Friday, February 25, 2011

Set bersalin NR

OFFER UNTUK SET NR MENJELANG MEGASALE WMC

~ PROMOSI SAH BERMULA 1 HINGGA 31 MAC 2011 ~



PAKEJ MENGANDUNGI:
-> PhytoNatal - 90 biji
-> Akar Herbanika - 10 paket
-> Minyak Herbanika - 100 ml
-> Herbanika barut (krim) - 60gm
-> Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
-> Herbanika Lulur - 100gm
 
HARGA : RM365.00

OFFER : RM290.00

PERCUMA
LOSYEN PATI HALIA YUSMIRA
REMPAH MANDIAN
KAPSUL HARUAN
SABUN SUSU BERAS
MINYAK TELON
BARUT BABY
PARAM
PILIS
 
p/s: kalau ada yang berminat ngan set bersalin NR dan juga tertarik ngan promotion yang ditawarkan ni korang leh terjah link ni & boleh order ngan akak ni....serius berbaloi2

Tuesday, February 22, 2011

CONTEST IBU HAMIL CUTE


Contest anjuran blog http://sue47636.blogspot.com/

Tarikh tutup contest : 22 Februari 2011

Nak join klik sini

Ni pic saya yang tengah sarat mengandungkan anak kedua


Nama: Haiza
Due date: InsyaAllah 28/2/2011
Jantina anak: Biarlah rahsia...janji sihat dan selamat :P

Monday, February 21, 2011

Checklist barang-barang untuk di bawa ke hospital

Tinggal berapa hari je lagi ni...silap-silap lepas buat entry ni terus bersalin...ekekeke..kat sini aku senaraikan checklist barang2 yang perlu aku bawak ke hospital nanti.Semua dah packing masuk beg sejak aku nak masuk lapan bulan haritu..

Senarai keperluan IBU
* Buku merah(buku check mengandung...penting ni)
* 1 beg pakaian (kompem la kena ade beg...kang tak pasal2 taruk barang dalam plastik    beg je kang :P )
* 1 helai tuala mandi & tuala muka
* 1 paket tuala wanita (dalam 20 keping)
* 3 helai baju t-shirt
* 3 helai kain batik
* 2 helai tudung/anak tudung
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* 3 helai baju dalam
* 1 set toileteries (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, sikat)
* pam susu Spectra 3
* 1 bakul berisi air panas,air masak dan juga biskut(ni dah bersalin nanti baru letak)
* Majalah Pa & Ma keluaran Mac (dah beli awal2 n dah siap masuk dalam beg untuk bacaan kat hospital)...hehehehe

Senarai keperluan ANAK
* 1 helai tuala mandi

* 2 helai sapu tangan kecil
* 2 helai selimut / kain bedung

* 2 helai kain lampin/ napkin
* 10 keping pampers new born

* 1 paket tisu basah ( untuk lap "poo poo" dia nanti)
* 4 helai baju
* 4 pasang seluar panjang / pendek
* 3 pasang sarung kaki dan sarung tangan
* bantal kecil

* bedak baby, minyak Yu yi cap limau
* Surah Yaasin

Takkan keperluan untuk ibu ngan anak je kan kena sediakan...suami pun perlu ada gak persediaan sendiri...antaranya

* Kamera (wah kata bini nak jadi blogger tegar kan??..harusla ada kamera)
* kad pengenalan suami
* surat nikah
* duit (ni paling penting sekali buat kaum lelaki :P )

Macam baju tu semua tak perlu kot sebab laki aku jenis suka nak berulang balik rumah...lagipun aku nak bersalin kat Hospital Sungai Buloh...husband takleh temankan...cuma bleh datang time melawat je

P/S: Agak-agak korang ada lagi ke benda2 penting yang aku tertinggal??sila la bagi idea

Sunday, February 20, 2011

Lerr wujud lagi rupanya

Apa khabar ibu-ibu bloggers sekalian....wah semakin nak menunggu hari ni semakin malas plak aku nak update blog..tapi blog kenkawan boleh dikatakan selalu gak la aku masuk jenjalan sambil tengok2 entry terbaru kalian...cuma tang nak mengupdate blog sendiri je yang agak malas skit

Skang ni pun perut dah semakin besar...badan pun memang cepat je rasa letih..balik je keje memang katil la tempat pertama aku tuju...dengan termengah-mengahnya kena landing dulu atas katil kasi hilang penat...kenkadang terlajak terus sampai pagi dengan baju tak bertukar...memang kali ni pregnant aku agak kepenatan...balik keje pun dah kul 9-10 mlm ....kalau dapat balik awal pun...kul 8 mlm gak baru sampai umah

Cian kat Damia,nak melayan dia pun kenkadang aku tak larat...cuma kalau time aku baring2 tu dia datang menyelit celah ketiak aku...ok la...bleh gak aku bergurau senda dengan dia...ekekeke...part paling seronok n terharu aku tengok kalau time aku tengah baring tu..Damia datang dekat aku pastu peluk n cium perut aku sambil cakap dengan pelat bahasa dia "kakak sayang baby" ...bertambah tak sabar aku rasa nak tunggu kelahiran adik Damia ni..

p/s: Sekarang ni aku dah 38 minggu++....tak sampai 2 minggu lagi due date...uihhh dup..dap..dup...dap rasanya...semoga semuanya berjalan lancar n selamat...aminn

Friday, February 04, 2011

1st GA dari duniakuelken


Nak join giveaway kat atas tu...klik sini

Tarikh tutup pada 4/2/2011

Nak tag:
Suziey
semua follower blog ni

Thursday, February 03, 2011

Menghitung hari...tak sampai sebulan je lagi ni

Alhamdulillah skang ni usia kandungan aku dah masuk 36 minggu..tak sampai sebulan je lagi ni nak deliver adik Damia ni.Pagi semalam pegi check up,so far semuanya ok.

Sumber cilok kat sini

Usia kandungan: 36 minggu 2 hari

Berat baby:2.72 kg (cam besar plak kali ni)Damia dulu lahir berat dia 2.78kg je

Air ketuban:cukup untuk baby berenang-renang kuak lentang....ekekeke

kedudukan uri:masih elok kat atas...alhamdulillah

kedudukan baby: masa scan nampak elok kepala dia kat bawah...time Damia dulu 34 minggu je terus songsang sampai 38 minggu..tu yang tak pasal-pasal mama dia ni kena belah perut nak keluarkan dia 

Jantina baby:hehehehe masih kekal rahsia..anak mama malu nak tunjuk..masuk tadi dah 3 kali scan,semuanya tak nampak...time Damia dulu,sekali pegi scan terus nampak "burger king" dia...ekekeke..takpela mama terima seadanya tak kira lelaki atau perempuan..yang penting selamat dan sihat

Pregnant kali ni agak mudah skit bagi aku,kurang rasa sakit kaki,time Damia dulu...masuk je 30 minggu boleh dikatakan tiap malam sure kaki aku sakit rasa macam ditarik2 urat kat kaki tu.Minyak panas jangan cakap la mau dekat 2 botol habis laki aku duk tolong urutkan.

Yang bagusnya skang ni plak walaupun aku tak ngadu sakit kaki,laki aku dah siap2 sapukan minyak kat kaki aku...hihihi bersedia dulu sebelum bini dia ni menjerit tengah2 malam sakit kaki agaknya...ekekeke

Tarikh aku dijangka deliver baby ni dalam 28/2/11..dalam 25 hari je lagi ni..Minggu depan nak kena gi buat booking kat hospital.Pilihan aku kat Hospital Sungai Buloh la.Sama tempat ngan Damia...harap semuanya berjalan dengan lancar..dah tak sabar dah ni :P

p/s:Err hari sabtu sampai selasa ni aku nak ke Kerteh...agak-agak melampau tak dengan sarat-sarat menghitung hari ni aku nak berjalan jauh-jauh ni?huhuhuhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin