Friday, April 09, 2010

Genting Highland~baekkk punyerr!!!

Hari Isnin haritu aku ngan member2 tpt keje buat rombongan cik kiah ke Genting Highland....Mulanya aku plan nak gi hari ahad coz nak tgk ABPBH sebab ada tiket....tapi memandangkan ada yang cakap budak kecik takleh masuk,takkan aku nak tinggalkan Damia kot kan...uiiii mana leh tahan..semakin dia membesar ni semakin aku rindu ngan dia....balik keje pun first thing yang aku buat adalah peluk cium Damia.....tak peluk cium papa dia pun takpe..janji dapat peluk cium Damia...hahaha boleh camtu?

Kitorang gi sana dalam 9 orang,aku pun ada tiket free gak untuk masuk outdoor theme park ni sebab dulu aku ada tukar keratan berita harian.....aku ada dalam 14 keping pas masuk ke theme park tu.Tapi syaratnya aku ngan mana2 yang ada nama atas pas tu wajib pergi coz nak amik tiket masuk tu diorang nak comparekan IC,no siri ngan nama kita dengan rekod yang dorang ada.Kalau tak sure aku dah bagi-bagi pas ni kat kenkawan aku....hahaha so aku ada plan dalam bulan 5 ni nak ke genting lagi sebab pas ni expired 30 May 2010...kali ni kena ajak mak abah aku plak la sebab pas yang ada ni aku letak atas nama dorang.

Ok takmo bebel panjang2...meh layan gambo.aku tau korang pun lebey suka tgk gambo dari baca aku nya merepek meraban ni kan sebab aku bukannya ada bakat menulis yang bisa membuatkan orang terpaku bila baca repekan aku ni....hahaha amik kau ayat...so jom layannnn


Kat komuter subang..dari sini amik komuter gi KL Sentral then dari KL Sentral amik bas terus ke bus stop genting



Nine of us + 1 kanak-kanak ribena..papa Damia tak ikut :(





Buaian pusing sampai pening...aku tak main ni coz takda sapa nak jaga Damia,time dorang main ni aku bawak Damia naik kuda yang stok selalu ada kat fun fair tu....hahhaha


Member aku ni la yang melayan Damia time kat Genting tu...nasib Damia ok nak kat dia..kalau tak pitam gak aku kalau nak layan kerenah Damia yang kejap2 nak berdukung ni :P



harus berposing gediks ye :P


member aku yang tadi tu sangat giler melayan game2 fun fair ni,dia abiskan dekat RM 300 hengget tuk main menang ni,ala stok kalau sampai target dapat hadiah teddy bear.


aku tgk pun geram....ni member aku main,dia dapat teddy bear ni dia bagi kat Damia...yang kecik2 la,yang besor dia simpan nak bagi awek katanya


Untungla awek ko Amran dapat teddy bear genting marii gitu


Adalah dalam 4 ekor Damia dapat...jenuh nak usung time kat genting tu...ekekeke




Mula nya amran ni nak bawak Damia naik benda ni,tapi elok je dah duduk dalam ni,Damia melalak sambil cakap "kut..kut (takut)".....last-last mamat ni naik sensorang




Tapi Damia bila main mainan2 kat sini dengan aku,dia ok la tak nangis...tu yang aku leh ajak dia posing berdua atas roda pusing ni...masa ni kenkawan aku yang lain tgh beratur nak naik roller coaster...rugi wei aku takleh nak join...takpe2 next time turn aku


ye ye je posing


Gayat gak bila ada kat atas ni..tambah plak Damia tak reti duk diam...bergoyang2 aku rasa benda ni...berderau rasa darah aku..hehehe



Masa nak beratur nak masuk ke Dinosaur land,kitorang terserempak ngan Black,dia pun tgh beratur gak...kitorang apa lagi amik peluang la tangkap gambo...cuma yang berbulu nya bila tgk awek dia yang muka cam poyo gila babas bila kitorang borak2 n amik2 gambo ngan Black ni...rileks la cik kak oii...tak luak nya boipren ko ni kalau takat bergambo je..silap plak tak dapat snap pic awek dia tu...kalau tak boleh aku tayang kat sini...baru padan muka kau



atas bot nak ke Dinosaur land...Damia melalak sekuat hati bila masuk kat sini sebab bunyi dinosaur skit la punya kuat bergema...cian anak mama


Cian dia...takut ye



Memasing posing cam nak wat cover album....muahahaha


takut-takut berani...eiii goli mat


serius je muka...ni dalam cawan pusing....cawan ribena lagi...ekekeke


Pandang apa tu yang?


Ni dalam jet yang Damia takut nak naik masa member aku ajak tu...tapi bila ngan aku...uihh siap tersengih2..Dia tau dia selamat sebab mama dia ada ...tul tak?


Ni plak gajah pusing...memang aku banyak naik benda pusing2 je la ngan Damia ni....kang bawak naik roller coaster kang mau melayang anak aku kang...uii bahaya bahaya


berposing ngan hasil rembatan masing-masing....aku bermodalkan 20 hengget dapat 2 patung sederhana besar tu...satu kat Damia satu lagi aku pegang tu...ok la kan?...berbaloi-baloi..tangan ada ong katanya



huhuhu tetiba sampai london plak...apa kes?


pose gediks dari aku... :P


Damia with her 'genting bb sitter'...ahaks


lagi


dan lagi :)


Depan first world hotel


Lepas puas posing dalam kul 7 kitorang gerak balik...kitorang naik bas kul 7.50 n sampai dalam kul 9.30 malam


Masa nak tunggu bas...time ni memang sejuk giler n berkabus sebab time ni pun hujan dah turun



time ni memang sejuk giler...Damia pun kejap2 duk cakap "Ma ..juk..juk (mama,sejuk..sejuk)"...memang kena peluk dia kuat2 time ni

Sampai KL dalam pukul 9.30 malam..badan memang lotih tapi seronok...lepas ni kompem kena gi lagi genting ni...memang happening dapat release tension ngan member2 sekepala kat sini..

Mama Damia's Giveaway

huhuhu contest Damia lagi...ni pun bukan Damia saya yang anjurkan tapi anjuran Ayu a.k.a MamaDamia


Tarikh tutup pada 22 April 2010 jam 3 petang...Klik sini kalau nak join

Thursday, April 08, 2010

Giveaway From Damia

oho ni giveaway bukan dari Damia saya tau...nama je sama...ni giveaway anjuran Nana a.k.a ibuDamia.



Kalau ada yang nak join sila klik link di atas.Tarikh tutup adalah pada 25 April 2010.

Tuesday, April 06, 2010

Menuju puncak~Genting Highlands :P


Aku sangat rajin kalau bab benda2 free ni....so haritu aku sangat gigih mengumpul keratan kepala akhbar berita harian untuk ditukarkan dengan tiket ke outdoor theme park genting highland...So hari Isnin haritu aku dah pun berjimba ria di Genting Highland...nanti aku sumbatkan pic2 aksi gediks ku di sana ye..

Monday, April 05, 2010

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) 2009

Lebih kurang sejam yang lalu dah pun berakhirnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.Banyak juga pemenang tahun lepas naik pentas lagi tahun ni.Ok la kan dah ko memang popular haruslah naik pentas tiap tahun.Jangan popular pasal kontroversi je udah la kan..Ni kat bawah ni aku senaraikan semua pemenang dari tiap kategori

1) Pengacara TV Lelaki Popular

- AZNIL NAWAWI


2) Pengacara TV Wanita Popular
- FARA FAUZANA


3) Penyampai Radio Lelaki Popular

- FAIZAL ISMAIL


4) Pengacara Radio Wanita Popular

- FARA FAUZANA


5) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular

- BUNKFACE


6) Artis Komedi Lelaki Popular

- NABIL


7) Artis Komedi Wanita Popular

- NOORKHIRIAH


8) Artis Baru Lelaki Popular

- BLACK


9) Artis Baru Wanita Popular

- YUNA


10) Pelakon TV Lelaki Popular

- REMY ISHAK


11) Pelakon TV Wanita Popular

- TIZ ZAQYAH

12) Penyanyi Nasyid Popular

- RABBANI


13) Penyanyi Lelaki Popular

- AIZAT


14) Penyanyi Wanita Popular

- DATUK SITI NURHALIZA


15) Pelakon Filem Lelaki Popular

- QUE HAIDAR


16) Pelakon Filem Wanita Popular

- LIYANA JASMAY

Anugerah Percapaian Sepanjang Hayat :

-DATUK KHADIJAH IBRAHIM


BINTANG PALING POPULAR

 DATUK SITI NURHALIZA (225,300 Undi!)


Sekian terima kaseyy

Sunday, April 04, 2010

Kalau dah pompuan tu..pompuan gak

Betul tak?...kalau dah dilahirkan sebagai seorang perempuan ni,memang takleh nak dipisahkan dengan mekap...ala kalau tak mekap tebal pun at least bedak kena gak pakai.Kalau korang langsung tak pernah pakai bedak tu tak tau la plak aku kan.So sama la kes nya macam anak dara aku sorang tu.

Pantang nampak aku pegang bedak,dia pun sibuk nak jugak.Bila aku nak pakai lipstik dia pun sibuk duk tadah muncung dia suh aku bubuhkan lipstik.amboi...amboi kemain lagi ye


Tengoklah tu gaya dia,siap tgk cermin dulu..rantai yang Damia pakai tu memang rantai peberet dia.Tiap hari lepas bangun tidur sure dia akan cari rantai tu pastu pakai kat leher dia.Rantai tu aku beli kat Kuching hari tu


Gaya mesti ada!


Nak buat apa plak tu


jelir-jelir lidah plak dia ye


Lipstik tu bertahan kat mulut dia kejap je,selebihnya abis di jilat jek...takleh bagi selalu ni


Tepek bedak lagi tu...ekekeke


Hamboi aii muncung...bleh ikat ngan getah ..:P


Ni senyum nakal ada makna tu...hihihi


tak cukup ngan bedak aku tu,dia tabur plak muka dia ngan bedak dia.Dia tabur atas tilam bedak tu pastu pakai span bedak aku tu dia tepek bedak dia kat muka dia


Ni la hasilnya...aku pun tukang tambah gak...hihihi baru la putih berseri...Damia cepat senyum mama nak amik gamba ni


Damia:"Sibuk tul la mama ni"


Gaya senyum paksa dari Damia...hihihihi


muahahaha .....dah abis geram la tu bila aku asyik suh posing je...hahaha amik ko ...aksi notty Damia ni..


p/s:Terer kan anak aku ni mekap?...

p/s:Kot ada sesapa yang nak suruh anak aku ni mekapkan...habaq la ye?.....hasil dia memang aku tak jamin la...sendiri mau ingat...muahahaha

Saturday, April 03, 2010

Sana sini MyLook


Betul tak aku cakap?...sekarang ni singgah la mana-mana blog pun,semua dok sibuk bercerita pasal MyLook ni. Sangat mudah caranya untuk membuat duit dengan MyLook ni. Tapi tatau la lagi betul atau tak kita akan dapat duit dari MyLook ni.Tak kisah la kan bukan kena bayar pun kalau nak register,cukup sekadar masukkan email & password...senangkan.

Lepas ni boleh try gunakan MyLook ni as ur search engine ala macam google ngan yahoo tu.Tapi pakai MyLook ni siap dapat income lagi untuk maksimum 5 carian dalam sehari dan dibayar $0.22 untuk 1 carian.

 Register MyLook   sila la register di sini ye

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin