Monday, February 21, 2011

Checklist barang-barang untuk di bawa ke hospital

Tinggal berapa hari je lagi ni...silap-silap lepas buat entry ni terus bersalin...ekekeke..kat sini aku senaraikan checklist barang2 yang perlu aku bawak ke hospital nanti.Semua dah packing masuk beg sejak aku nak masuk lapan bulan haritu..

Senarai keperluan IBU
* Buku merah(buku check mengandung...penting ni)
* 1 beg pakaian (kompem la kena ade beg...kang tak pasal2 taruk barang dalam plastik    beg je kang :P )
* 1 helai tuala mandi & tuala muka
* 1 paket tuala wanita (dalam 20 keping)
* 3 helai baju t-shirt
* 3 helai kain batik
* 2 helai tudung/anak tudung
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* 3 helai baju dalam
* 1 set toileteries (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, sikat)
* pam susu Spectra 3
* 1 bakul berisi air panas,air masak dan juga biskut(ni dah bersalin nanti baru letak)
* Majalah Pa & Ma keluaran Mac (dah beli awal2 n dah siap masuk dalam beg untuk bacaan kat hospital)...hehehehe

Senarai keperluan ANAK
* 1 helai tuala mandi

* 2 helai sapu tangan kecil
* 2 helai selimut / kain bedung

* 2 helai kain lampin/ napkin
* 10 keping pampers new born

* 1 paket tisu basah ( untuk lap "poo poo" dia nanti)
* 4 helai baju
* 4 pasang seluar panjang / pendek
* 3 pasang sarung kaki dan sarung tangan
* bantal kecil

* bedak baby, minyak Yu yi cap limau
* Surah Yaasin

Takkan keperluan untuk ibu ngan anak je kan kena sediakan...suami pun perlu ada gak persediaan sendiri...antaranya

* Kamera (wah kata bini nak jadi blogger tegar kan??..harusla ada kamera)
* kad pengenalan suami
* surat nikah
* duit (ni paling penting sekali buat kaum lelaki :P )

Macam baju tu semua tak perlu kot sebab laki aku jenis suka nak berulang balik rumah...lagipun aku nak bersalin kat Hospital Sungai Buloh...husband takleh temankan...cuma bleh datang time melawat je

P/S: Agak-agak korang ada lagi ke benda2 penting yang aku tertinggal??sila la bagi idea

4 comments:

edane said...

moga semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya... amin

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Moga selamat semuanya

mrs.noraida said...

kompius aku..sijil nikah nk bw gak ker? banyak nyer baju ko bekal.. heee..setakat ni aku rase senarai ko da terlebey complete dah ni... :)

Haiza said...

neda:muahahahaha sijil nikah wajib di usung kemana2....coz aku sampai skang tak buat lagi kad nikah tu...

tu pun laki aku cakap sikit je barang yang aku bawak...hehehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin