Sunday, May 23, 2010

BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE


Meh join contest ni,pi godek2 gambo anak kalian ngan puting atau botol susu.Contest anjuran N.A.I dengan tajuknya BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE.Lepas aku godek2 pc,maka ni lah pic Damia yang aku dapat mengikut tema majlis contest ni..




Nama: Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus

Umur: 1 tahun 11 bulan (27 June 2008)

email:kasihmama82@gmail.com

Settle dah....nak tag sapa plak ye tuk join...ok aku tag suziey ngan anje mama Balqis,meh join ramai2.Yang lain kalau nak join pun dipersilakan...klik sini kalau nak tau syarat2 contest ni

Orang kita masih belum bijak berniaga

Betul tak?...bagi aku,orang 'kita' (melayu) masih belum bijak dalam selok belok berniaga ni.Yang diorang tau cuma nak untung cepat dengan cara menipu.Aku tak maksudkan kepada semua ye,ni buat sesetengah orang 'kita' yang berperangai cam haremm ni..

Ni ada satu kes jadi kat aku masa aku bercuti kat Langkawi baru-baru ni,aku ke Langkawi drive dari KL sampai ke Jetty Kuala Kedah,sampai je sana aku deal ngan sorang cina ni pasal kete sewa...ok lah kot dia bagi kitorang pakai kete MPV Exora baru untuk 3 hari dengan bayaran cuma RM 280.00 hengget sahaja.Aku pulangkan kereta lewat 3 jam n dengan minyak tak sempat isi(alasan) tapi tokey cina ni sikit pun tak mintak extra charge.

Memang ngam la sebab kitorang ada 6 orang so dapat MPV baru memang selesa la rasa.Lepas dah settle hal kereta,aku usha2 la nak amik pakej Island Hoping plak.Memang banyak la agen2 yang bagi offer murah2,tapi aku amik ngan sorang POMPUAN ni,dia bagi harga RM30.00 je sorang.Dia cakap bayar deposit je dulu lepas tu kalau tak jadi pergi pun takpe dia akan pulangkan balik deposit tu.Aku pun bayarlah RM 60.00 seperti yang dia mintak untuk 6 orang.

Tapi nak dijadikan kes kitorang memang tak sempat nak pergi island hoping tu,so aku call POMPUAN tu cakap aku tak sempat nak pergi island hoping tu then aku nak mintak balik deposit aku.Boleh pompuan tu cakap kat aku yang deposit takkan dipulangkan sebab aku kensel last minit.what the he*l!!! ko cakap camtu.

Haritu dia sendiri cakap deposit akan dipulangkan kalau tak jadi pergi.Ni lain plak jadinya.So aku jumpa agen POMPUAN ni kat Jetty Kuala Kedah sebab POMPUAN tu takmo cakap ngan aku lama-lama and aku mintak duit aku balik.Agen dia ni cakap nanti POMPUAN tu akan pulangkan duit aku bank in dalam akaun aku.Aku tak puas hati sebab haritu cakap kalau kensel duit dapat terus.Ni nak bank in segala bagai plak.Kompem kau takkan bank in duit aku tu kan.

Owhh aku buat ni semua sendiri sebab laki aku dah settlekan hal kereta.Agaknya bila diorang tengok yang datang ni perempuan cam aku,so dorang nak pijak2 kepala aku.Apa lagi aku call laki aku suh datang kat jetty tu,dengan muka bengis terus laki aku mintak duit ngan agen POMPUAN tu,tanpa banyak soal elok plak agen POMPUAN tu keluar duit bagi kat laki aku.

Lepas dah dapat duit tu aku call POMPUAN tu cakap aku dah dapat duit aku,pastu aku cakap kat dia kalau nak maju dalam bisness jangan amalkan sikap menipu n mungkir janji.Takkan kaya punya.Aku siap cakap lagi ngan POMPUAN tu cuba belajar berniaga dengan Cina,diorang sanggup rugi sikit untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar.Diorang kalau nak menipu pun takkan menipu takat RM60.00..baik tipu 60 ribu hengget lagi banyak untungnya...

Yang paling buat aku hangin POMPUAN tu bleh cakap camni kat aku "Agaknya akak ni dah abis duit shopping kat Langkawi ni,sebab tu nak sangat duit RM60.00 hengget akak tu ye,takut tak cukup duit nak buat bayar tol"....cilakak betul POMPUAN tu,aku ajak jumpa taknak pulak.Camni ke orang Melayu berniaga?? Dah la tu POMPUAN plak tu...cisss sampai bila-bila la kau takkan kaya

p/s: Aku dapat info dari orang-orang teksi kat Jetty Kuala Kedah tu,diorang cakap sebenarnya dah ramai yang tertipu ngan POMPUAN tu..tapi takda apa-apa tindakan pun yang dikenakan

p/s: Kalau korang semua ke Langkawi,aku nasihat kan jangan deal apa-apa pun ngan POMPUAN yang dikenali sebagai "KAK MALA (012-4350274)" ni,takut korang terkena bala cam aku gak nanti.Mau riuh jetty Kuala Kedah tu nanti dengan suara korang mengamuk cam aku :P....huhuhu

p/s: aku ada amik gambo agen POMPUAN tu...tapi tak sampai hati plak nak upload kat sini...kesian la plak.Tapi masa aku snap pic abang ni aku siap cakap lagi,"nanti saya masukkan gamba abang kat blog saya,biar semua orang tau abang ngan POMPUAN tu penipu".. :P

Juara AF8 milik Shahir

Akademi Fantasia musim ke 8 dah pun melabuhkan tirainya tadi.Juara AF8 telah pun menjadi milik mutlak Shahir.Cayalah aku memang suka ngan Shahir ni coz dia ada pakej yang lengkap.Mana lah tau dia boleh jadi macam Faizal Tahir.Sama-sama asal dari kumpulan nasyid dan juga sama-sama bintang realiti.Apa pun lagu "Kebahagian dalam Perpisahan" dia memang aku suka....dah tangkap cintan dah dengan lagu tu...Owh tak sangka jejaka bergigi besi juga bisa menakluk AF.hihihihi

Tahniah buat Shahir dan juga semua finalist AF8...

p/s: Aku bukan lah penonton tegar AF8 ni....cuma lepas AF Masuk haritu aku mula layan AF8 ni....hihihi

Friday, May 21, 2010

Mak penat tapi gediks nak berholiday lagi ni noks

Tetiba bengong plak nak letak tajuk entry cenggitu.huhuhu kul 4.30 pagi tadi ni baru sampai dari Utara...cuti-cuti utara gitu..Lepas pi Langkawi on the way balik bantai singgah kat Penang plak.siap pi Batu Feringgi nak tengok Hard Rock Hotel Penang.

Sampai je umah bleh bukak plak internet ni pi air asia nya website...yes memang ni yang first aku bukak sebelum bukak blog..giler holidays dah ni....sekali tengok ada free seat promotion plak.huhuhu terus terjah godek2 cari nak pi ke Sabah plak....tapi tak dapt lagi yang murahnya...kena cuba lagi esok.mata dah berat sangat dah ni...tido dulu...esok lusa la aku update entry cuti2 utara aku ni

P/S: Last call kepada semua pemenang giveaway aku tu,cepat2 la bagi detail kalian ye...bleh aku pos kan sekali je...takat ni aku baru dapat 6 detail je dari 10 pemenang tu

Saturday, May 15, 2010

Dapat deodorant free,Dapat t-shirt free,dapat duit 5o hengget pastu dapat masuk Malaysia Book of Record skang dapat sijil lagi..Thank You Nuffnang


Hah besh tak rasa bila di hargai sampai macam ni dengan hanya BERBLOG??...Besh tak?..besh kan.Ni kepada semua blogger yang dah join "Gatsby Deodorant Street Fair dan juga the Largest Bloggers’ Gathering" in Malaysia tempoh hari kat Time Square tu,korang bleh amik sijil penyertaan korang kat pejabat Nuffnang.


Ni alamat untuk pejabat mereka di Kuala Lumpur
Nuffnang Sdn Bhd (762669-K)
12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Telefon Pejabat : +6 03 2694 8828
Nombor Faksmili : +6 03 2694 8824

Korang boleh datang on weekdays dari pukul 9 pagi sampai 6 petang tanpa perlu buat apa-apa temujanji.Kalau nak tengok untuk alamat selain Kuala Lumpur bleh KLIK SINI.

Kalau korang nak tengok entry pasal sijil ni korang bleh baca kat sini

p/s: Beshkan siap dapat sijil lagi...vangga yew masuk Malaysia Book of Record :P

terima kasey ye Nuffnang

1st Season - CUTE BABY IN B.L.U.E Contest


Last minute join ni...hampir-hampir terlupa pun ada...isk rugi woo...dah la contest ni hadiah dia sangat lumayan gitu.Ni dia contest anjuran szsh.blogspot & momguess.blogspot.Tajuk contest ni ialah 1st Season - CUTE BABY IN B.L.U.E Contest. Tarikh tutup contest ni adalah pada 15 May 2010 pukul 2 petang.Sempat lagi ni kalau ada yang nak join lagi :P

So ni lah gamba kanak-kanak biru ku itu
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Gambar ni di ambil masa gathering gelombang biru yang giler happening dulu...huhuhu...siapalah penganjur yang terhebat di pasaran tu ye?...huhuhu :P

Nama anak: Nur Damia Batrisyia Binti Ahmad Firdaus
Umur: 22 Bulan ++ (cepatnya anak aku dah nak masuk 2 tahun)
Tarikh Lahir: 27 June 2008


" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MOMGUESS.BLOGSPOT"

p/s: Nak tengok detail pasal contest ni bleh klik sini & sini 

Friday, May 14, 2010

Teman tapi Mesra



Hah jangan ingat Linda Onn ngan Fahrin je yang boleh jadi "teman tapi mesra" ni tau.Damia pun ada gak teman tapi mesra dia.Takleh berenggang,pergi kemana2 pun mesti berdua,time tido berdua,makan berdua,main kat playground pun berdua,gi jalan2 window shopping ngan aku pun nak di ajak teman tapi mesra dia tu.kejap2 mereka berdua akan berciuman,kadang-kala siap gigit2....uihhh...dasat...Dulu kawan dia tu sikit punya putih bersih pastu comel plak lagi.Tapi sekarang!!!isk isk isk
*
*
*
*
*

Jom kita layan aksi Damia bersama "teman tapi mesranya"....let cekidaut....

*
*
*
*


Ni la dia "teman tapi mesra" cik Damia kita ni....nama dia "bebek"..ni pengaruh citer dari seberang la ni...huhuhu actually bebek tu maksudnya itik...selalu sangat duk sebut last2 lekat nama bebek tuk "teman tapi mesra" Damia ni


Feveret part ....tang telinga tu...huhuhhu

tengok tu tanpa segan silu berciuman kat tempat terbuka...isk isk isk

memang feeling abis

sambil jalan pun dok cium lagi..

Ni la dia teman tapi mesra Damia...memang dia takleh berenggang ngan "bebek" dia tu,padahal "bebek" tu aku beli masa umur dia 6 bulan ngan ada lagi 2-3 bear lagi...tapi ntah napa ngan "bebek" ni je yang dia suka...sampai dah nak hancur lunyai dah

Nak tido memang wajib ada "bebek" ni,kalau tak dia memang akan mengamuk...Puting pun benda wajib ada untuk Damia


Lepas  bangun dari tido pun benda pertama yang dia akan cari ialah natang "bebek" dia ni,pernah sekali aku basuh "bebek" dia ni sebab dah hitam sangat,sekali Damia nampak "bebek" dia tergantung jemur tu terus dia melalak2 mintak.Nak tak nak kasi gak la."Bebek" tu basah2 lagi dia boleh peluk cium sampai tertido...isk isk isk.....Ini serius mesti bantu dia *motif wonderpets la plak*

p/s: Anak korang ade ke "teman tapi mesra" cam Damia ni?

p/s: Camna nak buat supaya anak-anak ni bleh berenggang skit ngan teman tapi mesra dorang ni ek?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin