Wednesday, November 10, 2010

Kawan baru Damia

Baru tak baru sangat la...ada dekat 2 bulan gak Damia dapat kawan baru ni.
Sekarang ni bangun je tido terus cari kawan dia ni.
Siap main "cak-cak" lagi dia ngan kawan dia tu...hehehehe


Ni la dia kawan baru Damia tu.Aku beli dekat jiran akak ipar aku.Sekor dia jual RM20.00.So aku amik la 2 ekor.Tuan punya arnab ni boleh tak tau bila aku tanya yang mana satu jantan yang mana satu betina arnab ni.Sebab aku ingat nak amik sepasang.Mana tau boleh membiak-biak nanti.

Ni nama dia "Cik Bu"...ekeke sebab kaler dia kelabu.Papa Damia cakap yang ni jantan.Ntah macam mana dia tau pun aku tatau la.Aku belek anu arnab ni sama je..ekekeke...jangan jadi arnab gay atau les dah le ye... :P

Ni nama dia "Cik Teh" sebab kaler dia putih..Hahahaha takyah pening kepala nak bagi nama.Kot kalu beranak pinak kuar kaler oren aku panggil je "Cik Ren"...huhuhu..Nama-nama arnab ni adik aku yang bagi.

Gembala arnab...ekeke..tapi arnab ni kan memang kuat makan betul la.Kalau kau lambakkan sekilo kangkung pun selamba je diorang habiskan.Boleh dikatakan skang ni tiap pagi kitorang kena gi kedai kat rumah ni beli kangkung.Bapak aku lagi hebat..kenkadang dibelinya salad...perghhh makan salad tu arnab ni.Mak aku plak bagi buah pear...gila kelasss layanan diorang bagi kat arnab ni.

Damia still tak pandai nak pegang arnab ni.Dapat kat dia,dia main cengkam je badan arnab ni pastu dia letak balik dalam sangkar tu lepas bagi makan.Siap pasang mangga lagi..takut sangat arnab dia ni lari.

Ntah bila la nak tunggu arnab2 ni membiak...seronoknya bela arnab ni sebab bau dia tak busuk macam kucing.Maksud aku najis dia.Kalau kucing sekali "melabur" je satu rumah berbau tapi arnab ni 2 hari tak basuh pun ok je lagi :P dasar pemalas



p/s: korang ada gak ke yang suka bela haiwan-haiwan comel camni?

6 comments:

firahadifa said...

rabbit farrihin both da mati... mana x nya .. sume dimakannya..

firahadifa said...

rabbit farrihin both da mati... mana x nya .. sume dimakannya..

Fiza's said...

amboi berani jugak anak dara nie yer

MamaDamia a.k.a Haiza said...

firahadifa:rabbit damia ni pun risau gak jangka hayat tak lama...sama gak la sume dibedalnya pastu Damia plak kalau angkat bukan slow2..siap lambung2 pun ada..hehehe

MamaDamia a.k.a Haiza said...

Fiza:buat-buat berani je damia tu...tengok kita pegang dia pun ngikut je la

.::Lynn::. said...

beraninya damia... beli kat mana? teringin gak nak beli

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin