Ikut kan semalam 28/2/2011 adalah due date aku.Tapi sampai skang aku takde rasa sakit atau tanda-tanda nak bersalin.Kalau ada pun macam aku tau je tanda sakit bersalin tu camna kan?
Dahla time Damia dulu aku gi serah diri kat hospital masa genap 38 minggu coz baby songsang...memang tak sempat merasa sakit nak bersalin.Tau-tau duk tadah perut je kat doc sebab nak kena czer.
Kali ni takat ni check up Alhamdulillah kepala baby dah kat bawah cuma tatau masa je bila si kecil ni nak melihat dunia...seriuss aku tak sabar walaupun gementar.
Skang ni aku cuma rasa tekak loya-loya cam nak muntah n badan agak menggigil...tatau la ni tanda nak bersalin or tanda aku takut yang amat.Sampai nak minum air selusuh pun aku takut....takut terberanak atas katil kat umah ni....huhuhu.
Semalam(Isnin)...pun aku masih lagi kerja...sampai semua staff yang nampak aku siap buat muka terkejut tengok aku tak beranak2 lagi...hahahaha abis nak wat camna takkan diorang nak suruh laki aku seluk bagi keluar baby ni kot.Cuma aku rasa memang agak payah nak bergerak time kat tempat keje tadi.Duduk lama pastu nak berdiri jalan...sampai tahap terkengkang2 aku berjalan ...ngalahkan orang dalam pantang.
Esok tatau lagi sama ada aku nak keje atau tak...bos aku plak yang dah beria suh aku apply cuti je...masalahnya aku malas nak bazirkan cuti aku banyak2.Cuma semua benda penting aku dah siap handover kat member aku petang tadi.Pandai-pandai korang la buat keje time aku cuti nanti....hehehe
4 comments:
moga semua dipermudah olehNya.... amin
yah..semuge dipermudahkan....
=)
sabar,
insyaallah semuanya akan selamat..
ameen
Harap selamat sumenye k..sy dh lega dah coz bby dh selamat kuar..hihi
Post a Comment