Thursday, August 26, 2010

15 hari berpuasa...tercabarkah ibu mengandung ni?

Alhamdulillah dah selamat 15 hari kita semua menyambut bulan Ramadhan tahun ni,ada separuh lagi perjalanan sebelum tibanya 1 Syawal.Walaupun skang ni aku dah start mengalami muntah-muntah n loya2 tekak tapi aku still gigihkan diri berpuasa.

Kalu kat opis tu agak-agak tak leh nak tahan loya tekak,muntah-muntah n pening kepala ni,aku gi je tido sejam dua....ekekekeke.Takpe bos aku paham coz wife dia pun tengah pregnant anak sulung.Beza sebulan je ngan aku.Kiranya tahun depan ada 3 orang dalam department aku ni akan sambut baby baru termasuk aku.hehehehe semua awal tahun.

Now aku dah 13 minggu pregnant,tapi aku still tak buat buku merah lagi.Asyik terlupa je.Sebelum ni 2 kali aku check kat klinik swasta je.Tapi memikirkan yang aku nak bersalin kat hospital kerajaan so nak tak nak kena buat la buku merah tu.Maybe esok pagi kalu sempat aku gi la jengah klinik kerajaan buat buku tu.

P/S:motif entry ni nak bagitau yang aku berjaya puasa penuh takat ni...harap-harap berkemampuan untuk cukupkan 30 hari..aminn

Friday, August 20, 2010

Aku takut meniarap sebab tu lah blog aku sunyi

Amik kau tajuk entry..meraban-meraban gitu...Ade ke yang pelik napa blog aku tak berhapdet?
Selain dari kemalasan yang melanda sejak aku peknen ni...salah satu lagi puncanya adalah sebab aku takut nak meniarap....hahahaha amenda la plak ni kan

Sebenarnya aku ni kalau berblog kat umah ni aku suka meniarap atas katil ngan laptop ni sekali aku usung atas tilam...so kalau dah penat bijik mata ni membaca entry kawan-kawan boleh la aku membuta tanpa perlu mengalih arah gitu..

Tapi bila dah peknen ni,aku jadi takut nak meniarap.Selain rasa sakit kat perut aku takut gak la kang jadi apa-apa plak kat kandungan ni.

Maka ni lah puncanya blog aku tak berhapdet...aku paling malas sekali nak duk kat meja komputer memalam buta ni...dah la koje pun 8 jam duduk hadap komputer.....so kat umah kalau sambil berbaring atau meniarap tu kira best la.....hehehehe.....bleh terima ke alasan???kalau dah malas tu malas gak la kan?... :P

Thursday, August 12, 2010

Season 4 - Cute Funny Eating Baby

Fuhhh kejap je rasanya...tup..tup dah sampai season 4 contest anjuran suziey ni..kali ni tema dia
Cute Funny Eating Baby

Contest anjuran Suziey,MalinaSiam & Anje MamaAqish

*

*

*

*

Nur Damia Batrisyia Ahmad Firdaus
2 Tahun ++
27 June 2008

Owh hadiah finale contest ni sangat best iaitu

GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM

Rezeki Damia

Alhamdulillah rezeki buat Damia apabila berjaya menang contest Gayakan anak anda...anjuran http://afarqies.blogspot.com/ siap kena goreng dalam kuali lagi tu...hehehe


Nak tengok keputusan penuh bleh KLIK SINI

Hadiah yang dimenangi ialah barangan dari baby-closet berharga RM50.00...so maknanya aku leh pilih hadiah apa untuk Damia...so aku cam berminat nak pilih dress kat bawah ni tuk Damia

MOTHERCARE black satin dress

Ramadhan muncul lagi



Alhamdulillah sekali lagi kita dapat menyambut bulan Ramadhan kali ni.So aku pun nak amik kesempatan ni  untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan bloggers sekalian..harap-harap Ramadhan kali ini memberi seribu makna buat kita semua..

Wednesday, August 11, 2010

2 surat 'cinta' buat Damia

Terkesima aku bila Damia dapat 2 surat cinta tu.Dalam masa 2 minggu lebey Damia dapat surat dari orang dan tempat yang sama.Nak marah,tak boleh sebab anak sendiri.Nak koyakkan surat tu...lagi lah haru.Sengsara anak aku kalau aku koyakkan surat2 tu.

Akhirnya aku harus terima hakikat atas kelalaian aku maka surat2 itu ditujukan buat Damia..ermm

surat cinta pertama bertarikh 22/7/2010

kasi close up sket..

Ni surat terbaru bertarikh 10/8/2010...huhuhu tarikh tertera kat surat tu tarikh besday Damia

close up lagi..

Dengan adanya surat2 di atas tu...maka haruslah Damia 'check in' sekejap kat tempat di bawah ni..masa first dapat surat tu kena check in 3 hari 2 malam...surat kedua plak check in 3 jam...


Tengok masa yang tertera pukul berapa tu??...ye betul pukul 12.43 malam....apsal plak aku kesana memalam buta tu?

hah ni lah sebabnya
*

*

*

*

???????

blur lagi??.

masih blur lagi??

ni lah mangsanya
*

*

*


Ni lah yang menjadi punca Damia kena check in kat Hospital Sungai Buloh dari kul 12 malam sampai pukul 3 pagi semalam...gara -gara tangan kecil moleknya gatal pi sumbat screw plastik tu dalam lubang hidung dia...adeiii sebelum bawak gi hospital aku bawak gi klinik dulu...tapi bila doktor kat klinik cuba nak keluar kan screw tu Damia duk meronta-meronta so screw tu masuk lagi dalam lubang hidung dia...nak tak nak doktor tu buat surat cinta suh bawak ke hospital..


Tengok la gaya gadis melayu terakhir tu duduk sementara tunggu giliran kat hospital semalam...sangat sopan kan?..lubang hidung ada screw pun dia still rilek lagi terkinja-kinja kesana kemari...

p/s:Kenkadang aku memang terpikir yang Damia ni mula nak tarik perhatian aku kat dia...since aku dapat tau aku pregnant..macam-macam peel pelik budak ni buat...sabo je lah

p/s:Lepas ni harap2 takda la lagi surat cinta ke-3 plak... :P

'MAMAZAKWAN BUAT CONTEST'


wah semangat ni...baru umum puasa tapi aku dah join contest berbaju raya plak..contest ni anjuran blog

&

Tajuk contest ni 'MAMAZAKWAN BUAT CONTEST'

Kata mamazakwan....kalau takde pic masa hari raya boleh je hantar pic anak berbaju melayu atau kurung...kira pakai masa gi kenduri pun ok kan mamazakwan?...hehehe

*

*

*

*

Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
27 June 2008

Contest ni akan berakhir pada 25 Ogos 2010...so mommy2 yang nak join tu bleh klik sini

p/s: Tahniah buat zakwan n mama zakwan coz menang contest gayakan anak tu...dah pilih ke hadiah untuk zakwan :)


Sunday, August 08, 2010

Apabila Damia masuk wad..



Ni citer basi 2 minggu lepas ....waktu aku tengah keje...adik aku call bagitau yang Damia dah 5-6 kali muntah-muntah.Walaupun tak makan tapi muntah tak henti-henti...so aku suh adik aku bawak gi klinik dulu.Sampai klinik doktor cakap dia takleh nak wat apa-apa so dia bagi surat suruh refer ke hospital.

Bila adik aku cakap kat aku yang Damia kena pergi hospital,apa lagi bergegas aku balik then terus bawak Damia gi Hospital Sungai Buloh.Dalam perjalanan tu masa aku duk riba Damia....dekat 4 kali gak Damia muntah.Nasib ada bawak bekas buat tadah muntah dia...kalau tak sure lenjun aku dibuatnya

Sampai kat wad kecemasan lepas dah check semua doktor cakap yang Damia kena tahan kat wad coz dia dah kehilangan banyak air dalam badan sebab non stop muntah.Then bila doktor check darah dia doktor cakap ada kuman dalam darah dia.Pastu doktor nak check air kencing dia jugak sebab takut ada jangkitan air kencing....tapi Damia ni boleh plak tak kencing-kencing ....So doktor bagi tempoh sampai esok hari..kalau Damia still tak buang air jugak...doktor akan masukkan tiub untuk paksa dia kencing..adeii kesian la plak..

Malam pertama kat wad....nasib aku ada bawak gambar2 Damia tu....Damia buat main gambar-gambar tu kalau tidak dia mengamuk suh aku bukak tiub kat tangan dia tu...masa tu jam dah pukul 3 pagi...tersengguk2 aku kat kerusi melayan dia

Esok pagi nya doktor datang check lagi n tanya kat aku sama ada Damia dah buang air ke belum...aku cakap belum...so aku mintak kat doktor suh bukak sekejap tiub kat tangan dia tu sebab aku nak bawak Damia gi toilet.Sampai kat toilet aku jirus-jirus kaki dia ngan badan dia skit bagi dia rasa sejuk..tak lama lepas tu terus dia terkencing...sempat la aku tadah masuk dalam botol yang nurse bagi....ekekeke hebat gak aku ek

Damia yang dah agak berselera makan setelah 2 botol air n setengah botol air garam masuk dalam badan.

Giler pitam aku nak habiskan makanan kat hospital ni...takda rasa...huhuhu teringat time beranak dulu

Teman baru Damia...hadiah dari ibu a.k.a akak iparku...katanya sempena besday Damia haritu dan juga sempena Damia nak dapat adik..dia suh Damia praktik tukar lampin ngan bagi susu kat patung ni...huhuhu...sekejap je dia layan baby alive ni...pastu bear masham dia juga yang dicarinya :P

Air mineral tu memang peberet Damia sepanjang kat wad ni...4 botol air tu dia habiskan...kira ok la..janji dia nak makan,minum n buang air...

2 hari berkampung kat hospital tu...kitorang pun dibenarkan balik...tapi doktor cakap kalau tetiba Damia demam cepat-cepat bawak gi hospital.so far Alhamdullilah la dia sihat sepenuhnya..mungkin ni dia sakit-sakit sebab nak bermanja ngan aku maklumla dia tau dia nak ada adik...ekeke

p/s:Banyak yang aku lihat dan belajar sepanjang kat wad tu...rasa kesian aku pada baby sebelah katil Damia yang di sahkan menghidap kanser..umur dia baru 9 bulan..sepanjang kat katil dia cuma mampu terbaring ....kaki dan tangan tak mampu di gerakkan...bila aku tanya pada ibu dia...ibu dia cakap anak dia baru 2 minggu jadi macam tu...sebelum ni aktif ...ermm...aku doakan supaya anak tersebut kembalii sihat..

BABY BIRU CONTEST



Contest anjuran blog http://mrshilmy.blogspot.com/

Tarikh tutup adalah pada 8 Ogos 2010 jam 11.59 malam

*

*

*

*

*


Nur Damia Batrisyia Ahmad Firdaus
2 Tahun 1 bulan ++


Thursday, August 05, 2010

kembalikan mood berblog ku

Huhuhu jam dah pukul 4 pagi..aku still terpaku depan lappy ni...
ingat nak update banyak citer tapi mood nak menaip tu takde...
adeii sejak pregnant ni makin malas plak...
Hopefully mood tu akan kembali secepat mungkin

p/s:walaupun blog jarang berupdate tapi 'rumah' kenkawan tetap aku singgah dan baca citer terbaru :P

Sunday, August 01, 2010

Contest Aksi Si Manja di Playground




Tarikh tutup contest adalah pada 31 Julai 2010

*

*

*

*

*


Nama anak: Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
Umur:2 Tahun

Gambar ni diambial sewaktu Damia tengah seronok bermain kat playground kat umah atuk dia.Gelongsor memang mainan peberet Damia kalau main kat taman ni.Sampai terkekek-kekek gelak kalau dapat main gelongsor ni...hehehehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~sekadar selingan~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin