Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, November 07, 2010

Info tentang demam campak

Demam Campak

Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Friday, January 01, 2010

Jom buang masa..........

Ayat yang paling tepat tuk menggambarkan entry aku kali ni..maksud aku membuang masa tu adalah ...aktiviti aku dan Damia yang membuang masa hampir 3 jam di klinik kesihatan.Adeii ni gara-gara nak bawak si Damia ni gi klinik tuk buat injection sebab umur dah masuk setahun 6 bulan....alih2 lepas aku dok melangut menunggu dekat 3 jam boleh plak si nurse tu cakap yang hari ni takyah cucuk lagi kena tunggu bulan depan...

Adeii hai...memang si nurse tu yang cakap sendiri kat aku"buang masa jek akak datang hari ni,bukan boleh cucuk lagi,akak datang bulan depan ye..ok lah boleh la akak balik...takde apa dah"....adoii senak perut aku dengar dia cakap camtu....napa la tak cakap awal2....aku siap amik cuti lagi sebab nak bawak anak aku pegi klinik...alih-alih dia cakap macam tu...ni dah kira pengalaman kedua aku kena macam ni....korang rasa memang service kat klinik kerajaan ni macam ni ke?...tau le benda free tapi jangan la buat aku macam ni...lotih dek non oii...korang layan kan ajelah ye gambar Damia yang mengembara segenap klinik ni...stok boring ler tu :P

Gigih nak panjat tembok tu....

at last aku kurung dia kat tempat ada playground kat klinik ni...tak daya aku nak kejar n control dia yang duk belari kesana kemari tu...duk dalam ni lagi bagus..biar dia main jek menan kat dalam tuh

p/s:kalau la aku ni banyak duit...sure aku tak bawak Damia ni gi klinik kerajaan... :(

p/s:Malas la nak spoil kan mood sendiri di permulaan tahun baru ni....hehehe so HAPPY NEW YEAR 2010 TO ALL MY DEAREST BLOGGER FRENZ..

Thursday, August 06, 2009

Bintik merah apakah ini?

Macam yang aku cakap sebelum ni....kejadian itu ialah....jeng jeng jeng....badan dia naik bintik2 kaler merah ...seluruh badan termasuk muka dia...suspen wei aku sekojap....tetiba tengok badan anak aku macam tu....terus aku kejut anak aku...tukar baju dia...n usung pi klinik

*Gaya tido paling ganaz dari si manjaku.....

Sebenarnya yang buat aku perasan bintik2merah tu masa aku tengah baik punya tangkap aksi ganaz Damiatengah tido tu...elok jek aku snap tiga keping gambar ni baru aku perasan...terus aku letak kamera kat tepi...bukak baju Damia..maka inilah hasilnya..

*Bintik2 kat badan Damia...cian dia

Lepas jek tu terus bawak dia pergi klinik...bila doktor check....dia cakap mungkin Damia ni alergic...doktor tu cakap kat aku alergic bukan semestinya disebabkan oleh makanan...boleh jadik jugak disebabkan faktor persekitaran...wah cam cikgu sains plak aku...aku punya cuak sampai aku leh tanya kat doktor tu....ni bukan tanda2 denggi or HINI tu kan...apa punya ngeng la aku...doktor tu senyum jek...dia cakap jangan risau..dia suruh aku sapu ubat yang dia bagi kalau tak elok jugak dia akan rujuk ke hospital...

Tapi aku tengok lepas 3 hari ni ....dah takda dah bintik2 kat badan ia...maybe betul la alergic tu..tapi betul ke ada orang alergic dengan bunga?....ntahlah...ni aku agak jek ni...hihihi

p/s:aku dah register kat true fitness...hihihi akhirnya tergoda jugak aku dengan tawaran yang dorang bagi...sangat berbaloi-baloi aku rasa...cam iklan celcom tu...nantikan entry aku tentang true fitness ni ekk....tak sabar dah ni nak join class2 dia

Saturday, July 25, 2009

---->Aku bermimpi di siang hari ke ni?

Macam mimpi plak rasa
semalam pergi Mcd Taipan usj
lalu depan True Fitness Centre kat Taipan subang ni
aku cakap kat mak aku
"mak orang rasa macam nak register jek kat True Fitness ni..badan pun dah naik ni lepas ada Damia ni"
mak aku cakap pergi je lah
*
*
*
*
Tiba-tiba...
*
*
*
*
*
*
*
*
Baru sepuluh minit yang lalu
ada orang dari True Fitness call aku
cakap aku terpilih tuk pergi trial class dia
rasa-rasanya aku tak pernah pun register tuk mana2 fitness centre sebelum ni
tetiba jek dia cal aku
padahal semalam baru niat jek nak pegi
tau2 jek harini dorang dah call
*wink*wink* senyum sambil melompat-lompat
set kan appoinment jumpa hari Isnin malam kul 8.30 malam
siap bleh ajak kawan lagi
apalagi ajak en.somi ku lah pergi
biar sama-sama kurus dan sihat
cantik menawan ....giler hovers berangan
p/s: Ni kot dikatakan pucuk dicita ulam mendatang..betul ke peribahasa aku ni...blasah je lah...janji aku suka...i likkeee

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin