Friday, September 30, 2011

Baby in Baju Raya Contest

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON
"VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS"




penaja hadiah

&

contest tamat pada 30 september 2011
 
 
Nama: Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
Umur: 3 tahun 3 bulan
Tarikh Lahir:27 June 2008

Baby In Baju Raya Contest

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON
"VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS"




penaja hadiah

&

contest tamat pada 30 september 2011



Nama:Ahmad Haziq Ziqri bin Ahmad Firdaus
Umur:6 Bulan 3 Minggu
Tarikh lahir:5 March 2011

Wednesday, September 28, 2011

Open house 2011..memang open sampai sahur

Alhamdulillah ....hari Ahad lepas family aku buat open house sempena Aidilfitri...memang biasa tiap tahun kitorang buat dah penghujung2 Syawal.

Tetamu??perghh memang tak putus-putus orang datang dari pukul 3 petang ...seronok sekali setahun dapat jamu kawan-kawan,sedara mara n jiran-jiran dengan air tangan kitorang sefamily

Antara menu hari tu


Ketupat daun palas....ni aku balik keje kul 12 malam sabtu tu terus buat...mata mmg dah tak larat nak bukak dah...tapi buat jugak...sudahnya kul 3 pagi aku tdo ...mak aku plak sambung buat...tu pasal macam2 saiz ada...hehehe

ketupat ni makan ngan kuah kacang atau rendang ayam pencen...perghhh memang mabeles...rendang ayam abah aku memang power...hehehe


Ni kuah laksa...of course la makan ngan laksa...tapi gamba laksa aku tak amik...satu periuk besar kau....licinnnn...tinggal la dalam semangkuk je lagi...ni hasil tangan abah aku


Ni plak Sup gear box...abih la sume gear box kete abah aku campak dalam ni...oppss just kidding (buat ala-ala citer hantu bonceng)....ni pun hasil tangan abah aku...macam biasa....jadi pojaan ramaiii...huhuhu


Ni plak sup ayam kampung yang dah pencen...hehehe...pun hasil tangan abah aku gak


Last sekali...of course la kway teow goreng kerang ni..asal goreng je ...licin...asal licin je...goreng..ni hasil tangan abang ngan abah aku..

p/s: Eh aci tak letak gambo makanan dalam periuk2 ni je?..

p/s: Eh aci tak kalau nak buat entry ni berpart2?

p/s: Eh aci tak semua makanan abah aku yang masak?aku ngan mak aku masak apa?

p/s: Eh aci tak aku ngan mak aku buat ketupat palas je pastu beli kuih raya tunjuk2 kat jalan Tar...hahahha

contest gambar raya paling HOT



Due: syawal yang terakhir ....hari ni le tu :P

Agak-agak gambo kat bawah ni 'HOT' tak?
*

*

*

*

*

*

*

Ni pic my doter Nur Damia Batrisyia dengan sepupu dia...siap jeling menjeling lagi youu...auwwww


Wednesday, June 29, 2011

Happy 3rd birthday Kakak Damia


Sekejap je masa berlalu..sedar tak sedar sudah 3 tahun aku bergelar seorang ibu.Kelahiran puteri sulungku Nur Damia Batrisyia pada 27 June 2008 yang lalu melengkapkan kehidupanku.

Kakak,mama teramat-amat sayangkan kakak.
Mungkin ada perbuatan kakak yang mengundang marah di mata mama,namun di hati mama kakak tetap membahagiakan mama.
Sekarang ni kakak dah berusia 3 tahun,sekejap je kan.
Sekarang kakak dah ada tanggungjawab bersama2 mama untuk menjaga adik.
Doa mama semoga Kakak membesar menjadi anak yang solehah dan boleh membanggakan keluarga.

Mungkin ucapan mama ni agak terlewat,tapi mama tak pernah lupa.
Walaupun tiada sambutan buat Kakak,tapi mama janji bila semua masalah dah selesai mama akan buat majlis harijadi kakak di rumah baru kita.


Ni la hadiah dari mama buat kakak,bila semua hal dah selesai kita akan berpindah ke rumah kita sendiri..mama harap kakak akan jaga rumah kita ni bila mama dah takde nanti

HAPPY 3RD BIRTHDAY NUR DAMIA BATRISYIA
MAMA LUV U SO MUCH KAKAK...MUACHHHSS

Tuesday, June 14, 2011

Apabila kakak melayan adiknya..

 Amat mudah melayan si kecil ni.Tak banyak meragam.Menangis bila lapar dan nak tido je.Kakak pun sangat suka melayan si adik.walaupun kenkadang jari adik diramas dek kerana geramnya kakak pada si adik...hehehe

 Si kakak yang rilek (ouh rambut sudah mula mencucuk mata) dan si adik yang penuh kosentrasi..apa lah agaknya yang menarik sangat ni ye


Oho melayan Upin Ipin ye...diam je adik tengok upin ipin ni ye

Masa adik botak...kakak cakap adik macam Upin Ipin...ekeke

p/s: Memang seronokkan melihat teletah anak-anak ni..hilang segala rasa penat seharian bekerja..mama sayang kalian berdua :)


Friday, June 10, 2011

Haziq 3 bulan

Kelmarin bawak Haziq gi klinik untuk check up.Kejap je rasa dah 3 bulan dah dak boboi ni.Alhamdulillah dia masih fully breastfeed lagi.

 Ni masa on the way nak ke klinik...geram..geram :P


Semakin hari semakin geram ngan dak tecik ni..skang ni mulut dia makin kuat membebel ajak kita berborak ngan dia.Kalau di layan..fuhh kemain rancak...ntah apa dibebelnya pun hanya dia je yang faham..ekeke


Skang ni berat dia dah 5.6 kg...naik 500gram dari 2 bulan aritu.Doktor cakap ok je berat dia.Tapi ni kalau dukung boleh tahan gak terasa.hehehe

Breastfeed harus di mana2 saja...takde dah nak terkejo2 cari tempat sembunyi2...yang penting anak kenyang dan tak meragam

Tertidur kekenyangan.Bangga untuk diri sendiri..sebab masa time kakak dia dulu..dalam pantang dah bagi susu 'mak lembu'..

Kuat tersenyum skang ni.Nampak je muka mama dia balik keje..terus tersengih2 sebab tau nak dapat ko*ek...ekekeke

p/s:Motif gamba kat atas tu semua selain nak tunjuk gamba Haziq...nak tayang tudung Fareeda..boleh?...ekeke

Amik kau sekali 5 Buffered Earning Nuffnang bagi

Hah terkojut beruk jap aku bila tadi sesaja gatal bukak Nuffnang..
sekali tengok ada 5 buffered earnings.

Biasa aku kalau dapat pun dalam 1 atau 2 BE je...itupun jenuh nak tunggu...
Ni sekali dapat sampai 5

Thanks again Nuffnang

Semoga BE ni terus menari2 kat blog aku tu...huhuhu


p/s: Aku nya BE ni lepas jadi ME takdelah banyok mana sangat pun hasilnya..tak macam bloggers2 lain yang boleh cecah sampai ribu-riban..apa2 pun bior sikit jangan takde langsung udah ler...hehehe

Wednesday, June 08, 2011

Ni semua Ayu a.k.a ibudamia punya pasal!

Ye memang tak salah lagi,
semuanya sebab Ayu a.k.a ibudamia yang jadi puncanya.
Sebab dia lah aku jadi angau sampai macam ni.

Sebab dia jugak la aku sanggup drive memalam
 semata-mata nak hilangkan angau aku tu.

Memang Ayu lah penyebabnya aku jadi macam ni..tak caya tengok ni

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

tu la dia rupanya...hehehe sebab Ayu la aku cam berkenan ngan tudung Fareeda ni.So hari sabtu hari tu aku ajak adik aku gi butik Fareeda kat Shah alam tu.

Memandangkan aku gi sana dalam kul 8.30 mlm,so takde orang dah kat situ kecuali cik adik yang keje kat situ je.Oho melaram la kejap aku ngan adik2 aku ngan tudung2 Fareeda tu.

Semua la aku berkenan,...hehehe penyudahnya aku sambar 2helai tudung mawar ropol2 tu....banyak kaler dah habis..so aku amik kaler pink+yellow ngan blue+purple.

Cubaan memakai di dalam bilik ayor...kuikuikui...

Skang ni tengah ade promotion sempena cuti sekolah.Semua jenis tudung ni diorang bagi diskaun 30%.Adik aku student UiTM,so dapat lagi 5% diskaun khas untuk student dengan syarat kena tunjuk kad pelajar.

Tudung macam aku pakai tu after 35% less jadi RM60 je.InsyaAllah dalam 2-3 hari lagi aku nak gi lagi kot-kot diorang ade restock lagi tudung2 ni.Aku aim nak cari kaler  hitam ngan hijau plak.

Promotion dia sampai 12 June je sempena cuti sekolah.Moh le cepat sapa yang terasa nak melaram ngan tudung Fareeda tu...hehehe

Dengan Fareeda..nyata Jelita...errkk jelita ke mak ni noks.. :P

p/s: Pssttt Ayu..jangan mare haaaa...peace :)




Wednesday, June 01, 2011

Stok EBM sampai bulan Mei 2011

Alhamdulillah rezeki Haziq masih ada lagi untuk terus
menikmati susu terbaekk di dunia ni...hehehe
semalam aku kira stok yang terkumpul sepanjang bulan Mei ni adalah dalam 335 oz



Total terkumpul sejak aku mula mengepam dari 8/3/2011 sampai 31/5/2011 ni adalah dalam 1100 oz. Dah penuh freezer pun.Tapi masih kena giat lagi mengepam sebab nanti bulan puasa tak tau hasil dia macam mana kan.

Skang ni aku kalau kat tempat keje dah macam pakar laktasi plak...duk bagi penerangan tentang susu ibu ni kat staff2 lain kat tempat keje aku.Majoriti diorang ni semua terkejut bila aku cakap susu badan ni boleh tahan sampai 6 bulan kalau kena cara menyimpanya.

Patutlah sepanjang lebih 7 tahun aku keje kat situ, aku tak pernah nampak ada yang mengepam...rupa-rupanya diorang tak tau susu ibu ni boleh simpan lama.Sedeykan?

Aku pun sejak rajin berblog ni la aku tau pasal cara-cara nak simpan susu ibu ni.Kalau tak aku pun sure jadi cam diorang gak jenis bila dah masuk keje terus stok bagi susu kat anak.Macam kes Damia dulu...memang aku susukan dia sampai dia umur 2 bulan je.Bila-bila ingat balik memang ralat sangat rasa sebab aku lambat sedar pasal hal ni..

Takpe lah skang ni giliran adik dia,aku akan cuba bagi yang terbaik


Budak tecik yang sangat suka ngan susu mama dia ni...alhamdulillah

Wednesday, May 25, 2011

MOM & ME SWEET PHOTO CONTEST

 " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON
"VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS" 

 


Pengajur Contest ini adalah :

Penaja untuk contest kali ni adalah:
&

untuk syarat2 penuh contest ini sila klik link dibawah:

Tarikh tutup contest pada 25 May 2011 

Kalau nak masukkan 2 peserta dalam 1 entry boleh kan?..kalau tak boleh bagitau ye Anje..nanti saya edit balik..so ni la dia gambo yang dipertandingkan gitu...hehehe


1) Nama Anak: Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
Umur:2 Tahun 11 Bulan

*

*

*

*

*


2)Nama Anak: Ahmad Haziq Ziqri bin Ahmad Firdaus
Umur : 2 Bulan 20 hari

Tuesday, May 17, 2011

setelah 2 bulan berlalu

Aku dah hampir 2 minggu start keje balik...adeii sedey rasa bila pagi-pagi masa nak tinggalkan Haziq.Masa aku nak gi keje selalunya dia dah bangun,siap tersengih-sengih tengok aku.Maybe dia ingat aku nak bawak dia jalan-jalan kot.


ni time umur Haziq 57 hari..kenduri kawen opismate aku...
Mood nak kerja pun agak ke laut skit skang ni..macam nak tak nak je keje.Maklumlah masih baru lagi setelah 2 bulan bercuti menghadap si kecil...uwaaaa rindu plak saat cuti pantang tu.Skang ni kalu time keje je sure teringat anak.Time mengepam pun teringat anak...tapi bagusnya bila ingat je kat baby terus cam membuak-buak(amik ko ayat) susu ni...hahahaha


Cedeynye dia..uhuk uhukk

Pernah gak terasa nak amik unpaid leave je sampai baby umur 6 bulan....tapi bila fikirkan macam-macam benda nak bayar pakai duit ni..kuburkan je la niat tu..nasib baby Haziq takde masalah nak minum  EBM pakai botol..kalau tak memang haru la


Stok EBM yang  berjaya dikumpul dalam 2 bulan...lebey kurang 800oz ...Alhamdulillah rezeki Haziq

Minggu lepas bawak Haziq gi check up untuk 2 bulan...berat dia naik dari 4.3kg ke 5.1kg...bagus berkat susu ibu :).... kat bawah ni gamba latest dak bolat ni....hehehe


si bolat yang selalu jadi mangsa buli kakak....suka no pegang kepala adik ni pastu cakap "halus je"...tiru iklan harith iskandar le tu :)




Tuesday, May 10, 2011

Mama cepat..Damia nak SMILE

Kakak Damia skang ni pantang jumpa kamera ...
mesti sibuk nak suh aku amik gamba dia
siap cakap camni "Mama cepat..Damia nak smile"

Ni pic dia masa sebelum nak tido last weekend
sibuk keluarkan kamera aku dari dalam beg suh amik gambo dia
layankan aje la kakak yang dah nak masuk 3 tahun bulan June nanti
kejap je rasanya

Ready to posing

Dah start posing..tapi tetap takleh lawan Balqis anak anje ngan Aleesya anak Ayu...huhuhu

Ceh..over la plak (sila abaikan katil yang berserabut tu...nama pun pukul 11 mlm :)

Tengah mikir nak posing camna lagi agaknya tu

Ni posing gedik namanya...hehehehe

Dah posing sambil baring plak...tu peace gaya Damia... :)

Penyudahnya mata pun kuyu...tak lama pastu terus terlelap...ekekeke

Macam-macam hal anak dara mama sorang ni skang.Nasibla adik Haziq kecik lagi...kalau tak sure duk ikut kakak berposing2 ni...hehehe..cam tak sabar plak nak tunggu Haziq besar...tapi nanti bila Haziq dah besar duk tak sabar nak bagi adik plak kat Haziq..camna tu? :P

p/s:Baru ni balik kampung...ada sepupu aku cakap muka Damia cam Mia Sara...tang mana yang sama pun tatau la...tapi aku rasa la kan...semua dak pompuan yang ada fesyen rambut ke depan macam ni...terus dicop cam Mia Sara...ye ke?

Saturday, May 07, 2011

Mom & Baby Expo Mid Valley..memang berbaloi



Serius tak tipu...aku dah pi terjah pun Mom & Baby expo 2011 kat mid valley tu petang semalam...sanggup MC tu semata-mata taknak bersesak-sesak kalau aku pi time off day hari Ahad nanti.huhuhu

Bukti aku ke tempat kejadian...nak tengok apa yang aku borong...meh kita usha

Kipas ni aku beli kat booth MyDear..harga dia RM18.00
Banyak lagi barang lain kat booth MyDear ni..harga pun setanding harga kalau diorang buat warehouse sale


Diaper ni beli kat booth Whoopee...harga dia untuk semua size cuma RM20 sahaja...so far ok je aku dah bagi Damia pakai...lembut je dan tak bocor...ok sangat la harga dia untuk RM20..esok aku ingat nak gi beli lagi buat stok :P
kat booth Autumz ni aku sambar 2 kotak Storage Bag..sangat murah giler aku rasa harga dia...biasa aku beli online paling murah dalam RM10++...tapi kat sini cuma RM 9 je sekotak...esok pun aku ingat nak beli dalam 2 kotak lagi storage bag ni ....Barang lain ada gak yang murah2 kt booth Autumz ni..ada Cloth Diaper,nursing wear pastu cooler bag pun ada


Ni aku beli kat booth myBBstore.Giler murah harga storage bottle Bumble Bee ni....biasa harga dia dalam RM38.90 sekotak tapi kat expo ni cuma RM20.00 je sekotak..giler babas punya murah..so aku amik 2 kotak...botol Tommee Tippee pun murah giler kat booth ni...kalau nak beli Litle Bean sterilizer & warmer combo set tu harga dia kat booth ni cuma RM155.00 je

Ni aku beli kat booth Fabulous Mom...harga dia RM12.90 tapi ada 20% less..dapat la dalam RM10.30..barang-barang lain pun ada less dalam 20% gak... 

Ni la plak aku beli kat booth MAM...botol tu 330ml ..harga dia dalam RM23..pastu pacifier untuk baby Haziq tu harga dia RM24 untuk 2

Nursing Bra ni aku beli kat booth mumDreams...harga dia untuk 3 tu cuma RM30 je...Nursing wear ade offer dari 20%-50%...pastu kalau nak beli Nursing kurung or Kebaya...harga dia sepasang RM70..kalau 2 pasang RM100...giler murah..

Ni puting botol untuk Haziq...saja aku beli padaal dia ok je guna botol Tommee Tippee...sebab dulu Damia pun pakai NUK gak...harga puting ni RM 10.50 aftter less....Botol2 NUK lain pun ada offer.paper bag dia sangat aku suka...huhuhu

Kalau taknak beli btol NUK...boleh gak serbu booth AVENT....ni antara booth yang paling meriah ngan offer..boleh la nak sambar botol seketul 2...tapi aku tak beli barang kat sini coz ramai giler orang


Ni free gift sebab beli barang NUK..tengok beli puting je pun leh dapat free gift....besh kan?


Mom's Precious - Pro Mom Set

Tadaaaa....ni la dia sebenarnya barang penting yang aku nak cari kat expo ni..Alhamdulillah dapat dengan harga yang sangat murah bagi aku...cuma RM191.20 sahaja...biasa kat online kalau ada sale pun paling murah dalam RM203...suka...suka

Total aku spend kat expo ni semalam dalam RM385.00 hengget...aku rasa kalau beli kat luar mungkin dalam RM400++ kot

Selain dari booth yang aku sebut kat atas tu..ada booth lain yang boleh korang serbu sebab barang dia kira ada offer n murah gak...antaranya booth Medela,Pureen,Fiffy(selai baju 3 hengget je),Graco,BabyLove dan banyak lagi la...senang cakap baik pi terjah sendiri...aku insyaAllah akan ke sana lagi esok....huhuhu

p/s:Ada macam promoter jualan tak aku ni...siap promote segala bagai...semua booth2 ni kena bagi aku komisen ni....huhuhuhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin