Wednesday, January 13, 2010

Tasik Kenyir~part 1

Sambungan kisah cuti-cuti patai timur.Muahahaha lama giler nak habiskan entry pasal cuti2 ni...dari tahun lepas sampai dah masuk tahun baru...muahahaha tak kira nak bubuh gak gambo kat sini..

Destinasi cuti-cuti aku seterusnya iaitu Tasik Kenyir.Actually ni last minute plan nak ke Tasik Kenyir.So kitorang main terjah je la cari chalet..memang takde booking.budget tak penuh la chalet2 kat situ ,sekali sampai sana,semua bilik n chalet dah fully booked.Kitorang ingat nak duduk kat mana-mana chalet yang perlu naik bot.tapi semua dah full.so last sekali duduk kat Tasik Kenyir Resort & Spa. Resort ni kiranya tak perlu nak naik bot bagai,tak yah nak seberang2 tasik tu.....rembat je lah apa yang ada.Alang2 dah sampai.

Pancing kat tangan Papa tu memang sentiasa ada dalam kereta..hihihi

Setia menanti waktu SIL tengah nak amik bilik

Antara rupa paras chalet kat sini... :)

Apa yang menarik kat sini,kete sume kena park kat bawah(tempat park kete),pastu segala pergerakan dalam kawasan ni hanya menggunakan kenderaan khas yang ada kat kawasan chalet ni.Kete ni depan dia guna kepala kete kancil tapi bahagian seat blakang tu ala-ala ketapi kat zoo negara tu...ekeke

Laju gak kete ni,silap gaya kalau tak duk elok2 mau tergolek ke tanah la jawabnya sebab dia takda penghadang kiri n kanan....harap ada bumbung yang ala-ala tu jek stok hujan renyai pun leh basah...huhuhu

Memandangkan masa dah sampai sana tu hari dah dekat petang,so takde apa lah sangat aktiviti nak buat,petang tu just mandi-manda sampai kecut kat swimming pool dia jek...Damia plak tak nyempat2 nak tukat baju...melalak2 nak masuk dalam air tu...terus Papa bawak jek dia mandi pool tu.

Gigih menunggu kete kepala kancil tu datang amik tuk ke swimming pool :P

Blakang tu pemandangan tasik kenyir tu(kaler kelabu tuh)...pool ni betul2 atas tasik tu....stok kalau terlebih swimming terus ke tasik la jawabnya...hehehe

Papa and Damia..i like this pic so much...huhuhu...

Akiviti malam lepas mandi-manda ni...hohoho memancing la apa lagi...kan orang cakap "Tasik Kenyir ni Syurga ikan kelah". ciiittttt podaahhh...4 jam melangut memancing...haram sekor ikan pun tak dapat..dapat pun ada la sekor jek ikan sesat yang dah nyawa-nyawa ikan terdampat tepi rumput kat gigi air tasik tu..hahaha tu pun ada la besar skit jek dari jarik telunjuk aku ni ha...huhuhu nak tangkap gambo pun tak sampai hati.

Baik balik bilik layan monopoly ngan Damia lagi bagus...tengok pica ni beria betul dak tecik ni dok layan monopoly tu..layan nyibuk jek tu...abis semua duit tu nak dia gigit nya..

Gaya mesti ada...

"Eh ...eh ..giliran saya la plak"...apa ni moksu main tipu..lepas dia...dia jek..turn Damia bila plak :P

"hahahaha....aku menang...sukanya hati...padan muka moksu kalah"

Itu je lah aktiviti hari pertama kat situ....pas main monopoly apa lagi...tidur lah...zzzzzzzzzzzzZZZZZZZ

Aktiviti seterusnya diteruskan pada pagi esoknya lepas breakfast....macam biasa next entry....berjanggut la nak abih citer cuti-cuti aku ni...i'm sorryyy...huhuhuhu

7 comments:

[-suziey-] said...

tasik kenyir ni sesuai utk org yg kaki pancing kan..hmm my hubby dh lama tringin nk mancing kt sini..tp xdpt nk g..insyaAllah akn terjah jgk..hehe..

amboih dak kecik tu pn nkmain..mcm reti:p

Farah said...

tasik kenyir dekat sangat dengan rumah MIL saya..petang2 kitorg selalu gak pergi sana lepak2 hahaha.

aman je kan sana?

Queenin Murni said...

wohh.. tak hbs lagi bercuti2 punya siri.. besttnyaaa...

MamaDamia a.k.a Haiza said...

suziey:memang niat nak memancing la kat sana....tapi jenuh menuggu haram takda sekor pun ikan melekat kat pancing...hangin satu badan rasa

MamaDamia a.k.a Haiza said...

Farah:hohoho jadik tempat lepak jek ye tasik kenyir ni....buat orang2 jakun cam kitorang yang first time jejak sana...memang jakun habis la...tapi serius kalau nak release tension penat bekerja...baik datang sinni...memang tenang habis rasa..

MamaDamia a.k.a Haiza said...

murni:ni baru part 1 ni....berkoyan2 lagi citer tak upload...dah tahap malas giler dah nih..tapi gigih harus gigih

MamaDamia a.k.a Haiza said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin