti-cuti pantai timur yang tertunggak...lepas balik dari perak terus gerak ke Awana Kijal kat Terengganu.Duk kat sana dari 23/12/2009 sampai 25/12/2009.Kat sini bercuti dengan family hubby.Kebetulan masa ni abang ipar hubby ada outstation kat Petronas Kertih,so kakak hubby ajak kitorang lepak sekali kat sini....Dah macam family day pun ye jugak coz semua ada kecuali kakak sulong hubby jek tak join.

Ni kali kedua aku jejak kaki kat sini,tempat dia memang agak menarik dengan bilik yang luas,kawasan persekitaran yang luas dan paling best swimming pool dia yang besar, maka disebabkan itu aktiviti kitorang siang hari pada hari kedua kat situ adalah berendam dalam swimming pool sampai kecut....hehehehe.Damia??...memang happy giler dia kat situ...dapat main air .Nak mandi pantai tak boleh coz ombak sangat kuat dan semua orang memang tak dibenarkan untuk mandi di pantai...even duduk kat pool dia pun still dapat dengar betapa kuatnya bunyi ombak tu....memang seram sejuk gak la rasa

Tengoklah aksi Damia ni...ntah berapa kali dia duk jalan pusing2 kat dalam swimming pool ni...Mama dia yang memang stok pemalas ni sekadar duduk sambil snap2 apa yang patut je. :P

Habis jek berendam...apa lagi ZZZzzzzzzzzzz...... la jawabnya.Penat sangat la tu.Yang lain bantai layan tv n ngap segala jajan yang ada.Perut lapo la katakan...nak keluar makan dah malas dah coz kat luar masa ni dah hujan...lepas melantak jajan tu apalagi....tido gak la join Damia...hihihihi

Friday, January 01, 2010

Jom buang masa..........

Ayat yang paling tepat tuk menggambarkan entry aku kali ni..maksud aku membuang masa tu adalah ...aktiviti aku dan Damia yang membuang masa hampir 3 jam di klinik kesihatan.Adeii ni gara-gara nak bawak si Damia ni gi klinik tuk buat injection sebab umur dah masuk setahun 6 bulan....alih2 lepas aku dok melangut menunggu dekat 3 jam boleh plak si nurse tu cakap yang hari ni takyah cucuk lagi kena tunggu bulan depan...

Adeii hai...memang si nurse tu yang cakap sendiri kat aku"buang masa jek akak datang hari ni,bukan boleh cucuk lagi,akak datang bulan depan ye..ok lah boleh la akak balik...takde apa dah"....adoii senak perut aku dengar dia cakap camtu....napa la tak cakap awal2....aku siap amik cuti lagi sebab nak bawak anak aku pegi klinik...alih-alih dia cakap macam tu...ni dah kira pengalaman kedua aku kena macam ni....korang rasa memang service kat klinik kerajaan ni macam ni ke?...tau le benda free tapi jangan la buat aku macam ni...lotih dek non oii...korang layan kan ajelah ye gambar Damia yang mengembara segenap klinik ni...stok boring ler tu :P

Gigih nak panjat tembok tu....

at last aku kurung dia kat tempat ada playground kat klinik ni...tak daya aku nak kejar n control dia yang duk belari kesana kemari tu...duk dalam ni lagi bagus..biar dia main jek menan kat dalam tuh

p/s:kalau la aku ni banyak duit...sure aku tak bawak Damia ni gi klinik kerajaan... :(

p/s:Malas la nak spoil kan mood sendiri di permulaan tahun baru ni....hehehe so HAPPY NEW YEAR 2010 TO ALL MY DEAREST BLOGGER FRENZ..

Thursday, December 31, 2009

New Year Giveaway


Contest mudah tuk di join...rasanya cam dah lama tak join contest..so kali ni nak join contest yang menawarkan hadiah yang sangat unik dan menarik iaitu "Wine Bottle Umbrella".

Senang je nak join just copy banner kat atas tu pastu tepek kat side bar beserta link ke blog puan penganjur contest.Very easy peasy kan?...keterangan lanjut tentang syarat contest ni boleh klik link ni ....

Notti-Face Giveaway

Contest anjuran MamaAdwanEncem dengan tajuk contestnya "Notti-Face Giveaway" dan akan berakhir pada 31 December 2009...so nilah dia wajah si notti ku..

Nama dak notti ni:Nur Damia Batrisyia bt Ahmad Firdaus

Tarikh Lahir: 27 June 2008

Umur: 1 tahun 6 bulan ++

Nama Mama:Norhaizamiah

Cerita di sebalik gambar ni sebenarnya masa ni si Damia baru lepas berjaya mencabut gagang telefon dari telefon yang ada kat dalam bilik ni waktu kitorang pergi bercuti di Awana Kijal.Maka dengan lagak muka nakal dia tu siap buat gaya ala-ala mengajuk bila aku tegur dia.Lepas jek aku tegur dia,siap dicampaknya gagang tu...isk isk isk memang notti betul dak tecik sorang ni

SWEET moments Contest by lensaMama

Contest terakhir kot sebelum penutup tahun 2009 ni...kali ni aku nak join contest anjuran lensaMama dengan tajuk contest nya adalah SWEET moments Contest by lensaMama. Maka ni lah dia Sweet moments yang aku pertaruhkan...

my SWEETIE name:Nur Damia Batrisyia Ahmad Firdaus

age:1 year 6 month ++

D.O.B: 27 June 2008

tengok pun dah tau kan betapa sweetnya ice cream tu..kalau tak sweet takkan la si Damia ni beria-ia makan sampai menjilat jari lagi.Gambar ni diambil masa kitorang tengah shopping barang dapur kat mydin usj.dan atuk Damia yang belikan ice cream tu untuk Damia...Punya la bersungguh nya Damia ni makan ice cream tu sampai comot2,sampai membuatkan semua orang yang lalu lalang kat Mydin tu tersenyum tengok gelagat dia...

Wednesday, December 30, 2009

Contest Ceria si Ayah bersama Anak

Contest anjuran Fasha dan disponsor oleh Pu3zdini dengan tajuk nya Contest "Ceria si Ayah bersama anak"....so nilah gambar yang aku pertaruhkan

Nama ayah:Firdaus
Nama anak:Damia
Umur anak:1 tahun 6 bulan ++


Actually gambar ni di ambil masa kitorang bercuti di tasik kenyir last week.Ni gambar masa baru lepas check in,Damia yang tak sabar nak main air terus diusung oleh papa masuk dalam swimming pool.Baju pun tak sempat tukar...Memang kelihatan mereka berdua ni sangat enjoy dan bergembira di situ


****************sekadar selingan*******************


Pada yang nak join meh klik sini...tarikh tutup dia adalah today, 30 December 2009