Tuesday, June 22, 2010

Alfatihah untuk arwah Pak Ngah-Dzulkifli bin Ismail

Masih rasa terkejut dengan berita pemergian Pak Ngah ke rahmatullah pada 17 June 2010 jam 11.48 pagi haritu.Hari tu juga aku macam tak sedap hati nak pegi keje.so aku call opis nak cakap aku mc.Kul 12 tgh hari aku siap2 nak kuar gi klinik amik MC.Belum sempat aku kuar umah dapat panggilan dari kampung yang mengatakan Pak Ngah aku dah meninggal.errmmm ajal dan maut ketentuan Allah.

Last aku jumpa Pak Ngah 2 minggu lepas masa aku balik kampung sebab sepupu aku iaitu anak Pak Ngah kawin.Masa tu aku tengok Pak Ngah memang nampak letih sangat.Badan pun susut sampai Pak Ngah nampak cengkung sangat,tapi dia tetap taknak pergi hospital.Puas anak-anak dia pujuk tapi tak berjaya.

Last sekali adik Pak Ngah yakni Mak Jang aku pujuk terus dia nak ke klinik.So hubby aku tolong hantarkan ke klinik,sampai klinik,doktor cakap Pak Ngah kena masuk hospital sebab keadaan dia agak teruk.Pak Ngah di masukkan ke hospital Kuala Kangsar.Itu lah kali terakhir aku tengok Pak Ngah.

Masa kitorang nak gerak balik ke kampung,ekzos kete aku bocor,so nak tak nak kena pergi bengkel dulu tukar ekzos.Lepas 30 minit semua dah settle kitorang terus gerak balik..Tiba-tiba waktu kat highway tengah laki aku duk pecut 150km/j boleh plak tayar belakang kete kitorang naik tu pecah.Nasib laki aku boleh control kete,kalau tak?...tak tau lah nak cakap apa.

Akibatnya kitorang tak sempat nak tengok arwah Pak Ngah buat kali terakhir sebab bila kitorang sampai kat kampung,Arwah Pak Ngah baru je lepas dikebumikan.Sedih sangat aku rasa. :(

Al-Fatihah buat arwah Pak Ngah...semoga roh Pak Ngah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

5 comments:

::Kak Sambal:: said...

Al-Fatihah, semoga arwah tenang di sana..

Unknown said...

al fatihah...

Yana Mohamad said...

Al-Fatihah..moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg berIman..Amin

Unknown said...

Salam takziah..

Farra Dhelina said...

al-fatihah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin