Sunday, January 31, 2010

Bantal busuk?????busuk sangat ke?

Tadi bukak paper Utusan,selak punya selak,baca punya baca,tup tup tup terpandang lah satu artikel tentang tabiat anak yang amat menggemari bantal busuk.Meh aku paste skit kat sini sebab aku tau ramai ibu-ibu yang mana anak mereka mempunyai bantal busuk,anak patung atau apa saja yang boleh diistiharkan sebagai barang wajib bawa setiap kali nak ke mana-mana...kalau tak bawa jawabnya melalak la anak tu....hehehe

Tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.

Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.

Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal.

Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.

Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka.


Perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.

Sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.

“Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi.

Selamat

Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).

“Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.

Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.

“Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.

Risau

Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.

“Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.

Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.

Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.

“Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.

Bantal busuk hingga dewasa

Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.

“Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.

Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.

Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.

Siap masuk selimut sekali tu..

terselit jek kat tepi tu.... :P

Terliuk-lentok penangan bear busuk tu....ala-ala bantal busuk la tu..

p/s:Damia pun ada gak bende peberet dia,mana pergi wajib kena bawa,kalau tak,mau melalak sekuat hati dia...mak jugak yang susah nanti noks

p/s:Binatang peberet Damia yang kaler biru kekelabuan ni kitorang panggil "bebek",mau tak kelabu kaler dia kalau dari umur 3 bulan sampai skang ni dah 1 tahun 7 bulan baru sekali jek binatang ni berjaya dibasuh...huhuhu....dalam bahasa indonesia,bebek ni bermaksud itik,padahal binatang peberet Damia ni adalah seekor kambing....huhuhu...mbekkk

2 comments:

yanadzul said...

hai..

jom join contest yana ok

http://yanadzul.blogspot.com/2010/01/yanadzul-giveaway-win-aivee-emart-toy.html

alinalan said...

ooo tuh teddy Damia punyer bantal busuk.. masa MBP gathering ari tuh Damia kt pinjam jap... ampun yer.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin