Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Wednesday, March 09, 2011

Alhamdulillah...setelah 40 minggu maka lahirlah putera kecilku ke dunia ini

Alhamdulillah...syukur sangat-sangat...setelah membawanya kehulu kehilir di dalam perutku..akhirnya setelah 40 minggu 3 hari maka lahirlah putera kecil ku ke dunia ni.Perasaan aku memang sangat gembira dan tak sangka yang selama ini aku mengandungkan seorang anak lelaki.

Maklumlah sepanjang tempoh hamil tu dah 4 kali aku buat scan tapi hasilnya semua tak nampak 'anu' dia.Pandai hero mama ni sorok ye nak buat surprise kat mama.Dahlah tu bila semua orang tengok aku mesti cakap yang anak aku ni nanti mesti perempuan.Aku pun sampai prepare nama-nama perempuan je untuk anak aku.

Tapi tu lah rezeki dari Allah...yang tak disangka tu lah yang akan terjadi dengan kuasaNya.Hampir 6 jam di dewan bersalin menahan kesakitan terubat apabila dia lahir ke dunia.Saat doctor meletakkan si kecil di atas dadaku lepas dilahirkan..gugur air mataku dan suami bila doctor mengatakan anak aku lelaki.Syukur alhamdulillah...lengkap sudah keluarga kecilku dengan kehadiran seorang putera dan seorang puteri penyambung warisan keluargaku...Alhamdulillah aku betul-betul bersyukur.


Ahmad Haziq Ziqri Bin Ahmad Firdaus

dilahirkan di Hospital Sungai Buloh

pada 5 March 2011 jam 3.40 pagi

berat ketika dilahirkan adalah 3.35 kg secara normal




p/s: Mood masih tersangat2 happy dan bersyukur dengan kurniaan tak terhingga dari Ilahi ni...Alhamdulillah syukur sangat2 semoga anak-anakku membesar menjadi insan yang berguna dan taatkan perintah Allah dan kedua ibu bapa...aminn

Tuesday, March 01, 2011

Terlebih sudah..ni yang tambah gementar ni

Ikut kan semalam 28/2/2011 adalah due date aku.Tapi sampai skang aku takde rasa sakit atau tanda-tanda nak bersalin.Kalau ada pun macam aku tau je tanda sakit bersalin tu camna kan?

Dahla time Damia dulu aku gi serah diri kat hospital masa genap 38 minggu coz baby songsang...memang tak sempat merasa sakit nak bersalin.Tau-tau duk tadah perut je kat doc sebab nak kena czer.

Kali ni takat ni check up Alhamdulillah kepala baby dah kat bawah cuma tatau masa je bila si kecil ni nak melihat dunia...seriuss aku tak sabar walaupun gementar.

Skang ni aku cuma rasa tekak loya-loya cam nak muntah n badan agak menggigil...tatau la ni tanda nak bersalin or tanda aku takut yang amat.Sampai nak minum air selusuh pun aku takut....takut terberanak atas katil kat umah ni....huhuhu.

Semalam(Isnin)...pun aku masih lagi kerja...sampai semua staff yang nampak aku siap buat muka terkejut tengok aku tak beranak2 lagi...hahahaha abis nak wat camna takkan diorang nak suruh laki aku seluk bagi keluar baby ni kot.Cuma aku rasa memang agak payah nak bergerak time kat tempat keje tadi.Duduk lama pastu nak berdiri jalan...sampai tahap terkengkang2 aku berjalan ...ngalahkan orang dalam pantang.

Esok tatau lagi sama ada aku nak keje atau tak...bos aku plak yang dah beria suh aku apply cuti je...masalahnya aku malas nak bazirkan cuti aku banyak2.Cuma semua benda penting aku dah siap handover kat member aku petang tadi.Pandai-pandai korang la buat keje time aku cuti nanti....hehehe

Friday, February 25, 2011

Set bersalin NR

OFFER UNTUK SET NR MENJELANG MEGASALE WMC

~ PROMOSI SAH BERMULA 1 HINGGA 31 MAC 2011 ~



PAKEJ MENGANDUNGI:
-> PhytoNatal - 90 biji
-> Akar Herbanika - 10 paket
-> Minyak Herbanika - 100 ml
-> Herbanika barut (krim) - 60gm
-> Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
-> Herbanika Lulur - 100gm
 
HARGA : RM365.00

OFFER : RM290.00

PERCUMA
LOSYEN PATI HALIA YUSMIRA
REMPAH MANDIAN
KAPSUL HARUAN
SABUN SUSU BERAS
MINYAK TELON
BARUT BABY
PARAM
PILIS
 
p/s: kalau ada yang berminat ngan set bersalin NR dan juga tertarik ngan promotion yang ditawarkan ni korang leh terjah link ni & boleh order ngan akak ni....serius berbaloi2

Monday, February 21, 2011

Checklist barang-barang untuk di bawa ke hospital

Tinggal berapa hari je lagi ni...silap-silap lepas buat entry ni terus bersalin...ekekeke..kat sini aku senaraikan checklist barang2 yang perlu aku bawak ke hospital nanti.Semua dah packing masuk beg sejak aku nak masuk lapan bulan haritu..

Senarai keperluan IBU
* Buku merah(buku check mengandung...penting ni)
* 1 beg pakaian (kompem la kena ade beg...kang tak pasal2 taruk barang dalam plastik    beg je kang :P )
* 1 helai tuala mandi & tuala muka
* 1 paket tuala wanita (dalam 20 keping)
* 3 helai baju t-shirt
* 3 helai kain batik
* 2 helai tudung/anak tudung
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* 3 helai baju dalam
* 1 set toileteries (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, sikat)
* pam susu Spectra 3
* 1 bakul berisi air panas,air masak dan juga biskut(ni dah bersalin nanti baru letak)
* Majalah Pa & Ma keluaran Mac (dah beli awal2 n dah siap masuk dalam beg untuk bacaan kat hospital)...hehehehe

Senarai keperluan ANAK
* 1 helai tuala mandi

* 2 helai sapu tangan kecil
* 2 helai selimut / kain bedung

* 2 helai kain lampin/ napkin
* 10 keping pampers new born

* 1 paket tisu basah ( untuk lap "poo poo" dia nanti)
* 4 helai baju
* 4 pasang seluar panjang / pendek
* 3 pasang sarung kaki dan sarung tangan
* bantal kecil

* bedak baby, minyak Yu yi cap limau
* Surah Yaasin

Takkan keperluan untuk ibu ngan anak je kan kena sediakan...suami pun perlu ada gak persediaan sendiri...antaranya

* Kamera (wah kata bini nak jadi blogger tegar kan??..harusla ada kamera)
* kad pengenalan suami
* surat nikah
* duit (ni paling penting sekali buat kaum lelaki :P )

Macam baju tu semua tak perlu kot sebab laki aku jenis suka nak berulang balik rumah...lagipun aku nak bersalin kat Hospital Sungai Buloh...husband takleh temankan...cuma bleh datang time melawat je

P/S: Agak-agak korang ada lagi ke benda2 penting yang aku tertinggal??sila la bagi idea

Sunday, February 20, 2011

Lerr wujud lagi rupanya

Apa khabar ibu-ibu bloggers sekalian....wah semakin nak menunggu hari ni semakin malas plak aku nak update blog..tapi blog kenkawan boleh dikatakan selalu gak la aku masuk jenjalan sambil tengok2 entry terbaru kalian...cuma tang nak mengupdate blog sendiri je yang agak malas skit

Skang ni pun perut dah semakin besar...badan pun memang cepat je rasa letih..balik je keje memang katil la tempat pertama aku tuju...dengan termengah-mengahnya kena landing dulu atas katil kasi hilang penat...kenkadang terlajak terus sampai pagi dengan baju tak bertukar...memang kali ni pregnant aku agak kepenatan...balik keje pun dah kul 9-10 mlm ....kalau dapat balik awal pun...kul 8 mlm gak baru sampai umah

Cian kat Damia,nak melayan dia pun kenkadang aku tak larat...cuma kalau time aku baring2 tu dia datang menyelit celah ketiak aku...ok la...bleh gak aku bergurau senda dengan dia...ekekeke...part paling seronok n terharu aku tengok kalau time aku tengah baring tu..Damia datang dekat aku pastu peluk n cium perut aku sambil cakap dengan pelat bahasa dia "kakak sayang baby" ...bertambah tak sabar aku rasa nak tunggu kelahiran adik Damia ni..

p/s: Sekarang ni aku dah 38 minggu++....tak sampai 2 minggu lagi due date...uihhh dup..dap..dup...dap rasanya...semoga semuanya berjalan lancar n selamat...aminn

Thursday, February 03, 2011

Menghitung hari...tak sampai sebulan je lagi ni

Alhamdulillah skang ni usia kandungan aku dah masuk 36 minggu..tak sampai sebulan je lagi ni nak deliver adik Damia ni.Pagi semalam pegi check up,so far semuanya ok.

Sumber cilok kat sini

Usia kandungan: 36 minggu 2 hari

Berat baby:2.72 kg (cam besar plak kali ni)Damia dulu lahir berat dia 2.78kg je

Air ketuban:cukup untuk baby berenang-renang kuak lentang....ekekeke

kedudukan uri:masih elok kat atas...alhamdulillah

kedudukan baby: masa scan nampak elok kepala dia kat bawah...time Damia dulu 34 minggu je terus songsang sampai 38 minggu..tu yang tak pasal-pasal mama dia ni kena belah perut nak keluarkan dia 

Jantina baby:hehehehe masih kekal rahsia..anak mama malu nak tunjuk..masuk tadi dah 3 kali scan,semuanya tak nampak...time Damia dulu,sekali pegi scan terus nampak "burger king" dia...ekekeke..takpela mama terima seadanya tak kira lelaki atau perempuan..yang penting selamat dan sihat

Pregnant kali ni agak mudah skit bagi aku,kurang rasa sakit kaki,time Damia dulu...masuk je 30 minggu boleh dikatakan tiap malam sure kaki aku sakit rasa macam ditarik2 urat kat kaki tu.Minyak panas jangan cakap la mau dekat 2 botol habis laki aku duk tolong urutkan.

Yang bagusnya skang ni plak walaupun aku tak ngadu sakit kaki,laki aku dah siap2 sapukan minyak kat kaki aku...hihihi bersedia dulu sebelum bini dia ni menjerit tengah2 malam sakit kaki agaknya...ekekeke

Tarikh aku dijangka deliver baby ni dalam 28/2/11..dalam 25 hari je lagi ni..Minggu depan nak kena gi buat booking kat hospital.Pilihan aku kat Hospital Sungai Buloh la.Sama tempat ngan Damia...harap semuanya berjalan dengan lancar..dah tak sabar dah ni :P

p/s:Err hari sabtu sampai selasa ni aku nak ke Kerteh...agak-agak melampau tak dengan sarat-sarat menghitung hari ni aku nak berjalan jauh-jauh ni?huhuhuhu

Sunday, January 02, 2011

Anakku Khairul Fahmi??

Wah gedikss betul bunyi title entry ni...
Eh tapi nanti kalau aku bersalin kuar anak lelaki..
Tak salahkan nak letak nama dia ada "Fahmi"


AHMAD FAHMI BIN AHMAD FIRDAUS

p/s: wah sesuai gitu..AF bin AF :p

Thursday, August 26, 2010

15 hari berpuasa...tercabarkah ibu mengandung ni?

Alhamdulillah dah selamat 15 hari kita semua menyambut bulan Ramadhan tahun ni,ada separuh lagi perjalanan sebelum tibanya 1 Syawal.Walaupun skang ni aku dah start mengalami muntah-muntah n loya2 tekak tapi aku still gigihkan diri berpuasa.

Kalu kat opis tu agak-agak tak leh nak tahan loya tekak,muntah-muntah n pening kepala ni,aku gi je tido sejam dua....ekekekeke.Takpe bos aku paham coz wife dia pun tengah pregnant anak sulung.Beza sebulan je ngan aku.Kiranya tahun depan ada 3 orang dalam department aku ni akan sambut baby baru termasuk aku.hehehehe semua awal tahun.

Now aku dah 13 minggu pregnant,tapi aku still tak buat buku merah lagi.Asyik terlupa je.Sebelum ni 2 kali aku check kat klinik swasta je.Tapi memikirkan yang aku nak bersalin kat hospital kerajaan so nak tak nak kena buat la buku merah tu.Maybe esok pagi kalu sempat aku gi la jengah klinik kerajaan buat buku tu.

P/S:motif entry ni nak bagitau yang aku berjaya puasa penuh takat ni...harap-harap berkemampuan untuk cukupkan 30 hari..aminn

Friday, August 20, 2010

Aku takut meniarap sebab tu lah blog aku sunyi

Amik kau tajuk entry..meraban-meraban gitu...Ade ke yang pelik napa blog aku tak berhapdet?
Selain dari kemalasan yang melanda sejak aku peknen ni...salah satu lagi puncanya adalah sebab aku takut nak meniarap....hahahaha amenda la plak ni kan

Sebenarnya aku ni kalau berblog kat umah ni aku suka meniarap atas katil ngan laptop ni sekali aku usung atas tilam...so kalau dah penat bijik mata ni membaca entry kawan-kawan boleh la aku membuta tanpa perlu mengalih arah gitu..

Tapi bila dah peknen ni,aku jadi takut nak meniarap.Selain rasa sakit kat perut aku takut gak la kang jadi apa-apa plak kat kandungan ni.

Maka ni lah puncanya blog aku tak berhapdet...aku paling malas sekali nak duk kat meja komputer memalam buta ni...dah la koje pun 8 jam duduk hadap komputer.....so kat umah kalau sambil berbaring atau meniarap tu kira best la.....hehehehe.....bleh terima ke alasan???kalau dah malas tu malas gak la kan?... :P

Saturday, July 17, 2010

Damia dah pandai jeles ke??

Sejak akhir-akhir ni Damia kuat sangat nak menempel kat aku.
Pantang gerak skit laju je dia nak ngikut,dulu takde plak camni.
Sebelum pergi keje tiap hari aku kena usung dia ronda2 kawasan umah ni dulu
kalau tak sampai sudah dia dok pegang aku tak kasi lepas
Bila balik keje je,tak sempat bukak tudung
dia dah tarik tangan aku ajak kuar jenjalan.
So jadinya skang tiap malam lepas balik keje
kitorang mesti kuar merayap,...huhuhu
kalau masa nak tdo plak
dia nya peel ngalahkan orang2 tua
suruh aku duk sebelah dia
siap suruh aku urut2 kaki dia pakai minyak sampai dia tertido
jadinya kerap la aku ni tdo secara terduduk masa duk ngurut kaki dia...ekeke
banyak lag peel pelik-pelik dia yang menjerumus ke arah menempel kat aku...huhuhu

AGAKNYA DIA DAH RETI NAK JELES SEBAB TAU NAK DAPAT ADIK KOT KAN??

ye ke???

Thursday, July 15, 2010

Apakah tandanya????jeng..jeng..jeng


jeng jeng jeng

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

2 line????

*

*

*

*

*


Alhamdulillah..

p/s: Gambar cukup untuk menerangkan segalanya kan?..hehehhe

p/s: 2 kali aku buat test ni sebab tak percaya...maybe next week baru nak gi klinik check

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin