Tuesday, January 04, 2011
Berbaju Hijau,berspek ungu dan berkasut pink
Monday, November 01, 2010
Damia kena 'campak'
- Jangan kena hujan...mak aku cakap nanti parut tak hilang
- Jangan makan makanan bergoreng..takut gatal
- Kicap pun jangan makan....nanti tinggal kesan hitam kat kulit :P
- Jangan garu...ni pun sebab takut parut lambat hilang..
- kalau boleh mandi dengan air daun bambu....orang India ramai yang tanam pokok ni kat umah diorang..kitorang pun mintak ngan diorang....kata 1 Malaysia :)
- Jangan terdedah sangat dengan cuaca panas...sebab bila berpeluh tu yang makin gatal tu
Wednesday, August 11, 2010
2 surat 'cinta' buat Damia
Sunday, August 08, 2010
Apabila Damia masuk wad..
Bila adik aku cakap kat aku yang Damia kena pergi hospital,apa lagi bergegas aku balik then terus bawak Damia gi Hospital Sungai Buloh.Dalam perjalanan tu masa aku duk riba Damia....dekat 4 kali gak Damia muntah.Nasib ada bawak bekas buat tadah muntah dia...kalau tak sure lenjun aku dibuatnya
Sampai kat wad kecemasan lepas dah check semua doktor cakap yang Damia kena tahan kat wad coz dia dah kehilangan banyak air dalam badan sebab non stop muntah.Then bila doktor check darah dia doktor cakap ada kuman dalam darah dia.Pastu doktor nak check air kencing dia jugak sebab takut ada jangkitan air kencing....tapi Damia ni boleh plak tak kencing-kencing ....So doktor bagi tempoh sampai esok hari..kalau Damia still tak buang air jugak...doktor akan masukkan tiub untuk paksa dia kencing..adeii kesian la plak..
Tuesday, June 22, 2010
Alfatihah untuk arwah Pak Ngah-Dzulkifli bin Ismail
Last aku jumpa Pak Ngah 2 minggu lepas masa aku balik kampung sebab sepupu aku iaitu anak Pak Ngah kawin.Masa tu aku tengok Pak Ngah memang nampak letih sangat.Badan pun susut sampai Pak Ngah nampak cengkung sangat,tapi dia tetap taknak pergi hospital.Puas anak-anak dia pujuk tapi tak berjaya.
Last sekali adik Pak Ngah yakni Mak Jang aku pujuk terus dia nak ke klinik.So hubby aku tolong hantarkan ke klinik,sampai klinik,doktor cakap Pak Ngah kena masuk hospital sebab keadaan dia agak teruk.Pak Ngah di masukkan ke hospital Kuala Kangsar.Itu lah kali terakhir aku tengok Pak Ngah.
Masa kitorang nak gerak balik ke kampung,ekzos kete aku bocor,so nak tak nak kena pergi bengkel dulu tukar ekzos.Lepas 30 minit semua dah settle kitorang terus gerak balik..Tiba-tiba waktu kat highway tengah laki aku duk pecut 150km/j boleh plak tayar belakang kete kitorang naik tu pecah.Nasib laki aku boleh control kete,kalau tak?...tak tau lah nak cakap apa.
Akibatnya kitorang tak sempat nak tengok arwah Pak Ngah buat kali terakhir sebab bila kitorang sampai kat kampung,Arwah Pak Ngah baru je lepas dikebumikan.Sedih sangat aku rasa. :(
Thursday, December 24, 2009
Mandi daun...bukan mandi bunga
Wednesday, December 16, 2009
Kesian anak mama..demam
Pagi tadi bangun dari tido...rasa badan Damia macam panas skit...so check suhu badan dia...37.3 darjah celcius....tak berapa panas sangat...tapi petang tadi lepas balik keje sentuh dahi Damia...rasa panas sangat dan muka dia naik bintik2 merah....terus siapkan dia bawak pegi klinik.

Monday, July 20, 2009
---->@Kejadian 2 di hari Ahad: Damia tersembam
Gini kisah dia...Dah la Damia ni baru kene selsema ngan batuk2..alih2 masa Mama nak bawak Damia masuk kereta nak gi kenduri kawen,Damia terjatuh kat atas JALAN TAR kat parking kete...terjatuh sampai kening kanan dia terkena kat jalan tu...abis merah2 n lebam kat kening dia tu...mula-mula masa dia jatuh tu aku tak perasan pun lebam tu..tapi bila dia nangis kuat sangat..aku pun kelam-kabut la cek,then baru lah nampak lebam tu....cian sayang mama tu...
p/s 2 : Damia ni lepas dapat kaki ni...memang aktif bebenor,sebab tu lah asyik jatuh,terantuk,tersembam dan macam2 lagi....kang kalau dilarang sangat nanti,dia mengamuk plak...adeii...
---->@Kejadian 1 di hari ahad: Damia Selsema,Batuk2 & Muntah2
*Tengoklah hingus kat hidung saya ni
*Siap meleleh hingus dia... harus disedut ni...srupppp...ermm masin2 sket rasa dia....hehehe
Kali ni aku rasa selsema dia ni cam teruk jek sebab cam banyak kahak ...bila dia minum susu jek mesti akan tersedak2 n terbatuk2...bila dah batuk2 tu mesti dia akan termuntah...sampai aku rasa apa yang dia minum dan makan tu akan terkeluar semuanya bila dia muntah..malam tadi dia tidur pun tak lena dan tersedak2 sampai termuntah..habis basah lenjun baju dia... Mama doakan semoga anak Mama ni cepat sembuh..Kalau tidak tak sanggup la tengok anak mama ni meragam sebab tak selesa badan tu
p/s:selalunya lepas Damia selsema atau demam...Mama pun akan berjangkit...tapi takpe walaupun Mama demam atau selsema..Mama tetap kene kuat dan gagahkan diri untuk melayan setiap karenah Damia..Kalau nak tau kan Mama tak pernah MC tau selama mama keje ni..kuat kan Mama?Alhamdulillah











































