Tuesday, January 18, 2011

Swiss Garden Damai Laut Golf Resort & Spa...destinasi cuti-cuti Malaysia terakhir 2010

Hambik kau dah masuk 2011 baru nak up citer pasal cuti-cuti Malaysia 2010 aku ni..Eh tapi takpe kan..orang kata bior lambat asal selamat..ahaks

Swiss Garden Damai Laut Golf Resort & Spa...ni la dia destinasi terakhir aku n family bercuti untuk tahun 2010 lalu..tempat ni terletak kat Lumut,Perak


Bayangkan kalau muka penyambut tetamu kat resort ni masam macam ni...agak-agak korang patah balik tak?...ekekeke..*muka badmood lepas bangun tido dan dipaksa jadi model*



Kitorang duk kat sini 3 hari 2 malam...malam pertama kitorang duk kat Villa kat resort ni...oklah villa dia,besar dan luas cukup selesa untuk menampung family aku seramai 9 orang ni..

Ni kat bahagian dapur dia...nasib la kitorang duk kat Villa ni cuma satu malam je...kalau tak sure macam2 benda bapak aku masak kat dapur dia ni..dah siap berangan nak beli ikan,daging segala bagai..aishh cam nak duk terus je gayanya.Gambar dapur ni je yang aku sanggup nak amik pic sebab masih dalam keadaan teratur...nak amik pic bilik ngan ruang tamu sume dah abis terbarai dikerjakan dik adik2 aku ngan anak dara aku sorang tu.. :P


Esoknya kitorang check in kat bilik biasa plak...saja bapak aku amik2 dua-dua....nak try

Kat sini aku sempat amik pic bilik ni...kitorang amik connection room..yang pompuan je beria tido...yang jantan2 semua pakat keluar pi mancing..
 
Biasa-biasa je bilik dia...katil tu kira muat la untuk aku 3 beranak tido

Kat bawah ni view sekitar kawasan resort ni...aku suka swimming pool dia sebab luas...







Next entry la aku sumbat story aktiviti kitorang kat sini  ye... :)




 
 

1 comment:

BabyIntan said...

Wah bestnya penutup tuk 2010! Mesti damia seronok kat sana kan :)

Nape satu je gambar dia...letak lah byk sikit picass si syomel tu :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin