Wednesday, March 31, 2010

MOBS & LuvableKids Store: FUNNIEST KIDS PHOTO CONTEST




Contest anjuran:MOBS & Luvable Kids

Contest end:31 March 2010


For more info about this contest,just klik here

Tuesday, March 30, 2010

Cantikkah?

Mesti lah cantik kan....kalau tak cantik tentulah tak dapat award...meh aku nak tepek award pemberian ikhlas dari Ayu ni...

So award ni aku nak pass kat semua follower blog aku...korang amik je lah jangan segan,aku nak mention nama kang macam ramai yang dah dapat award ni,so pada yang belum dapat silalah amik tepek kat blog korang ye...walaupun aku tak tulis nama korang satu persatu aku tetap ingat nama korang dalam hatiku..cewahh ayat ...macam ada taman dalam hati je :P

Tag dari ibu Damia Aleesya & Damia Ayyunie...meh tengok,anda mungkin orang seterusnya di tag

Buat homework dulu..kang cikgu marah kalau tak siap :P

1. siapakah anda dirumah?
Isteri, mama, kakak, adik, anak dan juga seorang blogger tegar ketika di rumah...buktinya pukul 4 pagi aku still dok ngadap blog siapkan homework ni :P

2. siapakah diri anda disamping rakan?
rakan yang riang ria umpana kanak-kanak ribena...tak caya tanya budak2 opis aku...lalalala

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
1. nak tukar kereta baru bagi menggantikan sang kancil yang dah berjasa selama 8 tahun ni... :)

2. Mau sambar satu kamera DSLR...lalala

3. macam ibu Damia gak....nak settlekan diri dari hutang PTPTN .....dah tahap kena blacklist dah ni :P..opss

4. Mau tambah anak :P...tgh gigih berusaha ni

5. semua di atas....muahaha cam jawapan periksa plak

4. siapakah nama pasangan anda?
Ahmad Firdaus bin Zainuddin

5. ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?
1. Sebab dia suami saya....jadi saya kena suka dia seadanya..boleh camtu

2. Dia bapa kepada anak saya....wajib kena suka nih

3. suka buat lawak ...harharhar

4. kacak di mataku....owhh tidakk..aku ke yang sedang menaip ni :P

5. suka segalanya yang ada pada dia...full stop!

6. bila tarikh couple?
19 Julai 2001

7. kenangan pahit anda bersama rakan anda?
kenangan pahit jangan di kenang...so aku tak ingat...logik kan jawapan macam ni :P


8. lagu tema cinta anda?
Dekat Padamu dari Yusry KRU...muahahhahaha

9. apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
Banyakkkkkkkkk.....jadi biarlah rahsia

10. Tag 10 rakan lain

1. Intan ibu Arissa
2. Watie mommy Qarissa
3. Suziey ibu Aqeel
4.Nia Unlisted_one
5. Nana ibuDamia
6. Ninie UmmiKhayra
7. Raudhah UmmiSalsabila
8. Farah ibu afif
9. Alin mommaMia
10.Semua follower blog ni..

yahoooooo dah siap homework...so kenkawan sila lah buat homework yang aku pass kat korang ni ye

Friday, March 26, 2010

Cuti-cuti Kuching~Check out,Hotel lobby & Sarawak Culture Village (Kampung Budaya Sarawak)

Sebelum buat entry kat muzium Kucing,aku sumbat dulu gambar-gambar kitorang masa last day kat Holiday Inn Damai Beach Santubong ni.So kali ni layan picca je la ye.. :P ..maleh nak membebel panjang-panjang


Ni antara resort yang ada...sangat cantik dan teratur


tapi aku duduk kat bilik kat belakang tu,bilik memang besar ..bilik untuk 4 orang kalau masuk 8 orang pun still selesa giler...tapi apakan daya aku takde amik langsung pic dalam bilik....ciss



seriusnya muka dak tecik tu :P


suasana pantai di waktu pagi...air laut kering..so ramai yang main kat pantai....kitorang tak mandi pun coz masa kitorang jalan-jalan tangkap gambar ni...hujan baru jek berhenti...so takut sejukk..hehehhe



kat swimming pool pun ramai orang...Damia bila nampak air ni memang laju jek dia nak masuk dalam pool tu..aihhh






lobby hotel..






Lepas puas posing2 sekitar hotel lobby ni,kitorang pun check out...masa tu dalam pukul 11 pagi....lepas tu kitorang gerak menuju ke Kampung Budaya Sarawak....tempat ni memang dekat giler ngan hotel tempat kitorang stay ni..dalam 5 minit jek dah sampai


Bayaran masuk ke kampung budaya sarawak ni adalah RM 60.00 hengget tuk sorang dewasa n kanak-kanak plak RM 30.00 hengget....giler mahal...kitorang tak masuk pun,memang datang nak bergambo kat pintu masuk jek sebab dah dekat sangat ngan hotel kan?...janji dah sampai kat sini...muahaha...


Kat sini,ada semua rumah contoh kaum-kaum yang ada kat Sarawak ni...boleh dikatakan kalau korang masuk dalam ni umpama korang dah melawat seluruh pelusuk negeri Sarawak...tu orang yang cakap la based pada pengalaman dorang datang ke sini...



kalau korang memang bawak budget lebey...harus la singgah sini ye,macam kitorang ni....baik guna duit lebey RM 500 hengget tu tuk shopping....sah2 ada buah tangan untuk di bawak balik....ekekeke



Menyampah plak tengok Damia nya posing...kejap korek mulut la,kejap muka masham la...isk isk isk

Tu je lah entry tuk kali ni...tapi tungguuu ada sambungan lagi entry cuti-cuti Kuching ni....muahaha aku lepas ni boleh mintakk keje kat pejabat pelancongan Kuching....muahahahaha

Byzura Razali's Blog Giveaway


Contest lagi dan lagi..Ni aku nak join giveaway dari blog Byzura Razali...hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:..


A: Power Rangers Solaris Knight Gear



















B: High Speed Racing Track Starter Set



















C: Girl's Favorites Fashion Beauty Set


















D: Daintiness Foodstuff Piano




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nak kena pilih satu hadiah kalau menang...so aku pilih hadiah D coz Damia suka bunyi-bunyian ni...hehhehe...tarikh tutup giveaway ni pada 23 April 2010...lama lagi nih..meh join ramai-ramai
 
 
                                                

Thursday, March 25, 2010

Kakyong’s shoppe 1st Giveaway@Cabutan bertuah

Nama giveaway: Kakyong’s shoppe 1st Giveaway @ Cabutan bertuah

Anjuran : Kak yong

Tarikh tutup: 28 march 2010

Kalau nak tau tentang syarat2 giveaway ni bleh klik sini

Ok tata...nak layan citer Bukit Kepong kat TV 2....syahdu wooo citer ni

Cabutan Bertuah Malia & Hubby MAC 2010

Contest lagi kali ni contest anjuran Malia & Hubby sempena Anniversary mereka yang ke 2 tahun ni...


Hadiah yang ditawarkan adalah sangat menarik dan tertarik...itu kata puan penganjur la...so meh semua kita join giveaway ni..just klik sini...tataaa

Tecik Tenit Tomel My 1st Giveaway

Rehatkan diri dulu sebelum sambungan entry Cuti-cuti Kuching diteruskan..hehehe kali ni nak bercontest plak...cam dah lama tak join contest or giveaway ni..



Tarikh tutup:31 mac 2010 pada pukul 11.59 malam

Anjuran: Blog tecik tenit tomel

3 pemenang akan dipilih secara random.org....harap-harap aku antara yang bertuah ni ye :P

Cuti-cuti Kuching~Kek lapis & Gambir Sarawak

huhuhu kalau datang Kuching ni memang tak lengkap kalau tak beli kek lapis sarawak yang sangat pemes ni.Lepas habis membasahkan ketiak kat taman buaya tu,kitorang gerak ke Waterfront...memang banyak kali gak la kitorang jejak kaki kat Waterfront ni coz kat sini adalah tempat paling pemes kat Kuching ni.


Bangunan Dewan Undangan Negeri

Sebelum kitorang naik bot untuk ke kampung seberang sungai Sarawak tu,kitorang jalan-jalan kat India Street.Dah nama pun India Street,majoriti kedai kat sini jual rempah ratus india mariii punya...pekerj dia pun majoriti India ngan Bangla.So macam tak menarik nak masuk kedai2 tu,kitorang just posing2 kat area taman berdekatan ngan India Street tu


Kalau nak pusing2 sekitar keliling sungai Sarawak ni,dikenakan tambang sebanyak RM50.00 hengget untuk sebuah bot untuk pusing2 selama 45 minit.Kitorang tak amik pun pakej ni coz mak aku takut nak naik bot tu lama-lama...ekekeke



wah siap feeling lagi posingdak tecik ni...sampai terpejam-pejam mata tu..


elelele cam comei jek duk menyelit kat celah papa dia tu...


sekejap jek maintain comei tu...pastu dah sibuk nak cat walk atas batu ni..isk isk isk


jawabnya mama la yang kena maintain comei...muahahaha muka papa cam tak sudi jek...wakakaka



Lepas dah puas posing2 kat tepi sungai tu..apalagi time nak naik bot la plak...nak keseberang sungai tu cuma dalam 5 minit jek,tapi kalau dah kena naik bot tanpa jaket keselamatan di sungai yang terkenal ngan buayanya...sapa yang tak cuak weii...bergoyang2 rasa bot ni masa kitorang nak naik ngan turun...aku ngan mak aku asyik terjerit2 jek...wakakaka


Damia seronok la sebab nampak air....mulut dia duk sebut "ejuk..ejuk (sejuk)"....nampak jek air ingat sejuk,..ekeke .Tambang sorang untuk naik bot ni ialah 50 sen...maknya pergi balik dalam singget la sorang..tapi serius la,sapa yang datang ke Kuching ni harus kena naik bot ni...baru thrill...walaupun jalan darat ada je untuk ke seberang sana....cuma jauh la nak memusing,dalam 30 minit gak la lamanya....naik bot 5 minit jek dah sampai...


Jeti untuk bot ni betul2 depan bangunan ni...maknanya kalau korang nak naik bot ni,pergi je lah dekat depan bangunan ni,kat situ la tempat dia..


Lepas tu kena jalan kaki la skit,dekat jek dalam 200 meter jek dari tempat bot tu..


ni first kedai kek yang kitorang singgah


Mira Kek Lapis...pemes gak kat google...kek dia memang sedap jenis kek lapis basah...so lembut n yummyy...kitorang borong 15 ketul kek lapis kat sini...huhuhu


Semua kedai kek lapis kat sini diorang akan bagi kita rasa dulu then baru pilih nak yang mana..tapi serius sedap semua kek lapis kat sini...harga pun cuma 10 hengget jek satu...kalau cari kat main bazaar...harga dia dalam 15 hengget dan tak berapa sedap..so kalau ada yang nak beli kek lapis harus kena pergi ke Kampung Gersik seberang waterfront ni...


Ni satu lagi kedai kek lapis yang paling pemes kat Kuching ni...Kek Lapis Dayang Salhah...tempat dia berdekatan jek dengan kedai yang memula kitorang singgah tu


Kat Dayang Salhah ni..lagi mewah kek untuk di rasa...dah macam gi open house plak aku rasa...ekekeke siap ada kerusi lagi...air jek takde...kot ada yang pelahap sangat makan sure tercekik2 punya...huhuhu


Damia memang suka makan kek lapis ni....non stop mengunyah...selera betul tengok dia makan...pandai anak mama makan kek lapis ye..


Nampak sedap dan berwarna warni kan?


sila jamu mata ye...nak jamu perut takleh...huhhuhu


aku rasa kalau aku memang tinggal berdekatan kawasan kedai ni,sure aku datang hari2....makan kek lapis then blah...muahahaha jimat duit...


Kek lapis sisik ikan ni paling sedap sekali...sebab tu harga dia mahal skit...yang lain2 sume rm 10.00 hengget seketul...yang kat sini jenis kek lapis kering...tapi rasa dia memang mantap ...kek lapis ni leh tahan sebulan kalau simpan dalam peti ais and seminggu kalau simpan kat luar...kat sini pun aku beli dalam 8 ketul kek lapis...hohohoho


Tengok je la kasut2 tu pun dah tau betapa ramai nya pelanggan kedai Kek Lapis Dayang Salhah ni...


Depan kedai kek ni ada orang jual ikan terubuk masin...senang tak yah carik jauh2...kat satu tempat jek leh dapat macam-macam benda


Bapak aku beli 3 ekor ikan terubuk ni....dia cas RM 20.00 jek....diorang siap bungkus cantik2 lagi supaya senang nak bawak naik flight...


walau di kedai menjual ikan sekalipun harus untuk berposing ye.. :P


Elok nak kuar dari kawasan kedai ni...hubby aku ajak singgah satu kedai kecik jek...kedai ni jual Gambir Sarawak...owh jangan fikir bukan2 ye...hubby aku masih kuat lagi...hahaha dia beli ni sebab selain kegunaan untuk tut...gambir sarawak ni juga berguna tuk ubati sakit gigi,resdung, dan bisa gigitan haiwan berbisa....itu kata penjual tu la...kalau dia tipu maknanya aku pun tipu korang gak la...hahahaha


sepeket ni harga dia RM 10.00 hengget


Ni tgh tunggu bot nak balik ke seberang sana,....time ni dah dekat kul 7...cantikkan lampu sekitar sungai ni?

Lepas tu macam biasa la sessi mencari tempat makan tuk dinner...kali ni memang kitorang nak cari seafood gak....setelah pusing punya pusing n tanya orang sana sini....maka ni lah kedai pilihan perut kitorang


Memang kedai makan melayu...kat area mana aku dah lupa dah,...eekeke


Damia punya penat n ngantuk....sampai tak sedar2 masa kat kedai makan ni...last sekali baringkan dia atas meja...hehehe dari mula makan sampai balik tak sedar2...betul2 punya penat ni...


menantang apa ni ek?


ni lah siput buluh....rasa dia memang sedap...ok lah makanan kat sini...kitorang order ikan sweet sour 2 ekor,ikan bakar 2 ekor, udang 2 kilo buat goreng tepung, pastu siput ni 1 kilo, ngan tomyam ngan sayur campur tuk 8 orang  makan...semua sekali dalam RM 250.00 hengget.

Lepas makan...balik hotel tido....kali ni tak sesat coz dah bawak car charger untuk henpon....huhuhuhu...ade citer lagi ke?...ader...tunggguuuuuuuuu muzium kucing plak...miawww

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin