Saturday, June 20, 2009

--->@Aktiviti hujung minggu

*Entry gedik-gediks dari saya :P~

Teruja.....ayat paling hebat yang bleh Mama terjemahkan perasaan Mama skang ni..Napa plak Mama aku ni tetiba hover ni(kata Damia dalam hatinya)....hehehe.Wah maunya tak teruja gegirl oii....Minggu depan pelbagai aktiviti yang menarik, tertarik da boom ada dalam pemikiran Mama ni.

Dengan nak buat Damia punya birthday party yang tak seberapa tu,pastu Mama ni tergedik-gediks nak join aktiviti gather2 dengan sume ibu2 dalam alam cyber ni ditambah pulak dengan adanya aktiviti makan2 yang hebat plak lagi..tentulah teruja.

Antara aktiviti hujung minggu pada 27/6/09 & 28/6/09


27/6/09-My small kid become big girl(big girl la sangat) -
Damia 1st Birthday Party 3pm until 6 pm.Buat simple2 je untuk kaum keluarga.Janji ada something yang Damia bleh ingat bila dia besar ni.(ye ye je nak ingat)

27/6/09-Qarissa 1st birthday party(Watie luvly little angel) dari kul 7.30 malam sampai 11 malam. (Yang ni memang saya tergediks nak pi tapi tak habaq kat Watie lagi-bleh ke cenggitu?)

28/6/09-Mini Open days at sarakids(ala2 gather-gather la ni).Just klik je kat sini pun boleh kalau nak join mysuperkids

Actually banyak lagi aktiviti2 teruja untuk minggu depan ni nanti,mau pengsan ni kalau nak buat semua..tapi demi diriku yang memang tergediks nak pegi...akan ku gagahi jua..

To Papa a.k.a en. Somi...sila lihat jadual diatas..sila set dalam diari anda...isteri mu yang tergedik-gediks ni ingin nak mengenjoykan dirinya pada minggu hadapan....

p/s:Harap maaf pada insan yang empunya blog diatas kerana saya mengiklankan aktiviti anda disini tanpa kebenaran..

Thursday, June 18, 2009

--->@Cinta, Kasih dan Sayang

*Entry syahdu di pagi hari..bleh gitu?

Pukul 2.42 pagi hari ni...sambil tido-tido kan Damia,Mama teringatkan Papa yang berada di kampung,wah rindu barang kali namanya ini..Sangat la mengada sekali..Kerinduan ini membuatkan Mama terus membuat entry ni..berapa banyak ini lah.

Mungkin betul kata orang...semakin jauh kita dengan seseorang tu semakin rindu rasa di hati. Kalau bukan kerana ada urusan mungkin Mama n Damia takkan berjauhan dengan Papa macam ni. Tapi 2 hari ni sejak Papa balik kampung semua Mama kena buat sendiri.

Kerinduan ini membuatkan Mama teringatkan zaman-zaman percintaan, pertunangan, perkahwinan sehingalah saat bergelar Papa n Mama buat insan yang paling istimewa iaitu Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus.

* Papa n Mama ketika bercinta..ayat tak hengat (6 bulan sebelum bertunang)



*Sewaktu bertunang pada 12/11/2006

*Sah bergelar suami isteri pada 31 Ogos 2007(merdeka... :P)

*Papa n Mama together with Damia masa bercuti ke Fraser Hill(Damia 5 month+)

Mama memang sentiasa tersenyum lebar bila berada di samping Papa.Walaupun begitu banyak dugaan yang datang menguji,Mama tetap akan pertahankan ikatan suci ini demi kebahagiaan anak kesayangan Mama n Papa ini.

* wink*Entry ni tuk lepaskan rindu kat Papa...sebelum Mama merapu lagi better Mama stop n titon...kepada en Somi yang dirindui..saya sangat mencintai dan menyayangi awak..Walaupun kadang-kadang saya ada terbuat awak tersakit ati..namun hakikatnya anda amat saya cintai sepenoh jiwa dan raga

Wednesday, June 17, 2009

--->@Mama Dah Rabun Ke?

Baru-baru ni Mama noticed that Mama ni macam dah start nak rabun.Nak tau kenapa Mama cakap macam ni?..bcoz when i'm driving expecially nite time..Mama mesti akan merapatkan badan n muka Mama kat stering kete sebab tak nampak dengan jelas kete or anything yang ada kat depan..Sangat susah sekali rasanya sebab Mama tak pernah pakai cermin mata.

Ini semua mungkin sebab Mama banyak sangat mengadap komputer sampai bleh jadik rabun gini or mungkin sebab Mama dah tua kot.Macam mana agaknya ye muka Mama ni kalau kena pakai cermin mata ni?...tak dapek nak bayangkan kelakarnya itu.
Kalau ikutkan Mama memang Mama taknak pakai cermin mata ni..menyusahkan..Tapi kalau dah terpaksa kena buat jugak la jawabnya...Mama kene tunggu Papa balik dr kampung dulu then nanti baru bleh pergi check mata n buat cermin mata..En. Somi skang berada dikampung maybe dalam 2 hari lg baru dia balik...adei kene tunggu la plak

Saturday, June 13, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest

Tengok title je dah membuatkan Mama teruja...Baby Contest..wah peberet ni..Mama kan giler contest.Mama yang suke 'ronda-ronda' sambil terjah blog mummy2 lain ni tertarik hati bila nampak mombloggersplanet menganjurkan contest yang akan diadakan sepanjang tahun dengan bermacam-macam tema setiap bulan.Dan bermula bulan June ini tema yang ditetapkan ialah "Cutest Baby in Red"
Mama tak tunggu lama...terus godek-godek pc cari pic Damia yang ada terlekat kaler-kaler Red ni.Sebab mama tau Damia memang ada banyak pic dengan baju-baju kaler merah ni.So skang dipersembahkan....jeng jeng jeng



*Lihatlah dunia...merah kan saya?Rasanya Damia leh menang tak auntie-auntie?


*Kalau Damia menang nanti Damia akan tepuk tangan macam ni

*Dan Damia juga akan ketawa gembira macam ni


*Pastu Damia akan hadiahkan bunga ni buat Mama Damia..sebab mama yang send pic Damia ni


*Tapi?...bleh ke Damia ni menang?

Wah berkobar-kobar tak semangat anak saya ...padahal Mama dia yang over yang bernama Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus dan dilahirkan pada 27 June 2008 ni.Now Mama need to explain why my Damia should grab the title "Cutest Baby in Red" ni.Sebab2nya ialah

  1. Damia memang anak yang comel di mata Mama n Papa.Rasanya semua orang pun setuju kan yang Damia ni comel?...hehehe

  2. Damia pun kelihatan amat sesuai sekali dengan baju warna merah ni...tengok la pic dia tu siap ada sesungut kaler merah lagi...

  3. Walaupun belum pun setahun umur nya..Damia ni amat pandai beraksi depan kamera..ada je post-post menarik dari dia..sebab tu mama selalu cakap Damia ni 'Good Girl'....Bleh gitu?So Mama rasa Damia ni ada peluang cerah jugak untuk menang...over kan Mama ni?

So,kepada semua mommy2 di luar sana...marilah kita ramai-ramai join contest ni .Untuk keterangan lanjut just klik je kat bawah ni

MomBloggersPlanet : http://www.mombloggersplanet.com/825/cutest-baby-photo-contest-june-09/


Cepat tau jangan tunggu lagi...tarikh tutup tinggal 3 hari je lagi nanti kang menyesal plak kalau tak dapat hadiah-hadiah hebat yang disponsor oleh


PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/


dan juga


AliceWonders : http://www.alicewonders.com/


To my luvly Damia...don't worry sayang,kalau sekarang ni tak menang..nanti kita try lagi sebab contest ni diadakan tiap bulan.Mama percaya setiap anak tu ada tuah tersendiri.

Thursday, June 11, 2009

---->@Jalan-jalan cari makan

Hari ahad 7.6.09 hari tu.Mama n Family (together with Papa, Damia,my mum,my dad n 2 sister) pegi melakukan aktiviti yang dikenali sebagai jalan-jalan cari makan....hehehe...we all going to my bos big day aka wedding day at Jerantut,Pahang.Mama amik cuti sehari on Monday tu coz terasa lama sangat dah tak bercuti..ni kira sambil gi kenduri kahwin sambil bercuti relakskan diri..bleh gitu?

*simpang ke Jerantut...simpang tu je 500meter tapi umah mantin tu lagi sejam lebey baru sampai..kebas montot-montot ni.On the way lepas masuk simpang Jerantut ni Mama nampak pokok yang selalu Mama jumpa kat tepi highway masa blaja kat Uitm perak dulu



*Pokok seram-seram....tak tau napa dari time blaja kat Uitm lagi Mama panggil pokok kelapa sawit tua ni sebagai pokok seram-seram...tengok malam2 lagi rasa seram...ekeke



*Tengok la Damia ni sampai tertonggeng-tonggeng tidur akibat kepenatan....sangat sopan sekali...hehehe



*Muka masam lepas bangun tido...cenyumlah sikit sayang Mama nak amik gambo ni

*Good girl......

*Inilah dia mantin baru tu...bos Mama Zuraimi n wife dia Ima....

Lepas habis makan-makan....we all pun gerak menuju to my MIL house at Maran,Pahang....aktiviti yang dilakukan kat sana ialah memancing n mandi sungai....tido satu malam pastu Isnin malam gerak balik KL..lotih badan den ni ha..Selasa plak kene keje..malehnya rasa...

p/s: En Zuraimi n Pn.Ima selamat pengantin baru diucapkan n moga kekal selamanya ..Bos cepat sikit dapat anak..bos tu dah tua :p

Saturday, June 06, 2009

---->@Gempar!!!!!!!!

Seperti dijanjikan walaupun terlewat...janji nak cerita malam tadi...hehehe ada berita gempar yang nak distorykan kat cni....pagi semalam masuk jek opis ...terus kawan saya cakap

my pren: kau nak tau tak ada hot story ni pagi ni..

Mama :Apa dia?

my pren:Ada sorang guest kat cni suspek H1N1....

Mama :Ye ke?..ala-ala terkejut .. Mana kau tau?Guest tu dari mana?

my pren:Ada doktor call sini bagitau.sepatutnya dia ada appoinment dengan doktor dia tapi dia takpegi.Guest tu baru sampai flight dari Canada..masa dia kat KLIA pun dah sangkut.

Mama :Kalau dah sangkut kat sana kenapa tak kuarantin je?Camna dia bleh lepas sampai cni? mama yang sentiasa banyak tanya macam reporter pencen..H1N1 wooo....sapa tak takut?giler

my pren:Ntah aku pun tak tau kenapa dia bleh lepas...

Cheh macam tu je....mama pun tak tau la apa yang terjadi seterusnya..dorang sume senyap2 kan hal ni takut semua orang kelam kabut...bleh ke macam tu?

Ntah la tunggu je la perkembangan selanjutnya....

.(*wink* mama tengah selsema ni....berjangkit dengan Damia....diulangi dengan Damia ye.takda kaitan dengan cerita di atas. :P)


Friday, June 05, 2009

---->@Saya yang sangat Bz okeh..

fuhh...fuhh tiup cikit...dah bersawang dah blog saya ni...tengok tu siap ada labah-labah lagi bersuka ria....tu tanda nya saya dah lama tak update blog ni.....skang saya terlalu banyak keje...biasa lah keje....takkan habis sampai bila-bila...makin bertambah ada lah...ni saya dah nak balik umah...nanti malam kang saya masukkan citer2 baru of course tentang Damia mesti ada dan satu berita tergempar yang saya baru dapat tau pagi tadi....so... check it out....cewahhhh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin