Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, May 07, 2011

Mom & Baby Expo Mid Valley..memang berbaloi



Serius tak tipu...aku dah pi terjah pun Mom & Baby expo 2011 kat mid valley tu petang semalam...sanggup MC tu semata-mata taknak bersesak-sesak kalau aku pi time off day hari Ahad nanti.huhuhu

Bukti aku ke tempat kejadian...nak tengok apa yang aku borong...meh kita usha

Kipas ni aku beli kat booth MyDear..harga dia RM18.00
Banyak lagi barang lain kat booth MyDear ni..harga pun setanding harga kalau diorang buat warehouse sale


Diaper ni beli kat booth Whoopee...harga dia untuk semua size cuma RM20 sahaja...so far ok je aku dah bagi Damia pakai...lembut je dan tak bocor...ok sangat la harga dia untuk RM20..esok aku ingat nak gi beli lagi buat stok :P
kat booth Autumz ni aku sambar 2 kotak Storage Bag..sangat murah giler aku rasa harga dia...biasa aku beli online paling murah dalam RM10++...tapi kat sini cuma RM 9 je sekotak...esok pun aku ingat nak beli dalam 2 kotak lagi storage bag ni ....Barang lain ada gak yang murah2 kt booth Autumz ni..ada Cloth Diaper,nursing wear pastu cooler bag pun ada


Ni aku beli kat booth myBBstore.Giler murah harga storage bottle Bumble Bee ni....biasa harga dia dalam RM38.90 sekotak tapi kat expo ni cuma RM20.00 je sekotak..giler babas punya murah..so aku amik 2 kotak...botol Tommee Tippee pun murah giler kat booth ni...kalau nak beli Litle Bean sterilizer & warmer combo set tu harga dia kat booth ni cuma RM155.00 je

Ni aku beli kat booth Fabulous Mom...harga dia RM12.90 tapi ada 20% less..dapat la dalam RM10.30..barang-barang lain pun ada less dalam 20% gak... 

Ni la plak aku beli kat booth MAM...botol tu 330ml ..harga dia dalam RM23..pastu pacifier untuk baby Haziq tu harga dia RM24 untuk 2

Nursing Bra ni aku beli kat booth mumDreams...harga dia untuk 3 tu cuma RM30 je...Nursing wear ade offer dari 20%-50%...pastu kalau nak beli Nursing kurung or Kebaya...harga dia sepasang RM70..kalau 2 pasang RM100...giler murah..

Ni puting botol untuk Haziq...saja aku beli padaal dia ok je guna botol Tommee Tippee...sebab dulu Damia pun pakai NUK gak...harga puting ni RM 10.50 aftter less....Botol2 NUK lain pun ada offer.paper bag dia sangat aku suka...huhuhu

Kalau taknak beli btol NUK...boleh gak serbu booth AVENT....ni antara booth yang paling meriah ngan offer..boleh la nak sambar botol seketul 2...tapi aku tak beli barang kat sini coz ramai giler orang


Ni free gift sebab beli barang NUK..tengok beli puting je pun leh dapat free gift....besh kan?


Mom's Precious - Pro Mom Set

Tadaaaa....ni la dia sebenarnya barang penting yang aku nak cari kat expo ni..Alhamdulillah dapat dengan harga yang sangat murah bagi aku...cuma RM191.20 sahaja...biasa kat online kalau ada sale pun paling murah dalam RM203...suka...suka

Total aku spend kat expo ni semalam dalam RM385.00 hengget...aku rasa kalau beli kat luar mungkin dalam RM400++ kot

Selain dari booth yang aku sebut kat atas tu..ada booth lain yang boleh korang serbu sebab barang dia kira ada offer n murah gak...antaranya booth Medela,Pureen,Fiffy(selai baju 3 hengget je),Graco,BabyLove dan banyak lagi la...senang cakap baik pi terjah sendiri...aku insyaAllah akan ke sana lagi esok....huhuhu

p/s:Ada macam promoter jualan tak aku ni...siap promote segala bagai...semua booth2 ni kena bagi aku komisen ni....huhuhuhu

Monday, April 04, 2011

ABPBH tahun ni memang terbaekk dari ladang

Korang layan tak Anugerah Bintang Popular Berita Harian tadi...rugi weii sapa tak tengok..Aku sampai tahap kejung-kejung perut duk gelak tengok telatah pengacara n paling best part nak umumkan pemenang Bintang Paling Popular....hahahaha serius aku mau tengok lagi part tu :P

Ni aku sertakan senarai penuh pemenang ABPBH tadi..semua memang popular dan layak untuk menang (tu pun sebab Tok Ti tak bertanding..kalau tak...lu pikirlah sendiri..ahaks)

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
6ixth Sense
 
PENYANYI NASYID POPULAR  
Rabbani
 
PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha
 
ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR  
Noorkhiriah
 
PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
 Faizal Ismail
 
PENGACARA TV LELAKI POPULAR  
Aznil Nawawi
 
ARTIS BARU LELAKI POPULAR
 Shahir
 
PELAKON TV LELAKI POPULAR  
Remy Ishak

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Fara Fauzana

PENGACARA TV WANITA POPULAR
Fara Fauzana

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Zizan

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT
Dato Rosnani Jamil

PENYANYI LELAKI POPULAR
Faizal Tahir

PELAKON WANITA POPULAR
Lisa Surihani

ARTIS BARU WANITA POPULAR
Ana Raffali

PELAKON  FILEM LELAKI POPULAR
Shaheizy Sam

PENYANYI WANITA POPULAR
Yuna

BINTANG PALING POPULAR
Shaheizy Sam
 


Serius memang best la ini ucop wilcha sama Johan masa nak bagi keputusan Bintang Paling Popular tadi...tahap tergolek2 terguling2 aku gelak tadi..kita bako je..bako!

p/s: Tahun depan kalau taruk Jozan ngan Ucop Wilcha jadi pengacara pun best gak tu..kasi kak engku ngan sharifah shahira rehat plak...huhuhu

Sunday, April 03, 2011

Akademi Fantasia kembali lagi

Korang layan tak AF ni??
 Aku dulu agak fanatik giler ngan AF ni terutama musim 1-3.
Maklumla masa tu tengah study lagi...sana sini orang duk bercerita pasal AF ni.


Skang dah masuk musim ke 9 dah pun...ni kiranya AF yang terakhir.Kejap je kan.Tau-tau dah dekat 100 orang pelajar yang terhasil dari Akademi Fantasia ni,tapi yang berjaya dalam bidang seni ni boleh kira je berapa kerat kan?hehehe


Ni kesemua 12 orang pelajar AF musim terakhir ni..Agak-agak kali ni leaki ke perempuan ek yang akan dinobatkan sebagai juara AF 9??

Aku agak pelajar lelaki kali ni jadi juara :P

AZNIL PENGACARA AKADEMI FANTASIA 9

Kali ni juga megembalikan semula Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil sebagai pengacara..elok la pun.Kalau tak hilang serinya AF ni tanpa Pak Nil.Tahun lepas Pak nil jadi pengkritik tetap AF..Tahun ni jadik pengacara balik....aku suka :)




Barisan tenaga pengajar AF...oh Adlin ngan Ning Baizura jadik 'cikgu' kali ni...tahun lepas pun diorang pengkritik tetap gak...

*

*

*

*

*
Dan yang paling kontroversi semestinya Pengetua AF 9 ni...maklumla dulu kecoh-kecoh kononnya diorang nak amik Ahmad Dhani jadi pengetua....Apa dah takde artis berbakat ke kat Malaysia ni yang boleh bimbing bebudak AF tu??sampai nak kena ammik artis luar

Akhirnya AMY SEARCH dipilih jadi pengetua AF 9 ni...cayalah phewiiiitttttttttttt..



Harap dia boleh bimbing kesemua pelajar AF 9 ni supaya diorang boleh jadi artis berbakat macam beliau.

Monday, February 21, 2011

Checklist barang-barang untuk di bawa ke hospital

Tinggal berapa hari je lagi ni...silap-silap lepas buat entry ni terus bersalin...ekekeke..kat sini aku senaraikan checklist barang2 yang perlu aku bawak ke hospital nanti.Semua dah packing masuk beg sejak aku nak masuk lapan bulan haritu..

Senarai keperluan IBU
* Buku merah(buku check mengandung...penting ni)
* 1 beg pakaian (kompem la kena ade beg...kang tak pasal2 taruk barang dalam plastik    beg je kang :P )
* 1 helai tuala mandi & tuala muka
* 1 paket tuala wanita (dalam 20 keping)
* 3 helai baju t-shirt
* 3 helai kain batik
* 2 helai tudung/anak tudung
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* 3 helai baju dalam
* 1 set toileteries (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, sikat)
* pam susu Spectra 3
* 1 bakul berisi air panas,air masak dan juga biskut(ni dah bersalin nanti baru letak)
* Majalah Pa & Ma keluaran Mac (dah beli awal2 n dah siap masuk dalam beg untuk bacaan kat hospital)...hehehehe

Senarai keperluan ANAK
* 1 helai tuala mandi

* 2 helai sapu tangan kecil
* 2 helai selimut / kain bedung

* 2 helai kain lampin/ napkin
* 10 keping pampers new born

* 1 paket tisu basah ( untuk lap "poo poo" dia nanti)
* 4 helai baju
* 4 pasang seluar panjang / pendek
* 3 pasang sarung kaki dan sarung tangan
* bantal kecil

* bedak baby, minyak Yu yi cap limau
* Surah Yaasin

Takkan keperluan untuk ibu ngan anak je kan kena sediakan...suami pun perlu ada gak persediaan sendiri...antaranya

* Kamera (wah kata bini nak jadi blogger tegar kan??..harusla ada kamera)
* kad pengenalan suami
* surat nikah
* duit (ni paling penting sekali buat kaum lelaki :P )

Macam baju tu semua tak perlu kot sebab laki aku jenis suka nak berulang balik rumah...lagipun aku nak bersalin kat Hospital Sungai Buloh...husband takleh temankan...cuma bleh datang time melawat je

P/S: Agak-agak korang ada lagi ke benda2 penting yang aku tertinggal??sila la bagi idea

Tuesday, December 28, 2010

Pokok Kacang??

Korang pernah makan kacang kan?...tapi pernah tak korang terfikir dari mana asal nya kacang-kacang ni semua....meh aku share kat sini...dapat dari email

FILBERT





WALNUT





ALMOND





CHESTNUT





PISTACHIO





CASHEW NUT








Monday, November 08, 2010

Wah RM 0.00...sure jem malam ni


Ambik ko..Air Asia buat promo tambang murah sampai tahap 0 fare tu...Kompem start dari pukul 12 malam ni jem jadinya website Air Asia tu..semua sure berebut-rebut punya nak dapatkan tiket murah.Aku pun harus la berjaga malam ni...tak sedar perut tengah membuncit ni..ada hati lagi nak naik flight....huhuhu

p/s: Korang taknak join berebut cari tiket murah ke?..ekekeke

Sunday, November 07, 2010

Info tentang demam campak

Demam Campak

Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Monday, November 01, 2010

Damia kena 'campak'

whoot...whoot...bukan campak dari atas ke bawah tu...tapi demam campak....hehehe kang ada plak yang kata aku campak anak aku...tak ke haru biru

masuk hari ni dah nak dekat seminggu Damia kena demam campak.Ni gara-gara berjangkit ngan adik-adik aku la ni...skang turn Damia plak.

Ni masa hari kedua kena....dia demam panas 3 hari masa memula nak kuar bintik-bintik merah tu..

Lepas kena lumur dengan ubat sapu yang klinik kasi...habis satu badan aku sapu...cuma muka je aku tak bubuh...

Skang ni memang banyak bagi Damia minum air kelapa muda je...memang kat umah aku ni dah berpantang dari aktiviti memasak goreng-goreng....kalau masak pun sup atau pun makanan yang tak memerlukan goreng menggoreng...pantang kata mak aku...

Damia ni walaupun demam,tetap aktif....tak macam orang sakit pun..cuma kenkadang malam ngan pepagi bangun tido je merengek..maybe sebab gatal kot...tapi ok la sebab dia tak beria menggaru...kang tinggal parut plak kat badan comel dia tu :P


Maybe sebab dia segan kot....sampai dia tak kasi langsung aku amik pic dia dari depan..kalau dapat pun kebetulan je...kalau tak memang dia akan pusing belakang...hehehehe


Masa memula naik bintik-bintik merah tu...tapi skang ni lepas 6 hari...dia dah jadi hitam-hitam macam parut...tapi mak aku cakap biar je...nanti dia akan jatuh sendiri yang hitam2 tu.. 

Main tetap main....hehehe

Kena demam campak ni yang penting kena jaga pantang...antaranya:-
  • Jangan kena hujan...mak aku cakap nanti parut tak hilang
  • Jangan makan makanan bergoreng..takut gatal
  • Kicap pun jangan makan....nanti tinggal kesan hitam kat kulit :P
  • Jangan garu...ni pun sebab takut parut lambat hilang..
  • kalau boleh mandi dengan air daun bambu....orang India ramai yang tanam pokok ni kat umah diorang..kitorang pun mintak ngan diorang....kata 1 Malaysia :)
  • Jangan terdedah sangat dengan cuaca panas...sebab bila berpeluh tu yang makin gatal tu
Cuma satu yang aku baru tau tentang demam campak ni....walaupun ianya berjangkit tapi ia takkan berjangkit masa memula bintik-bintik tu keluar....maksudnya..masa bintik-bintik merah ni dah kering nanti ...masa ni la ianya akan berjangkit pada org lain

Sebab tu la kat umah aku ni lepas 2 minggu adik bongsu aku kena demam campak ni...pastu adik aku yang second last plak kena....elok je dia dah nak baik lepas 2 minggu...skang anak aku plak kena..mean lagi 2-3 minggu bila anak aku dah ok...maybe ada org lain yang akan kena....hehehe so stanby

p/s: Ada yang cakap bahaya demam campak ni pada ibu mengandung...betul ke?

p/s: doktor yang check adik aku cakap...demam campak ni boleh kena lebih dari sekali....sebab sebelum ni ramai yang cakap kononnya sekali seumur hidup ...tapi adik aku dah kali ke 2 kena....camno tu?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin