Thursday, December 31, 2009

New Year Giveaway


Contest mudah tuk di join...rasanya cam dah lama tak join contest..so kali ni nak join contest yang menawarkan hadiah yang sangat unik dan menarik iaitu "Wine Bottle Umbrella".

Senang je nak join just copy banner kat atas tu pastu tepek kat side bar beserta link ke blog puan penganjur contest.Very easy peasy kan?...keterangan lanjut tentang syarat contest ni boleh klik link ni ....

Notti-Face Giveaway

Contest anjuran MamaAdwanEncem dengan tajuk contestnya "Notti-Face Giveaway" dan akan berakhir pada 31 December 2009...so nilah dia wajah si notti ku..

Nama dak notti ni:Nur Damia Batrisyia bt Ahmad Firdaus

Tarikh Lahir: 27 June 2008

Umur: 1 tahun 6 bulan ++

Nama Mama:Norhaizamiah

Cerita di sebalik gambar ni sebenarnya masa ni si Damia baru lepas berjaya mencabut gagang telefon dari telefon yang ada kat dalam bilik ni waktu kitorang pergi bercuti di Awana Kijal.Maka dengan lagak muka nakal dia tu siap buat gaya ala-ala mengajuk bila aku tegur dia.Lepas jek aku tegur dia,siap dicampaknya gagang tu...isk isk isk memang notti betul dak tecik sorang ni

SWEET moments Contest by lensaMama

Contest terakhir kot sebelum penutup tahun 2009 ni...kali ni aku nak join contest anjuran lensaMama dengan tajuk contest nya adalah SWEET moments Contest by lensaMama. Maka ni lah dia Sweet moments yang aku pertaruhkan...

my SWEETIE name:Nur Damia Batrisyia Ahmad Firdaus

age:1 year 6 month ++

D.O.B: 27 June 2008

tengok pun dah tau kan betapa sweetnya ice cream tu..kalau tak sweet takkan la si Damia ni beria-ia makan sampai menjilat jari lagi.Gambar ni diambil masa kitorang tengah shopping barang dapur kat mydin usj.dan atuk Damia yang belikan ice cream tu untuk Damia...Punya la bersungguh nya Damia ni makan ice cream tu sampai comot2,sampai membuatkan semua orang yang lalu lalang kat Mydin tu tersenyum tengok gelagat dia...

Wednesday, December 30, 2009

Contest Ceria si Ayah bersama Anak

Contest anjuran Fasha dan disponsor oleh Pu3zdini dengan tajuk nya Contest "Ceria si Ayah bersama anak"....so nilah gambar yang aku pertaruhkan

Nama ayah:Firdaus
Nama anak:Damia
Umur anak:1 tahun 6 bulan ++


Actually gambar ni di ambil masa kitorang bercuti di tasik kenyir last week.Ni gambar masa baru lepas check in,Damia yang tak sabar nak main air terus diusung oleh papa masuk dalam swimming pool.Baju pun tak sempat tukar...Memang kelihatan mereka berdua ni sangat enjoy dan bergembira di situ


****************sekadar selingan*******************


Pada yang nak join meh klik sini...tarikh tutup dia adalah today, 30 December 2009

Model kesayangan hamba...:P

Ni lah dia model tak mandi kesayangan hamba sedang memperagakan fesyen baju tido batik jawanya dengan fesyen rambut ala-ala vokalis kumpulan Hujan tuh...alahai nak oii...layankan ajorks ye noks

Tempat kejadian = Tasik Chenderoh,Perak
Masa kejadian = pukul 9 pagi
Model terlibat = seorang budak yang tak mandi lagi
mula-mula pusing kanan ye puan-puan

pastu pusing kiri plak ye

berikan sedikit senyuman walaupun air liur basi masih melekat di mulut anda...ingat tu puan-puan semua

Kemudian melangkah lah dengan penuh yakin...

tapi....

*

*

*

*

berhati-hatilah ye jangan sampai nak terjun dari 'stage' plak ..

Model diselamatkan oleh bodyguard yang sentiasa besiap sedia...isk isk isk

p/s:pertunjukkan fesyen terpaksa dihentikan sebab model mula beraksi ganas apabila nampak air tasik yang terbentang luas tu.... :P

Lost World of Tambun

Last week on Monday kitorang ke Lost World of Tambun,lepas tengok Damia dah tak demam terus kitorang jejakkan kaki ke sana.Memang dalam perancangan pun nak ke sana since aku dah apply cuti panjang selama 9 hari dan jugak dapat discount voucher dari tempat keje aku,so memang takleh lepaskan peluang lah kan...best best....memang cuti-cuti malaysia betul ni,

Actually berbaloi-baloi gak ada voucher ni coz leh jimat dekat RM 8.OO seorang.Harga tiket dia tuk adult RM 30.00 child RM 24.00 kot kalau tak silap aku.Aku pergi 8 orang,so dah jimat dekat RM 64.00 hengget gitu.Ok lah kan..at least bleh gak guna duit tu tuk beli makanan kat dalam tu.

Kitorang sampai sana dalam kul 12 tgh hari,Orang memang dah ramai la maklumla cuti sekolah tak kira hari mana-mana pergi pun orang ramai.lepas jenuh memusing dalam tuh baru lah dapat port tuk letak barang.First time sampai tu,si Damia ni menjerit2 melalak sebab takut.Agaknya dia takut tengok orang ramai n air yang melimpah ruah depan mata dia.Tapi kejap jek pastu terus tak hengat dunia main air sampai tahap tak nak balik..pitam mak noks nak melayan ... :P

Sesi pujuk memujuk nak bagi si kecik ni masuk dalam air...tengok jek air tu terus melalak-lalak

Tapi kejap jek,pastu terus lupa diri...hihihi

Apa yang menarik kat sini,dengan hanya bayaran sebanyak RM22.00(dengan voucher) tu ,korang leh mandi-manda sampai kecut dan boleh masuk petting zoo lagi...semua dalam satu harga...kalau tempat lain tak silap aku semua kena bayar asing2...memang best lah spend masa kat petting zoo ni sebab ianya berkonsep terbuka,maknanya haiwan yang ada kat situ kita bleh bebas nak pegang n bagi makan but still ada pengawasan lah...

Memang lawak betul,aku masa kat dalam petting zoo ni beria2 sangat nak pegang semua haiwan yang ada,tapi bila dah ada depan mata,kecut perut...sampai nak bagi makan kat burung pun rasa menggeletar jek..nak pegang ular????...dalam mimpi jek la...hahahaha

Setelah hampir 6 jam bergumbira dalam lost world of tambun tu,kitorang pun balik..anak aku si kecik tu apalagi...taraaa

*

*

*

*

*

MEMBUTA TAK HINGAT DUNIA....HIHIHI



p/s:aku still ada dalam 15 keping lagi voucher tu...valid sampai 28 february 2010.kalau2 ada kenkawan yang bercadang nak ke lost world dalam waktu ni bleh la habaq kat aku,nanti aku kasi voucher ni kat korang.satu keping voucher ni layak tuk membeli 6 keping tiket.ok lah kan??..bleh la berjimat mana yang patut...daaaa

Thursday, December 24, 2009

Mandi daun...bukan mandi bunga

Gara-gara Damia demam dua hari sebelum kitorang balik kampung,maka inilah jadinya...MANDI DAUN...ni bukan mandi macam mandi bunga tu yang konon nak bagi cepat dapat jodoh tu...ahaks

Menurut kata orang-orang tua,daun ni elok untuk hilangkan panas badan terutama tuk budak yang demam.Ni dah kali kedua Damia mandi air daun ni,so far aku tengok hasil dia memang positif lah...terus hilang demam Damia,panas badan pun hilang..Alhamdulillah

Bagi aku selagi ada cara tak salah berusaha asalkan tak melanggar batas agama...tak gitu?Nama daun ni tak silap aku 'pucuk bika'...cuma perlu rendam pucuk ni dengan air panas pastu masa nak mandikan tu ramas jek daun ni kat seluruh badan,lendir dari daun tu yang elok tuk baikkan panas badan

Damia macam biasalah...melalak2 masa kitorang mandikan dia dengan air daun ni,dia geli agaknya,tapi apa boleh kan,nak cepat sihat,kena paksa gak la... :P


Lepas dah sihat apa lagi,hari Isnin haritu layan mandi manda kat Lost World of Tambun la...next entry la aku sambung citer pasal mandi-manda ni...banyak benor benda nak story tapi mood macam malas-malas gitu...padahal sebab sebenarnya...terlalu banyak benda nak buat ...ni plak tgh bercuti kat Awana Kijal kat Terengganu ni....memang cuti-cuti Malaysia betul ni.. :)

Wednesday, December 23, 2009

Staff Dinner~Celebrities Nite 2009


Salam siaran kembali...lamanya rasa tak berupdate blog.Ni pun baru sampai dari kampung,punggah2 barang terus bukak lappy..usha blog,jiwa kacau weii kalau sehari tak bukak blog ni...hahaha..dah la kat kampung tak dapat coverage berukband ni...alahai...

So ni meh layan cerita daku secara marathon ni...hahaha kalau berdaya la nak membuat entry pepagi buta ni...okeh...story pertama tentang Staff Dinner hotel tempat aku kerja ni yang dah pun berlangsung pada 14 December 2009 haritu...tema dia Celebrities Nite...adeii bengkok wayar2 dalam kepala aku ni dok pikir nak pakai baju apa yang sesuai dengan tema...dah la dinner ni pun kompem very last minute...kitorang semua ingat tahun ni dah takda dinner dah tuk staff....sebab biasanya dinner buat bulan 8.....so ingat memang takde dah la....tup tup naik notice bagitau staff annual dinner on 14 December 2009.


Lihat lah pinggang ku ....rampingkan?....muahahaha..jauh panggang dari api

Lepas pikir punya pikir...aku rasa malas la nak buang duit sewa or beli baju...baik aku pakai uniform keje aku jek...muahahaha jimat kos...kebetulan memang dinner ni buat ari Isnin...dan dibuat kat hotel sama tempat aku keje....so buat apa nak buang duit...habis keje kul 7 terus turun ballroom,yang beshnya dah la tak wat keje tapi still claim overtime...giler kejam ...hahaha..meh layan gamba2 yang ala-ala jek nih :P


Cantik tak baju tuk dinner kitorang?...satu department aku pakai uniform jek kecuali si afro tu dari HR...hahaha...stok berjimat cermat ...muahaha


Geng giler kentang....bos aku yang sengal tu(pic no 2)...dah tau orang tengah amik gamba...dia pun sibuk duk amik muka dia sendiri..last-last padan muka.....muka kena cover dengan kamera....sengal punya bos


Ni Damia baru sampai dengan Papa,sampai-sampai jek terus ada yang hulur pisang kat dia...ekekeke...punya la best dinner kompeni aku ni siap bleh bawak anak lagi....FREE OF CHARGE lagi... :P


Papa ngan Damia muka rileks jek...Mama over excited tengok dorang dah sampai....tersengih sampai kecik2 jadik mata tu...hihihi




Pic wajib ada....Mama dan permata hatinya,Damia..... :)


Gambar kat atas ni korang bleh pakai spek itam kalau nak tengok...maklum la memancar2 kalernya...aku pun tatau ntah apa salah setting kamera ni...so tulisan pun bertukar kaler hijau...hahahaha...apa motif????


Mama n Damia with my General Manager,Datin Jasmine dan juga "kakak abang" yang baru lepas menari...hahahaha


Damia with her new frenz....siap main2 bunga lagi


Antara aktiviti di luar dewan.....teka sweet yang berwarna warni dalam balang tu....kalau tepat atau hampir tepat...hadiah dia sebijik air cond....sangat kecewa rasanya ok....jawapan dia 450 bijik...aku teka 456 bijik...adeeiii melepas...ada plak yang bleh teka tepat...ciss


Michael Jackson in the housseee.........uiii seramnya


Ni team department aku sebelum menari.....pertandingan ni tuk semua staff wakil department masing-masing....


Team kitorang dapat no-3....tiap tahun memang tak pernah lari mesti antara juara hingga no 3....hehehe....memang masing2 kaki keluar masuk disco...cewahh

Kali ni layan gambo je dulu ye....next entry aku citer pasal hadiah lucky draw yang aku dapat ek...selamat tido

Wednesday, December 16, 2009

Kesian anak mama..demam


Pagi tadi bangun dari tido...rasa badan Damia macam panas skit...so check suhu badan dia...37.3 darjah celcius....tak berapa panas sangat...tapi petang tadi lepas balik keje sentuh dahi Damia...rasa panas sangat dan muka dia naik bintik2 merah....terus siapkan dia bawak pegi klinik.

Masa doktor check badan dia...dah naik 38.2 darjah celcius...doktor cakap kuat demam dia...dan bila doktor tengok muka Damia...dia cakap berkemungkinan ada ciri-ciri demam campak...tapi dia takleh nak kompemkan..katanya jugak mungkin sebab panas...doktor cakap lagi kalau Damia tak pernah miss semua injection sepatutnya dia ambil sebelum ni,so takde masalah lah

Doktor pesan lepas 2 hari kalau takda perubahan, baru dia suruh rujuk ke hospital...adeii harap anak mama cepat sembuh supaya mama boleh bermain dengan Damia dan melihat setiap pergerakan anak mama yang gembira melompat,berlari,menari tatkala sihat.Ni bila demam ni...lemah jek nampak...get well soon my dear darling...


walaupun demam,tetap jugak nak gagahkan diri ,habis ditawafnya satu klinik ni...balik umah terus lembik..ubat plak takmo makan...asal makan ubat jek muntah...Mungkin Damia berjangkit demam dari cousin dia....coz sehari sebelum tu kitorang ada melawat cousin damia ni kat sdmc sebab demam panas ...n until today cousin damia tu still demam lagi...Mama harap both of u cepat2 sembuh ye sayang...hari jumaat ni dah nak balik kampung..tak best la nak jalan jauh tapi badan damia tak sihat :(



Monday, December 14, 2009

lawak nangis..

Dapat dari email...layan gak kan dah nak masuk tahun baru ni...hihihi

What if Management brings it to your notice that due to the current "global economic recession",
"There will be no appraisal for the current year"


The following are the perceived reactions of some departments.

Administration




Customer Care


Marketing


Network


HR

Top Executives


Security


I T
Call Centers


HEY, WHERE IS Sales GUY???
///
///
///
///
///
///
///
///
///
///
Its Here::

Sales
kehkehkeh...lawak comei ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin