Saturday, April 23, 2011

Jom pakat ramai-ramai kita gi Gathering & 2nd sarakids Open Day

Apalagi kenkawan semua..jom kita pakat serbu Kelab Rekreasi Dan Berkuda Denai Alam, Selangor
Denai Alam Recreation & Riding Club, Selangor (DARC)No.1 Jalan Elektron U16/100, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
pada hari ahad ni 24/4/2011 dari pukul 9.00 pagi – 2.30 petang

sarakids

Aturcara pada hari tersebut

9.00am          Arrival of Participants (Served with Nutri 99)
9.45am          Arrival of VIPs
10.00am        Welcome Greetings by MC
10.10am        Negaraku
10.15am        Opening Speech by VIP & Signing of “I support breast feeding”
10.25am        Launching of Modu Breast Pump – With Video
10.30am        Speech by Mr. Saiful on Modu Breast Pump
10.45am        Launching of Nutri 99 (Ms. Farah as the ambassador)
10.50am        Speech by CEO on Nutri 99
11.05am        Photo Session (VIP, CEO, Farah & Saiful) / Press Conference
11.35am        Song Performance / Group Singing (Breastfeeding Song)
11.50am        Malaysia Book of Record for 300 mothers breastfeeding
12.10pm        Breastfeeding fashion show, babywearing & cloth diaper demo
12.30pm        Breastfeeding Thoughts
1.00pm          Group photography session
1.15pm          Lunch and fellowship (Lucky draw) + Shopping at Bazaar + show
2.30pm          End

Tema pakaian pada hari tersebut

IBU=PINK

AYAH = HITAM

ANAK=MERAH

Eh banyak pihak media yang akan buat liputan tentang majlis ni...kalau rasa nak muka masuk tv n keluar paper...apalagi jom kita ramai-ramai meriahkan majlis ni nanti.

Mana yang tak sempat nak register boleh buat demikian pada hari event tersebut..paling best nanti ada macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan oleh anda sekeluarga.

Nak tau detail pasal majlis ni meh terjah sini

Friday, April 22, 2011

1st Seasonal : "Cute Baby With HAT Contest"

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON
"VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS" 



Contest anjuran
http://damiaqish.blogspot.com/

Penaja bersama adalah
&

*

*

*

*


Nama:Ahmad Haziq Ziqri bin Ahmad Firdaus

Umur:50 hari


Thursday, April 21, 2011

Kemenangan ke-2 untuk tahun 2011

Posto..posto..Sabtu lepas En.Posto datang ketuk pintu kasi hadiah ni


Tadaaa...hadiah dari sapa tu ekk??

*

*

*

*


hihihi dari Intan ..ibu pada si comel Arissa sebab aku antara pemenang untuk ‘BabyIntan’s Special Giveaway’

Hadiah dia adalah seperti di bawah ni...serius kiut

Multipurpose card holder Hello Kitty ...(pic cilok kat blog Intan)

Eh jap napa aku cakap kemenangan ke-2 untuk tahun 2011 ek?

Kemenangan pertama apa dia?

Meh tengok sini

*

*

*

*

*

*

*

*

GRAND PRIZE lagi tu...ni la dia kemenangan pertama yang tak ternilai indahnya untuk tahun 2011 ni..kelahiran putera pertamaku..AHMAD HAZIQ ZIQRI pada 5 March 2011

Kompem takleh dapat kat tempat lain hadiah hebat macam kat atas ni..terima kasih Ya Allah atas kurniaan Mu ini..akan ku jaga sebaik mungkin amanah Mu ini..Amin

Wednesday, April 13, 2011

Pureen warehouse sale

Peberet aku ni..minggu ni last berpantang pantang la sangat padahal semalam baru ko gi merayap ke Mydin  so next week wajib gi Pureen sale ni
Dah ada senarai barang yang nak dibeli dah ni
hahaha over siap buat list padahal time tu kang tangan ko main sebat je apa ada


23-24 April 2011

Pureen Stock Clearance Promotion 

Products Offered
Baby Diapers
Baby Apparels
Baby Toiletries Baby Accessories
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Sanitary Pads
Maternity Pads

Brands Offered
Pureen
Pride ‘N’ Joy
Pureen Basic
Tracia Toiletries
Dr Mist

Time: 10am - 6pm

Terms
VISA & MasterCard accepted for purchases above RM150

Location (Tel 603 7628 8888) – MAP
Summit Company (M) Sdn Bhd
Lot 6 Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Memang tertunggu-tunggu aku pureen nya sale ni..tak pernah miss sejak 3 tahun dulu..bagi aku ni la antara warehouse sale yang berbaloi-baloi nak terjah..cuma kena tahan ngan lautan manusia ngan bahang kepanasan dan juga aktiviti merebut baju-baju yang murah bangat ...ahaks

Haziq 1 month check up

Dah berabuk dah citer ni baru nak publish..
serius sangat malas skang ni nak update blog
padahal tiap hari dok BW
Facebook pun hari-hari duk hadap kenkadang sampai 4-5 jam

Cukup...back to topic
Last week 6/4/2011 ..aku bawak Haziq gi check up tuk sebulan
kejap je rasanya masuk hari ni dah 40 hari aku berpantang dan melahirkan dak encem ni
Ini bermakna tak sampai sebulan je lagi ni nak start keje balik
Ni yang awok tak gemor ni
Udah sedap-sedap cuti melepek kat umah..pastu nak koje balik..adeii


Ni budak encem dah siap nak gi klinik...mata kuyu baru bangun tido...cian dia ye kul 7 pagi dah kena bangun mandi padahal cuci muka ngan basuh montot je

Muka tak puas hati nak kena cucuk..ekeke

Appoinment kul 8 pagi..macam biasa la kenek gomen ni..
kalu tak kena tunggu 3-4 jam memang tak sah la kan
Kul 11 pagi baru sampai no giliran Haziq

Damia kalau ajak datang kenek ni memang dia suka
coz kat sini ada playground
kenkadang bukan dia berani sangat nak pegi main kat situ
cuma dia duk perati je budak-budak lain main
pastu dia tersengih-sengih sorang-sorang
tunggu adik dah besar skit ye
boleh kawan ngan adik
main-main ngan adik
jangan buli membuli sesama sendiri dah la ye :)


Budak encem skang ni dah 40 hari umur dia
Masa check up haritu
Berat dia dari 3.35 kg naik ke 4.25 kg
Panjang dari 50 cm jadi 55.5 cm

Ni pun masa bawak gi check up tu doktor ingat Haziq ni dah 2 bulan
Dia leh tanya aku "Berapa bulan baby ni,besarnya badan dia"
Ni la dia berkat SUSU IBU kot..hehehe
Aku rasa badan Haziq ni takla besar mana,normal untuk budak 1 bulan
cuma aku rasa dia ni jenis badan panjang/tinggi

Monday, April 04, 2011

ABPBH tahun ni memang terbaekk dari ladang

Korang layan tak Anugerah Bintang Popular Berita Harian tadi...rugi weii sapa tak tengok..Aku sampai tahap kejung-kejung perut duk gelak tengok telatah pengacara n paling best part nak umumkan pemenang Bintang Paling Popular....hahahaha serius aku mau tengok lagi part tu :P

Ni aku sertakan senarai penuh pemenang ABPBH tadi..semua memang popular dan layak untuk menang (tu pun sebab Tok Ti tak bertanding..kalau tak...lu pikirlah sendiri..ahaks)

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
6ixth Sense
 
PENYANYI NASYID POPULAR  
Rabbani
 
PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha
 
ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR  
Noorkhiriah
 
PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
 Faizal Ismail
 
PENGACARA TV LELAKI POPULAR  
Aznil Nawawi
 
ARTIS BARU LELAKI POPULAR
 Shahir
 
PELAKON TV LELAKI POPULAR  
Remy Ishak

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Fara Fauzana

PENGACARA TV WANITA POPULAR
Fara Fauzana

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Zizan

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT
Dato Rosnani Jamil

PENYANYI LELAKI POPULAR
Faizal Tahir

PELAKON WANITA POPULAR
Lisa Surihani

ARTIS BARU WANITA POPULAR
Ana Raffali

PELAKON  FILEM LELAKI POPULAR
Shaheizy Sam

PENYANYI WANITA POPULAR
Yuna

BINTANG PALING POPULAR
Shaheizy Sam
 


Serius memang best la ini ucop wilcha sama Johan masa nak bagi keputusan Bintang Paling Popular tadi...tahap tergolek2 terguling2 aku gelak tadi..kita bako je..bako!

p/s: Tahun depan kalau taruk Jozan ngan Ucop Wilcha jadi pengacara pun best gak tu..kasi kak engku ngan sharifah shahira rehat plak...huhuhu

Sunday, April 03, 2011

Akademi Fantasia kembali lagi

Korang layan tak AF ni??
 Aku dulu agak fanatik giler ngan AF ni terutama musim 1-3.
Maklumla masa tu tengah study lagi...sana sini orang duk bercerita pasal AF ni.


Skang dah masuk musim ke 9 dah pun...ni kiranya AF yang terakhir.Kejap je kan.Tau-tau dah dekat 100 orang pelajar yang terhasil dari Akademi Fantasia ni,tapi yang berjaya dalam bidang seni ni boleh kira je berapa kerat kan?hehehe


Ni kesemua 12 orang pelajar AF musim terakhir ni..Agak-agak kali ni leaki ke perempuan ek yang akan dinobatkan sebagai juara AF 9??

Aku agak pelajar lelaki kali ni jadi juara :P

AZNIL PENGACARA AKADEMI FANTASIA 9

Kali ni juga megembalikan semula Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil sebagai pengacara..elok la pun.Kalau tak hilang serinya AF ni tanpa Pak Nil.Tahun lepas Pak nil jadi pengkritik tetap AF..Tahun ni jadik pengacara balik....aku suka :)




Barisan tenaga pengajar AF...oh Adlin ngan Ning Baizura jadik 'cikgu' kali ni...tahun lepas pun diorang pengkritik tetap gak...

*

*

*

*

*
Dan yang paling kontroversi semestinya Pengetua AF 9 ni...maklumla dulu kecoh-kecoh kononnya diorang nak amik Ahmad Dhani jadi pengetua....Apa dah takde artis berbakat ke kat Malaysia ni yang boleh bimbing bebudak AF tu??sampai nak kena ammik artis luar

Akhirnya AMY SEARCH dipilih jadi pengetua AF 9 ni...cayalah phewiiiitttttttttttt..



Harap dia boleh bimbing kesemua pelajar AF 9 ni supaya diorang boleh jadi artis berbakat macam beliau.

Saturday, April 02, 2011

Stok EBM bulan March

Cam teruja plak nak buat entry pasal EBM ni.
Saja nak kasi semangat kat diri sendiri untuk terus bagi susu terbaik buat anak-anak.

Time Damia dulu aku sempat bagi dia breastmilk sampai 2 bulan je itupun dah bercampur dengan formula milk (tak pasal-pasal jadi anak susuan sang lembu) since dia kat hospital lagi.

Ni la jadinya kalau kurangnya ilmu tentang kepentingan susu ibu ni.Memang aku ralat sangat kalau ingatkan balik.

So untuk adik-adik Damia (adik-adik???)  aku dah nekad nak breastfeed diorang selama boleh.


Ni hasil perahan pada hari ke 3 lepas bersalin...kuning dan pekat kalernya...ikutkan susu awal ni ada 6 botol tapi 4 botol aku dah bagi Haziq n Damia minum..tinggal lagi 2 botol (10 oz)


Sekali pam dalam 10-15 minit boleh dapat dlm 5-6 oz


Fridge abah aku yang sebahagiannya dah dikonker oleh susu ibu....hehehe


Tunggang langgang dah...tatau nak susun camna lagi


Bahan mentah macam ayam,ikan n daging dah kena 'halau' dari fridge ni...kalau nak masak...pagi beli terus masak..yg tinggal cuma ais batu,ice cream ngan sos yang dibekukan je berkongsi dengan stok EBM aku tu...huhuhu


pemilik semua stok-stok EBM tu...aku kilang pengeluar je...tokey dia yang kena bedung tu...kakak plak tumpang rasa sama

Total Stok EBM yang dapat aku kumpul untuk bulan March

42 packet/bottle x 5 oz = 210oz

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin