Sunday, January 31, 2010

Bantal busuk?????busuk sangat ke?

Tadi bukak paper Utusan,selak punya selak,baca punya baca,tup tup tup terpandang lah satu artikel tentang tabiat anak yang amat menggemari bantal busuk.Meh aku paste skit kat sini sebab aku tau ramai ibu-ibu yang mana anak mereka mempunyai bantal busuk,anak patung atau apa saja yang boleh diistiharkan sebagai barang wajib bawa setiap kali nak ke mana-mana...kalau tak bawa jawabnya melalak la anak tu....hehehe

Tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.

Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.

Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal.

Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.

Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka.


Perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.

Sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.

“Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi.

Selamat

Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).

“Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.

Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.

“Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.

Risau

Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.

“Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.

Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.

Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.

“Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.

Bantal busuk hingga dewasa

Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.

“Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.

Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.

Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.

Siap masuk selimut sekali tu..

terselit jek kat tepi tu.... :P

Terliuk-lentok penangan bear busuk tu....ala-ala bantal busuk la tu..

p/s:Damia pun ada gak bende peberet dia,mana pergi wajib kena bawa,kalau tak,mau melalak sekuat hati dia...mak jugak yang susah nanti noks

p/s:Binatang peberet Damia yang kaler biru kekelabuan ni kitorang panggil "bebek",mau tak kelabu kaler dia kalau dari umur 3 bulan sampai skang ni dah 1 tahun 7 bulan baru sekali jek binatang ni berjaya dibasuh...huhuhu....dalam bahasa indonesia,bebek ni bermaksud itik,padahal binatang peberet Damia ni adalah seekor kambing....huhuhu...mbekkk

Anak mama demam & muntah-muntah

Tadi masa tengah keje,maksu Damia call, dia pesan kalau balik keje kang singgah McD belikan Damia bubur sebab Damia demam & muntah-muntah harini pastu taknak makan langsung.Terkejut gak Mama,sebab sebelum tinggal dia pagi tadi,Mama tengok Damia ok jek, badan tak panas pun dan elok jek main-main,nampak sihat jek.errmm cian anak Mama.

Damia punya pasal mama balik keje terus singgah Subang Parade belikan dia bubur,fries n rotiboy sekali dengan harapan anak Mama selera nak makan. Ermm bila sampai umah,Mama tengok Damia tertido atas sofa, badan pun lemah jek,Mama angkat Damia pun Damia tak sedar.Mama panggil Damia pun Damia tak dengar.Sedih mama tengok anak mama lembik macam tu.Selalunya Damia aktif sangat.

Mama kejutkan jugak Damia,suruh dia bukak mata,belai2 dia pastu Mama bagi dia french fries,Alhamdulillah dia nak makan walau pun cuma beberapa ketul jek.Pastu Mama suapkan bubur,Damia makan walaupun cuma 2 sudu jek.pastu terus Damia tunjuk kat Mama yang dia nak susu.Mama suruh maksu Damia buatkan sementera Mama bawak Damia masuk bilik,pastu terus bagi Damia susu.....TAPIII.....baru minum skit jek terus Damia terbatuk dan termuntah-muntah...habis semua benda yang dia makan tadi keluar....lagi la mama rasa nak nangis.Mama bersihkan Damia then Papa ajak pi klinik.

Masuk dalam kete.Damia happy jek...siap babai2 maksu yang tak ikut tu.Mungkin dia ingat Papa ngan Mama nak bawak dia jalan-jalan kot,ermm sampai kat klinik,doktor pun terkejut coz baru hari rabu haritu mama bawak dia jumpa doktor,hari ni Mama datang lagi,Mama bagitau doktor pasal Damia yang muntah-muntah dan tak boleh makan tu,doktor tak cakap apa terus masukkan ubat kat punggung Damia tuk kurangkan panas dan kurangkan rasa muntah-muntah.Doktor cakap tak perlu risau.

Sampai je rumah,Damia terus tido mungkin penangan ubat tu kot.Mama harap esok Damia akan sihat seperti biasa.Lena betul Damia tidur skang ni.takpe,...tidur la sayang,harapan Mama agar esok segala rasa sakit Damia akan pulih walaupun terpaksa berpindah ke badan Mama.

Mama sayang Damia sangat-sangat!!!

Friday, January 29, 2010

Hijaunya mak cik tecik ni

Tak abis lagi gambar-gambar MBP punya gathering tu ke.....hehehe ni ada serpihan2 lagi tapi yang ni semua gambar-gambar si manja ku Damia Batrisyia yang sangat over aktif masa kat situ.Memang tatau duduk diam,dari mula sampai kul 9.30 sampai dah balik kul 12 lebey still lagi tak berhenti2 berjalan,berjoget, dan berlari-lari ke seluruh kawasan Tasik ni...hehehe

Tempat peberet Damia sepanjang gathering ni...ni la dia playground...kang Mama sekali terjebak dok melayan dia kat sini

Bila lapar...menangis...hehehe

Dapat makanan diam terus..pas makan sambung balik marathon...adeii

Waktu tengah tunggu Papa datang amik...sempat lagi mengaktifkan diri kat area dekat ngan parking...Damia..Damia

Siap berjogek lambak lagi

Nasib Mok su ada nak layan Damia sehati berdansa...Mama?...mengah dah Mama melayan...huhuhu

Last post sebelum balik.....huhuhuhu

Thursday, January 28, 2010

Contest~My Little Helper

Contest anjuran Fida yang bertajuk My Little Helper. Menarik contest ni coz bleh tengok pelbagai aksi anak2 yang sibuk nak menolong ibu,bapa,atuk,nenek or sesapa saja....Damia pun rajin jugak...so ni la dia pic anak mama yang sangat 'rajin' menolong tu

Nama pembantu kecik:NurDamia Batrisyia Ahmad Firdaus

Umur:1 Tahun 7 bulan (27 June 2008)

Aksi kat atas tu sewaktu Damia menolong atuknya yang tengah siang ikan...actually time nih atuk baru balik memancing... seronok sangat tengok ikan banyak2 tu,terus dia pun sibuk nak membantu.

~~~~~~~~`Kat bawah ni sekadar gambar selingan~~~~~~~~~

Siram pokok pun rajin..kucing kat depan tu pun dia mandikan sekali :P

Atuk tukang siang ikan...cucu tukang basuh ikan

tolong mama sapu sampah pun rajin gak Damia ni...sayang dia :P

KFC~Damia sampai menjilat kaki

uihhh cam geli-geleman plak tengok tajuk entry....hahahah jangan risau...gimik jek tu...selalu jilat jari ni amik ko sampai jilat kaki ngan paha lagi,bukan takat jilat lagi dah nih...dah sampai tahap gigit2 dah tu...uihhh terer betul...ehh kaki sapa plak kena jilat & gigit tu Damia...

Ooooooooo......kaki ayam rupanya...huhuhu....upah sebab pagi semalam Damia kena cucuk,petang terus Mama blanja KFC....hihihi

p/s:tengok tajuk cam geli tapi bila tengok ayam tu...terus terliur...huhuhu

Wednesday, January 27, 2010

MBP 1st Anniversary Gathering~memang superb

MBP 1st anniversary gathering dah pun melabuhkan tirainya pada 24 January (ahad) haritu,skang ni kalau bukak jek semua blog yang join gath tu rata-rata tengah rancak bercerita pasal gath nih...aku gak tertinggal ketapi..terhegeh2 nak edit gamba disebabkan gamba2 yang diambil ala-ala cam kabur2 gitu....terutama gamba2 Damia tengah aktif main kat playground kat situ.sedey betul.

Kitorang sampai kat sana dalam pukul 8.45 pagi,Masa sampai kat parking tengok Mama Aqish pun baru sampai tapi still segan2 nak tegur.Lepas register,usha2 keliling tengok ramai gak dah sampai dan yang aku cam of course Kak Ros, Ninie,Ummi Salsabila je lah even kebanyakkan committee member tu pun aku tak cam(bad me)

Setiap yang datang gath nih akan diberi tag nama supaya mudah bloggers lain kenal kita.

Damia punya nih dah kotor2 sebab amik pic ni lepas dia setel melantak segala makanan-makanan yang sangat banyak dan sedap2 belaka tu :P

Bergambar bawah banner gathering(pic cilok dari MBP Fan Page)
Apa yang aku bawak ni ye? :P

Tadaaa....cheese cake yang aku tempat kat tempat keje aku.(Grand Dorsett Subang dulu dikenali Sheraton Subang)

Acara dimulakakan dengan ucapan dari Puan pengetua LittleMama :P

Lepas tu apa lagi sessi memenuhkan rongga2 perut memasing...macam-macam ada.aku jek sampai 4 kali duk round kat gazebo tempat food ni...hohoho...thanks to all mommy yang bawak makanan sedap2 ni semua...muacchhhss

LittleMama tgh memotong kek sponsor by Nia....semua orang cam takut nak amik kek ni coz takde orang potong.

Antara games yang ada....cari Yakult dalam pool tu..

Aksi anak-anak yang join games ni...ada setengah tu lebey tertarik pada bola yang berwarna warni tu dari air Yakult tu...ekeke

Yeayyyy Damia dapat satu

Game untuk ibu-ibu...lari ikat kaki...me tak leh nak join coz sibuk dok ngejar Damia yang dok turun naik gelonsor

Dari kiri Alin, Ummi Salsabila, Nia, me and Ninie

Smile........ :P

Me with Watie ....akhirnya berjumpa jugak kita ye....memang u bleh ganti Raja azura...kuat berceloteh..:P

Me with sweet Ummi Salsabila and Aufa yang kecik comei tu.....tengok muka Damia tu...geram jek tengok Aufa tu

Mommy sibuk posing...anak bertepuk tampar...notti Damia

Me with Farah ...masa ni Farah dah kelam kabut nak balik coz little hensem boy Afif dah meragam...tak sempat nak borak lama pun kan Farah..

Pic wajib ada...dengan LittleMama a.k.a Kak Ros

Dan yang paling best dapat jumpa Jiey.Tapi pic Ian takda...masa ni pun Jiey dah nak balik dah...sangatlah ceria rasanya gamba nih :P

Ngan mommy2 bloggers tegar dan daughter masing2

Overall for me gath ni sangat la superb n best giler.Dapat jumpa ramai kawan bloggers antara nya yang tak sempat bergambar ialah Yana, Mama Aqish, Mel,Isabelle, Azza, Fatin, Sumijelly,Eliss dan ramai lagi.Walaupun tak sempat dan berpeluang nak beramah mesra ngan semua orang,aku tetap happy join this gathering.Hopefully lepas ni kalau jumpa kat mana2 tegur la ye.hehehe

untuk tengok gambar dan cerita lebih lanjut boleh singgah kat MBP page atau ke MBP Fan page di facebook .

Tuesday, January 26, 2010

Bayi lelaki maut tertelan puting

Pagi tadi masa kat klinik terbaca berita kat muka depan Metro tentang bayi lelaki berumur 16 bulan mati sebab tertelan puting.Adei berderau jap darah2 ni bila baca coz teringatkan Damia yang memang tak boleh berenggang dengan puting kalau nak tido skang ni...isk isk isk

So skang nih terasa macam nak stopkan Damia ni dari hisap puting,tapi nanti takut dia mengamuk plak.Sapa ada idea atau cara camna nak buakan anak-anak ni stop dari hisap puting ye?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin