Sunday, January 31, 2010

Anak mama demam & muntah-muntah

Tadi masa tengah keje,maksu Damia call, dia pesan kalau balik keje kang singgah McD belikan Damia bubur sebab Damia demam & muntah-muntah harini pastu taknak makan langsung.Terkejut gak Mama,sebab sebelum tinggal dia pagi tadi,Mama tengok Damia ok jek, badan tak panas pun dan elok jek main-main,nampak sihat jek.errmm cian anak Mama.

Damia punya pasal mama balik keje terus singgah Subang Parade belikan dia bubur,fries n rotiboy sekali dengan harapan anak Mama selera nak makan. Ermm bila sampai umah,Mama tengok Damia tertido atas sofa, badan pun lemah jek,Mama angkat Damia pun Damia tak sedar.Mama panggil Damia pun Damia tak dengar.Sedih mama tengok anak mama lembik macam tu.Selalunya Damia aktif sangat.

Mama kejutkan jugak Damia,suruh dia bukak mata,belai2 dia pastu Mama bagi dia french fries,Alhamdulillah dia nak makan walau pun cuma beberapa ketul jek.Pastu Mama suapkan bubur,Damia makan walaupun cuma 2 sudu jek.pastu terus Damia tunjuk kat Mama yang dia nak susu.Mama suruh maksu Damia buatkan sementera Mama bawak Damia masuk bilik,pastu terus bagi Damia susu.....TAPIII.....baru minum skit jek terus Damia terbatuk dan termuntah-muntah...habis semua benda yang dia makan tadi keluar....lagi la mama rasa nak nangis.Mama bersihkan Damia then Papa ajak pi klinik.

Masuk dalam kete.Damia happy jek...siap babai2 maksu yang tak ikut tu.Mungkin dia ingat Papa ngan Mama nak bawak dia jalan-jalan kot,ermm sampai kat klinik,doktor pun terkejut coz baru hari rabu haritu mama bawak dia jumpa doktor,hari ni Mama datang lagi,Mama bagitau doktor pasal Damia yang muntah-muntah dan tak boleh makan tu,doktor tak cakap apa terus masukkan ubat kat punggung Damia tuk kurangkan panas dan kurangkan rasa muntah-muntah.Doktor cakap tak perlu risau.

Sampai je rumah,Damia terus tido mungkin penangan ubat tu kot.Mama harap esok Damia akan sihat seperti biasa.Lena betul Damia tidur skang ni.takpe,...tidur la sayang,harapan Mama agar esok segala rasa sakit Damia akan pulih walaupun terpaksa berpindah ke badan Mama.

Mama sayang Damia sangat-sangat!!!

4 comments:

UmmiKhayra said...

Moga damia cpt2 sembuh... risau kn klu tetiba je muntah2, xmo mkn.. nmpk lemah je kalau dh besa ank atif nih...

Intan said...

Alaa sayang, aunty baru baca nie...sedihnya tgk anak sakit nie :(

Aunty doakan damia sembuh ye sayang...damia be strong okey sayang :)

MamaDamia a.k.a Haiza said...

Ninie:memang risau sangat2 kalau tetiba jek anak jadi lemah mcm ni,skang ni pun still demam lagi,taknak makan,pastu termuntah-muntah.ingat nak bawak gi hospital je pagi nanti :(

MamaDamia a.k.a Haiza said...

Aunty Intan:Opah cakap,Damia demam ni sebab nak pandai cakap,betul ke aunty?...tapi cian la kat mama tu,bila Damia demam je mesti mama tak tido malam sebab takut Damia tetiba termuntah masa tido...cian kat mama kan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin