Showing posts with label Detik Indah. Show all posts
Showing posts with label Detik Indah. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Happy 3rd birthday Kakak Damia


Sekejap je masa berlalu..sedar tak sedar sudah 3 tahun aku bergelar seorang ibu.Kelahiran puteri sulungku Nur Damia Batrisyia pada 27 June 2008 yang lalu melengkapkan kehidupanku.

Kakak,mama teramat-amat sayangkan kakak.
Mungkin ada perbuatan kakak yang mengundang marah di mata mama,namun di hati mama kakak tetap membahagiakan mama.
Sekarang ni kakak dah berusia 3 tahun,sekejap je kan.
Sekarang kakak dah ada tanggungjawab bersama2 mama untuk menjaga adik.
Doa mama semoga Kakak membesar menjadi anak yang solehah dan boleh membanggakan keluarga.

Mungkin ucapan mama ni agak terlewat,tapi mama tak pernah lupa.
Walaupun tiada sambutan buat Kakak,tapi mama janji bila semua masalah dah selesai mama akan buat majlis harijadi kakak di rumah baru kita.


Ni la hadiah dari mama buat kakak,bila semua hal dah selesai kita akan berpindah ke rumah kita sendiri..mama harap kakak akan jaga rumah kita ni bila mama dah takde nanti

HAPPY 3RD BIRTHDAY NUR DAMIA BATRISYIA
MAMA LUV U SO MUCH KAKAK...MUACHHHSS

Tuesday, June 14, 2011

Apabila kakak melayan adiknya..

 Amat mudah melayan si kecil ni.Tak banyak meragam.Menangis bila lapar dan nak tido je.Kakak pun sangat suka melayan si adik.walaupun kenkadang jari adik diramas dek kerana geramnya kakak pada si adik...hehehe

 Si kakak yang rilek (ouh rambut sudah mula mencucuk mata) dan si adik yang penuh kosentrasi..apa lah agaknya yang menarik sangat ni ye


Oho melayan Upin Ipin ye...diam je adik tengok upin ipin ni ye

Masa adik botak...kakak cakap adik macam Upin Ipin...ekeke

p/s: Memang seronokkan melihat teletah anak-anak ni..hilang segala rasa penat seharian bekerja..mama sayang kalian berdua :)


Saturday, March 26, 2011

Pengalaman melahirkan Ahmad Haziq Ziqri

Bizi sangat aku ni sampai nak mengupdate blog pun susah sangat.Yang benornya bukan bz tapi malas.Entry kali ni aku nak ceritakan serba sedikit kronologi kelahiran anak kedua aku,Ahmad Haziq Ziqri.

Aku start amik cuti 1 March 2011..ni cuti sendiri=cuti malas nak keje.Padahal bukan ada rasa sakit ke apa lagi..saja malas nak gi keje.Ikutkan due date aku 2 March 2011.Tapi 3 March tu aku still ade check up kat klinik kesihatan Taman Medan.Doktor kat situ cakap kalau 3 March tu aku tak deliver lagi,dia kata datang je la check up cam biasa.

3 March 2011

10.00 pagi-Cam biasa duk bertapa kat klinik kesihatan Taman Medan untuk last check up

12.00 tgh hari-Jumpa doktor kat situ then dia nasihatkan aku untuk refer terus ke Hospital Sungai Buloh since aku dah terlebey sehari dari due date n aku ada history kencing manis.

1.00 tgh hari-Balik umah amik Damia then bawak dia gi makan...aku tau kalau aku dah jejak kaki kat HSB tu kompem kena tahan sampai bersalin.So baik aku spend time dulu ngan Damia


2-3 minggu sebelum bersalin tu...memang air kelapa muda ni la minuman wajib aku tiap hari...tu kira air kelapa terakhir sebelum bersalin..Damia pun suke sangat air kelapa ni


Muka budak nak kena tinggal....nasib la aku dah bermesra-mesra ngan dak ni sebelum gi spital..sebab rupanya budak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk kat wad kat HSB tu...aku tak tau pun.Masa bapak aku datang kat wad..dia kena bergilir ngan mak aku jaga Damia kat bawah.Bayangkan la 4 hari aku tak jumpa Damia...rindu giler...sampai dia merajuk taknak cakap ngan aku bila aku call dia..sedey weii

4.00 ptg-Sampai kat HSB...seperti diduga memang aku kena stay kat sana sampai bersalin.Memandangkan wad takda kosong..so kena menunggu.Sambil menunggu tu nurse buat check up.Check tekanan darah,check bukaan dah berapa cm n check jantung bayi.Masa dorang seluk check bukaan,dah 3cm.

10.00mlm-Baru dapat katil kosong.6 jam menunggu baru ada katil kosong.Tempat menunggu tu kat dewan bersalin.So dalam masa menunggu 6 jam tu..macam-macam bunyi aku dengar orang menjerit tahan sakit nak bersalin.huhuhu seram sejuk sekejap

4 March 2011

8.00 pg- Doktor datang check..contraction masih belum rasa lagi.Doktor banyak kali tanya kat aku...ada rasa sakit..aku cakap takda rasa apa pun.So dia decide kul 12 tgh hri nak induce aku.

12.00 tgh-Sekali lagi doktor datang check...tengok bukaan dah 5 cm.So tak jadi induce.Masa ni aku dah rasa sikit-sikit sakit kat perut tu.Perut pun kerap menegang.Tapi still bleh maintain layan TV lagi.hehehe

6.00 ptg-Doktor datang check sekali lagi..so doktor cakap tunggu katil kat dewan bersalin ada kosong.Ade je kosong terus dia suruh nurse tolak aku ke sana.Duk kat situ sampai bersalin.

10.00 mlm-Masuk dewan bersalin.Masa ni aku cuma rasa sakit sikit-sikit je.Air ketuban pun tak pecah lagi.Even darah ke apa ke semua takde keluar lagi.

11.00mlm-Doktor pecahkan air ketuban.Aku tengok je nurse bawak kayu untuk pecahkan air ketuban tu terus aku cam terkejut..siap tanya lagi kat nurse tu..."err guna kayu tu ke nak pecahkan air ketuban"...pergghh memang gerun aku rasa.

11.30 mlm-Dah mula rasa contraction yang kuat maybe sebab air ketuban dah pecah.Sampai nak tercabut besi penghadang katil tu aku rasa bila aku duk tarik time contraction datang.

5 March 2011

2.00 pg-Terasa sakit yang teramat kuat.Masa ni aku dah takleh tahan sangat sampai aku mintak kat nurse yang jaga aku suh operate je.Cam biasa la nurse tu cakap "sabar puan..sabar"...dia bagi aku sedut gas apa ntah.Dia cakap kalau rasa sakit sangat baru sedut...aku sedut 2 kali je pastu terus aku tolak tepi...rasa nak muntah je bila sedut gas tu.

2.30 pg-Doktor inject ubat tahan sakit...takde maknanya tahan sakit...tetap sakit bagai nak giler..dulu time Damia aku c-zer so memang taktau camna sakit bersalin tu...skang amik ko...hazabbb.

3.00 pg-Time ni aku dah jerit panggil doktor cakap aku nak berak...hahaha beria-ia aku jerit cakap nak pi toilet...nak berak.Doktor check tengok dah nampak kepala anak aku dah.rupanya aku teran tu teran nak bersalin...doktor terus panggil husband aku.

3.30 pg-Dekat 5 kali aku teran tapi baby tetap tak keluar.Doktor cakap kalau lagi sekali teran baby still tak keluar gak...dia nak vacuum je.Maybe cara aku teran tu salah kot...so kepala baby duk keluar masuk..doktor takut baby lemas sebab dah 30 minit aku duk teran keluar masuk camtu

3.40pg-Doktor dah siap untuk vacuum...time ni husband aku dah cakap kat aku teran kuat-kuat...sikit je lagi.kesian kat baby dia kata.Elok le plak sekali teran terus keluar.So tak sempat kena vacuum.Alhamdulillah

Masa doktor letak baby kat dada aku,dia tak tunjuk 'anu' anak aku.Aku pun tak heran nak tengok sebab aku dah syukur sangat sebab baby dah selamat keluar.Tapi masa dia angkat nak bersihkan baby...baru aku nampak 'bird' anak aku.Masa tu sedar tak sedar air mata aku terus mengalir...husband aku jangan cakap la awal2 lagi dah terduduk sambil menangis.Selama ni kitorang buat sampai 4 kali scan tak nampak pun anu anak aku...sekali keluar baby boy.

2 jam lepas dilahirkan

Aku discharge pada 6 Mac pukul 12 tgh hari.Ikutkan 5 Mac petang tu dah boleh discharge dah.Doktor suruh tunggu sampai baby kencing ngan berak then boleh balik.Tapi yang jadi masalahnya,anak aku berak je sampai 4 kali tapi kencing takda.So nak tak nak kena tahan lagi 1 hari.

Family aku ngan mentua aku risau gak bila dapat tau anak aku tak kencing-kencing.Bapak mentua aku sampai urut-urut bird Haziq tu nak bagi dia kencing...tapi hampeh

Malam pukul 12 time aku nak tukar pampers dia,dia bantainya pancut kat aku,nasib kena tangan kalu kena muka terus jadi ubat jerawat.Hehehe.

Get ready to go home jumpa kakak Damia

Muka senyum terpaksa tu...padahal tengah tahan sakit kat anu pasal kena zass skit masa nak kuarkan baby Haziq tu...pedih betul sampai takleh nak duduk..masa first day je la..esoknya ok skit dah..skang jangan cakap la...dah duduk bersila dah..mak aku plak yang risau...hehehe


Si kakak yang jeles bila aku riba adik dia masa dalam kete,terus mengamuk suruh aku bagi adik dia kat mak aku.Dia nak duduk atas riba aku.Layan kan aje la walaupun tengah sakit2 tu.Tak sampai hati nak biarkan.Dahla 4 hari tak jumpa.Alih-alih jumpa tengok dah ada adik plak.Cian kakak ye.

Masa mula-mula je dia rasa jeles,skang Alhamdulillah..nampak dia sayangkan adik dia..kejap-kejap nak cium adik dia.Moga kasih sayang dia kat adik dia tu berkekalan.Aminn.....

Wednesday, March 09, 2011

Alhamdulillah...setelah 40 minggu maka lahirlah putera kecilku ke dunia ini

Alhamdulillah...syukur sangat-sangat...setelah membawanya kehulu kehilir di dalam perutku..akhirnya setelah 40 minggu 3 hari maka lahirlah putera kecil ku ke dunia ni.Perasaan aku memang sangat gembira dan tak sangka yang selama ini aku mengandungkan seorang anak lelaki.

Maklumlah sepanjang tempoh hamil tu dah 4 kali aku buat scan tapi hasilnya semua tak nampak 'anu' dia.Pandai hero mama ni sorok ye nak buat surprise kat mama.Dahlah tu bila semua orang tengok aku mesti cakap yang anak aku ni nanti mesti perempuan.Aku pun sampai prepare nama-nama perempuan je untuk anak aku.

Tapi tu lah rezeki dari Allah...yang tak disangka tu lah yang akan terjadi dengan kuasaNya.Hampir 6 jam di dewan bersalin menahan kesakitan terubat apabila dia lahir ke dunia.Saat doctor meletakkan si kecil di atas dadaku lepas dilahirkan..gugur air mataku dan suami bila doctor mengatakan anak aku lelaki.Syukur alhamdulillah...lengkap sudah keluarga kecilku dengan kehadiran seorang putera dan seorang puteri penyambung warisan keluargaku...Alhamdulillah aku betul-betul bersyukur.


Ahmad Haziq Ziqri Bin Ahmad Firdaus

dilahirkan di Hospital Sungai Buloh

pada 5 March 2011 jam 3.40 pagi

berat ketika dilahirkan adalah 3.35 kg secara normal




p/s: Mood masih tersangat2 happy dan bersyukur dengan kurniaan tak terhingga dari Ilahi ni...Alhamdulillah syukur sangat2 semoga anak-anakku membesar menjadi insan yang berguna dan taatkan perintah Allah dan kedua ibu bapa...aminn

Saturday, January 01, 2011

Tinggalkan 2010 dalam kenangan...Mulakan 2011 dengan azam baru

Kejap je rasa kan..
pejam celik pejam celik...
kita dah pun meninggalkan tahun 2010..
Tentu bermacam-macam kenangan manis dan pahit yang berlaku sepanjang tahun 2010 tu kan...

Bagi aku biarlah segala yang berlaku pada tahun 2010 menjadi kenangan terindah untuk diingati sampai bila-bila

Yang penting fokus pada tahun 2011 yang telah menjelma ni...
Dan yang bertambah penting nya Damia nak dapat adik di awal 2011 ni...

huhuhuhuhu....nebes la plak rasa...macam first time peknen plak rasa...
Bila dah masuk 2011 lagi la bertambah nebes..

Anyway aku nak ucapkan

 "SELAMAT TAHUN BARU 2011 BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG KU SAYANGI SEKALIAN..SEMOGA TAHUN 2011 NI MEMBERI SEJUTA LAGI KEMANISAN BUAT KITA SEMUA"


Wednesday, June 30, 2010

Happy 2nd Birthday Nur Damia Batrisyia

Damia selepas 3 jam dilahirkan pada 27 June 2008 jam 11.24 pagi

Walaupun lewat 3 hari entry ni ditulis tapi Mama tetap ingat tarikh lahir anak kesayangan Mama sorang ni.Pejam celik pejam celik dah 2 tahun umur Damia.Kejap sangat masa berlalu mama rasa.

Damia ketika berumur 1 tahun pada 27 June 2009

 Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus anakku
walaupun kini kau semakin nakal tingkah dan laku,
walaupun kini semakin bertambah usiamu,
walaupun kini semakin becok kata-katamu,
walaupun kadang-kala ada yang jelik sikapmu,
Tapi bagi Mama,Papa dan semua orang di sekelilingmu,
Kau tetap satu-satunya permata hati kami
Anugerah terindah dari yang Allah yang satu,
Buat menemani perjalanan hidup kami selamanya.

Mama ucapkan selamat hari lahir yang ke 2 buat mu,
Semoga kau terus membesar menjadi anak yang solehah,
Dan terus memberikan sinar kebahagiaan buat kami..

We Luv U So Much Darling...muachhhhssss

4 hari sebelum Damia berumur 2 tahun

Sunday, June 28, 2009

---->@Selamat Hari Lahir Sayang


27 June 2009 genaplah setahun Mama menjadi ibu kepada NurDamia Batrisyia binti Ahmad Firdaus.Masa berlalu begitu pantas sekali....sedar tidak sedar hari ni Mama telah menyambut ulangtahun pertama kelahiran puteri sulung Mama..Alhamdulillah Damia dah berumur setahun semalam.

Jika diimbas detik ketika Mama mengandungkan Damia,memang agak payah juga.Anak yang Mama kandung hampir lapan bulan tiba-tiba 'breech' ketika kandungan masuk minggu ke 35.Menurut doktor yang memeriksa Mama,jika kandungan masih tidak berubah pada minggu ke 38,Mama terpaksa melahirkan anak dengan cara Caesarean. Damia..Damia.. waktu kau hampir ingin melihat dunia,kau jadik malas untuk berpusing ke tempat yang betul yang akhirnya menyebabkan atuk mengambil keputusan untuk membawa Mama pulang kekampung untuk berurut secara tradisional untuk mengubah kau ke kedudukan asal kau.

Tanpa membantah Mama ikutkan juga walaupun ramai yang memberi nasihat agar tidak perlu berurut untuk memusingkan anak kerana takut anak yang semakin besar dalam kandungan akan terbelit dengan tali pusatnya sendiri...Mama tawakal..Masa berurut tu dapat Mama rasakan badan kau ditolak-tolak untuk berpusing..sakitnya hanya tuhan je yang tau..

Tetapi mungkin kerana kau terlalu seronok dan selesa berada dalam kandungan Mama dalam keadaan begitu menyebabkan kau terus songsang begitu.Maka pada pagi 26 June 2008 ketika kandungan Mama genap 38 minggu,Mama terpaksa 'menyerah diri' ke wad 6B Hospital Sungai Buloh.Mama perlu pergi sehari lebih awal tuk persediaan sebelum operation.Tapi menurut doktor yang merawat Mama,kalau dia melakukan last scan sebelum operation dan kau tidak breech,Mama dibenarkan balik untuk menunggu saat kelahiran seperti biasa.


Tapi apakan daya ketika last scan tu didapati kau bukan lagi songsang tapi dah melintang dalam perut Mama.Terus doktor setkan masa Mama untuk dicaesar pada 27 June 2008,pukul 11 pagi hari Jumaat.Alhamdulillah setelah semuanya selesai maka kau pun dilahirkan tepat jam 11.24 pagi hari Jumaat itu.Tiada kata yang dapat Mama ucapkan tatkala melihat kau buat kali pertama,hanya air mata yang mengalir tanpa dapat disekat lagi.

Segala kepayahan yang datang selepas itu Mama gagahkan jua demi untukmu sayang.Memikirkan dengan sakit kesan dioperate membuatkan Mama kadang-kala give up.Namun bila Mama melihat wajah comel mu,hilang semua rasa sakit itu.Barulah Mama sedar yang anak itu memang penawar hati kepada setiap ibu bapanya.Mama bahagia mempunyai kau sebagi seorang anak,walaupun usia mu baru setahun tapi Mama yakin yang kau akan menjadi seorang anak yang boleh dibanggakan suatu hari nanti.InsyaAllah...

Mama dan Papa serta semua orang amat menyayangimu..


"SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA SAYANGKU NURDAMIA BATRISYIA BT AHMAD FIRDAUS"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin