Monday, February 08, 2010

Mawi World...aku pun world gak

muahahaha tetiba nak tergelak lak bila aku bukak Friendster yang dah berbulan aku tak bukak tu,sekali aku duk tengok2 photo dalam tu,ternampak la satu gambo ni..

*

*

*

*

*

muahaha sila tengok betul-betul dan cari apakah persamaan antara aku ngan Mawi?...tettttt jawapan dia tang bibir senget sebelah tu....muahaha serius aku gelak sensorang pepagi buta ni..mahal gitu ..gamba klasik time 2005 waktu kegilaan terhadap Mawi membuak-buak...sehingga membuatkan ader sorang kawan kat tempat keje aku panggil aku 'WORLD'...hahaha betul tak Kak Ina?*aku tau dia bukak blog aku ni :P*

p/s: Nasib baik la papa pun suka botakkan kepala....ala-ala Mawi la plak..muahahaha *larik laju-laju*

Asal gemuk je ingat pregnant..ciss

Pemikiran orang kita,asal lama tak jumpa kawan lama pastu bila terjumpa,kawan tu plak badan agak berisi skit,sure terkeluar soalan standard camni "Eh..berisi jek badan kau ni,mengandung lagi ke?"."Alahai tolong lah...takkan orang kalau dah kawen pastu badan gemuk skit nak di anggap mengandung...kalau dah jenis dasar melantak pagi,petang siang malam..sure lah badan ni naik bagai dipam-pam...

Dulu zaman remaja...cewahhh...memang la badan aku ni kurus sebab aku ni aktif sukan tapi lepas dah kawen ni ....hahaha bersukan atas katil je la ngan hubby..so camna la badan tak membesar cam ni...So bagi menutup mulut kawan-kawan aku ngan soalan standard cam di atas tu...maka sangat teringin la diri ini untuk menguruskan badan...dan dalam kepala hotak aku yang sangat malas nak bersenam ni..Jawapannya hanyalah Jus Mate 5....muahaha

*Entry ni dibuat sambil mulut mengunyah Twisties perisa Keju pada pukul 3.30 pagi..boleh kurus ke camni?...berangan la kau Haiza*

p/s:Kurus pun nak...mengandung lagi pun nak...habis camno?....

MamaTisya LovelyScents Giveaway

Giveaway anjuran Mama Tisya ni bertajuk 'MamaTisya LovelyScents Giveaway' dan akan berlangsung sehingga 26 February 2010...Seramai 7 orang pemenang bertuah yang terpilih akan mendapat Sampul Wangi LovelyScents tiap seorang.

Thursday, February 04, 2010

PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST


First contest for this month..contest anjuran Pretty Zaza yang bertajuk "PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST" .Contest ni akan berakhir pada 5 February 2010.

Nama:Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
Umur:1 tahun 7 bulan ++
Kategori:Girl

Wednesday, February 03, 2010

Cabutan Bertuah Sempena Pelancaran Blog "Freebies & Cheapies Store"

Nak cuba nasib dalam lucky draw plak...harap-harap ada rezeki awal-awal tahun 2010 ni.Untuk keterangan lanjut sila singgah Freebies & Cheapies Store..Tarikh tutup adalah pada 14 February 2010...ok daaa

My 1st besday prezen

Pon....Pon....Pon....helloo.. apa habaq sume?


huhuhu memandangkan bulan ni merupakan bulan bermulanya angka baru untuk umur aku,jadik haruslah aku mendapat hadiah tuk itu kan?...perlukah hadiah?...perlu ke tak perlu aku dulik apa.Dah trademark hari jadi memang harus ada hadiah gitu?..tapi besday mak lambat lagi noks,ada 15 hari lagi sebelum besday aku ketika entry ni dicoretkan....cewahhh ...ptuihh.

Yang aku sibuk2 ni apehal........bukan apa saja nak habaq mai kat sume orang kampung yang aku dah dapat 1st besday prezen aku tuk tahun ni...sapa bagi???...alaa En. Dorsett yang bagi...huhuhu


tu dia siap kotak kaler silver lagi...suspen ni :P

tadaaa....siap berplastik bagai nih

tolong jangan berangan ye....ni bukan wallet atau yang seangkatan dengannya..jadi apakah ia?...tunggguuuuuu

*

*

*

*

*

*

*

Amik ko...complete set lagi...nak potong kuku boleh,cabut uban boleh,potong segala bulu-bulu yang ada boleh hatta nak korek telinga ngan hidung pun boleh....amcam best tak?.....muahahaha mak redha je nokss

p/s:tahun lepas besday dapat payung,tahun ni dapat set potong-potong n cabut-cabut ni....tahun depan?....ntahlah itupun kalu aku keje lagi kat situ...anyway thanks ye En.Dorsett

p/s:tempat keje korang ada ke bagi hadiah masa staff punya birthday?...hadiah apa ek dorang bagi?...sure hebat2 nih :P

Monday, February 01, 2010

Mak cuti hari ni ....

Damia demam still tak kebah2 lagi,tengok dia lemah gemalai macam tu terus tak sampai hati nak tinggal dia kat umah.amik hp,sms bos kasitau hari ni nak amik emergency leave.Pe'el Damia ni bila aku ada kat umah,mulalah nak membuli aku,hari ni jek 3 kali aku start keta tengah hari panas terik tadi semata2 sebab Damia nak jalan2 naik kete,terpaksa la mak bawak keta pusing2 keliling kawasan umah nih...pastu baru la dia diam n tertido,bila terjaga mengamuk lagi nak naik kete,adeii jawabnya memang 3 kali la aku ulang alik bawak dia naik kete.Memang manja anak aku sorang ni.Ni namanya manja sambil membuli....anak punya pasal....mak turutkan ajelah nokss...ni skang dia tgh tidur,jap lagi nak bawak dia gi Mydin.nak beli barang skit.sure happy dia nanti..isk isk isk Demam-demam pun nafsu berjalan tetap tinggi ye nak oi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin