Wednesday, June 29, 2011

Happy 3rd birthday Kakak Damia


Sekejap je masa berlalu..sedar tak sedar sudah 3 tahun aku bergelar seorang ibu.Kelahiran puteri sulungku Nur Damia Batrisyia pada 27 June 2008 yang lalu melengkapkan kehidupanku.

Kakak,mama teramat-amat sayangkan kakak.
Mungkin ada perbuatan kakak yang mengundang marah di mata mama,namun di hati mama kakak tetap membahagiakan mama.
Sekarang ni kakak dah berusia 3 tahun,sekejap je kan.
Sekarang kakak dah ada tanggungjawab bersama2 mama untuk menjaga adik.
Doa mama semoga Kakak membesar menjadi anak yang solehah dan boleh membanggakan keluarga.

Mungkin ucapan mama ni agak terlewat,tapi mama tak pernah lupa.
Walaupun tiada sambutan buat Kakak,tapi mama janji bila semua masalah dah selesai mama akan buat majlis harijadi kakak di rumah baru kita.


Ni la hadiah dari mama buat kakak,bila semua hal dah selesai kita akan berpindah ke rumah kita sendiri..mama harap kakak akan jaga rumah kita ni bila mama dah takde nanti

HAPPY 3RD BIRTHDAY NUR DAMIA BATRISYIA
MAMA LUV U SO MUCH KAKAK...MUACHHHSS

Tuesday, June 14, 2011

Apabila kakak melayan adiknya..

 Amat mudah melayan si kecil ni.Tak banyak meragam.Menangis bila lapar dan nak tido je.Kakak pun sangat suka melayan si adik.walaupun kenkadang jari adik diramas dek kerana geramnya kakak pada si adik...hehehe

 Si kakak yang rilek (ouh rambut sudah mula mencucuk mata) dan si adik yang penuh kosentrasi..apa lah agaknya yang menarik sangat ni ye


Oho melayan Upin Ipin ye...diam je adik tengok upin ipin ni ye

Masa adik botak...kakak cakap adik macam Upin Ipin...ekeke

p/s: Memang seronokkan melihat teletah anak-anak ni..hilang segala rasa penat seharian bekerja..mama sayang kalian berdua :)


Friday, June 10, 2011

Haziq 3 bulan

Kelmarin bawak Haziq gi klinik untuk check up.Kejap je rasa dah 3 bulan dah dak boboi ni.Alhamdulillah dia masih fully breastfeed lagi.

 Ni masa on the way nak ke klinik...geram..geram :P


Semakin hari semakin geram ngan dak tecik ni..skang ni mulut dia makin kuat membebel ajak kita berborak ngan dia.Kalau di layan..fuhh kemain rancak...ntah apa dibebelnya pun hanya dia je yang faham..ekeke


Skang ni berat dia dah 5.6 kg...naik 500gram dari 2 bulan aritu.Doktor cakap ok je berat dia.Tapi ni kalau dukung boleh tahan gak terasa.hehehe

Breastfeed harus di mana2 saja...takde dah nak terkejo2 cari tempat sembunyi2...yang penting anak kenyang dan tak meragam

Tertidur kekenyangan.Bangga untuk diri sendiri..sebab masa time kakak dia dulu..dalam pantang dah bagi susu 'mak lembu'..

Kuat tersenyum skang ni.Nampak je muka mama dia balik keje..terus tersengih2 sebab tau nak dapat ko*ek...ekekeke

p/s:Motif gamba kat atas tu semua selain nak tunjuk gamba Haziq...nak tayang tudung Fareeda..boleh?...ekeke

Amik kau sekali 5 Buffered Earning Nuffnang bagi

Hah terkojut beruk jap aku bila tadi sesaja gatal bukak Nuffnang..
sekali tengok ada 5 buffered earnings.

Biasa aku kalau dapat pun dalam 1 atau 2 BE je...itupun jenuh nak tunggu...
Ni sekali dapat sampai 5

Thanks again Nuffnang

Semoga BE ni terus menari2 kat blog aku tu...huhuhu


p/s: Aku nya BE ni lepas jadi ME takdelah banyok mana sangat pun hasilnya..tak macam bloggers2 lain yang boleh cecah sampai ribu-riban..apa2 pun bior sikit jangan takde langsung udah ler...hehehe

Wednesday, June 08, 2011

Ni semua Ayu a.k.a ibudamia punya pasal!

Ye memang tak salah lagi,
semuanya sebab Ayu a.k.a ibudamia yang jadi puncanya.
Sebab dia lah aku jadi angau sampai macam ni.

Sebab dia jugak la aku sanggup drive memalam
 semata-mata nak hilangkan angau aku tu.

Memang Ayu lah penyebabnya aku jadi macam ni..tak caya tengok ni

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

tu la dia rupanya...hehehe sebab Ayu la aku cam berkenan ngan tudung Fareeda ni.So hari sabtu hari tu aku ajak adik aku gi butik Fareeda kat Shah alam tu.

Memandangkan aku gi sana dalam kul 8.30 mlm,so takde orang dah kat situ kecuali cik adik yang keje kat situ je.Oho melaram la kejap aku ngan adik2 aku ngan tudung2 Fareeda tu.

Semua la aku berkenan,...hehehe penyudahnya aku sambar 2helai tudung mawar ropol2 tu....banyak kaler dah habis..so aku amik kaler pink+yellow ngan blue+purple.

Cubaan memakai di dalam bilik ayor...kuikuikui...

Skang ni tengah ade promotion sempena cuti sekolah.Semua jenis tudung ni diorang bagi diskaun 30%.Adik aku student UiTM,so dapat lagi 5% diskaun khas untuk student dengan syarat kena tunjuk kad pelajar.

Tudung macam aku pakai tu after 35% less jadi RM60 je.InsyaAllah dalam 2-3 hari lagi aku nak gi lagi kot-kot diorang ade restock lagi tudung2 ni.Aku aim nak cari kaler  hitam ngan hijau plak.

Promotion dia sampai 12 June je sempena cuti sekolah.Moh le cepat sapa yang terasa nak melaram ngan tudung Fareeda tu...hehehe

Dengan Fareeda..nyata Jelita...errkk jelita ke mak ni noks.. :P

p/s: Pssttt Ayu..jangan mare haaaa...peace :)




Wednesday, June 01, 2011

Stok EBM sampai bulan Mei 2011

Alhamdulillah rezeki Haziq masih ada lagi untuk terus
menikmati susu terbaekk di dunia ni...hehehe
semalam aku kira stok yang terkumpul sepanjang bulan Mei ni adalah dalam 335 oz



Total terkumpul sejak aku mula mengepam dari 8/3/2011 sampai 31/5/2011 ni adalah dalam 1100 oz. Dah penuh freezer pun.Tapi masih kena giat lagi mengepam sebab nanti bulan puasa tak tau hasil dia macam mana kan.

Skang ni aku kalau kat tempat keje dah macam pakar laktasi plak...duk bagi penerangan tentang susu ibu ni kat staff2 lain kat tempat keje aku.Majoriti diorang ni semua terkejut bila aku cakap susu badan ni boleh tahan sampai 6 bulan kalau kena cara menyimpanya.

Patutlah sepanjang lebih 7 tahun aku keje kat situ, aku tak pernah nampak ada yang mengepam...rupa-rupanya diorang tak tau susu ibu ni boleh simpan lama.Sedeykan?

Aku pun sejak rajin berblog ni la aku tau pasal cara-cara nak simpan susu ibu ni.Kalau tak aku pun sure jadi cam diorang gak jenis bila dah masuk keje terus stok bagi susu kat anak.Macam kes Damia dulu...memang aku susukan dia sampai dia umur 2 bulan je.Bila-bila ingat balik memang ralat sangat rasa sebab aku lambat sedar pasal hal ni..

Takpe lah skang ni giliran adik dia,aku akan cuba bagi yang terbaik


Budak tecik yang sangat suka ngan susu mama dia ni...alhamdulillah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin