Friday, June 26, 2009

---->@Perasaan Mama......

Sekejap je rasanya masa berlalu..pejam celik pejam celik ..tup tup anak Mama dah nak masuk setahun umur dia.Perasaan Mama?.ntahlah semuanya bercampur aduk..gembira dan sedih silih berganti..Mama gembira kerana alhamdulillah setakat ini anak Mama membesar dengan sihat dan sempurna tetapi Mama juga sedih kerana Mama tidak dapat berada setiap masa disamping anak Mama untuk melihat segala proses pembesaran dan pemahaman Damia tentang keadaan sekeliling.Mama terlalu sibuk bekerja..dari pagi sehingga malam baru Mama pulang..tatkala pagi ketika Mama ingin ketempat kerja adakalanya Damia masih nyenyak tidur dan apabila Mama pulang di tengah malam Damia sudah pun tertdo kepenatan kerana penat bermain di siang hari..Maafkan Mama sayang!!

Keadaan ini menyebabkan Mama berasa cemburu dengan ibu-ibu lain yang boleh selalu berada disamping anak mereka untuk menjaga,mengajar, mendidik dan melihat setiap perkembangan anak mereka..tapi Mama?..kesempatan yang Mama dapat untuk itu(berada disamping Damia dr pagi sampai ke malam) cuma sewaktu 2 bulan kelahiran Damia(dalam pantang) itupun Mama tetap tidak dapat memberikan yang terbaik buat Damia.Lebih memeritkan bila Mama mula berblog ini..Mama mula kenal dengan ibu-ibu yang mampu memberi anak mereka khasiat susu ibu sehingga anak mereka mencecah umur lebih 6 bulan...Syabas Mama ucapkan kepada mereka.

Kesian Damia,sejak umur Damia 1 bulan lagi Mama sudah mencampurkan susu keperluan Damia dengan susu formula yang mudah didapai dikedai2..bukan Mama malas sayang tapi Mama frust dan kesian tengok Damia yang masih kelihatan lapar selepas Mama susukan dengan susu Mama...Mama mula berfikir,"tak cukupkah susu aku ni sampai anak aku masih menangis".Pelbagai cara Mama lakukan untuk memperbanyakkan susu badan tapi masih tak berhasil..

Tambah teruk lagi bila Mama start bekerja semula kerana hari pertama Mama mula bekerja semula merupakan hari terakhir Damia dapat menikmati khasiat susu ibu.Mama terlalu sibuk dengan kerja yang ditinggalkan lebih 2 bulan..banyak benda yang perlu disemak semula..maka tidak hairanlah Mama berada di office dari 9 pagi hingga 12 malam hampir setiap hari.Dan Damia,Mama tinggalkan Damia dirumah dengan Opah(my mum)..Sampai dirumah apa yang Mama mampu buat cuma mencium setiap inci wajah anak Mama dan terus berlalu tidur dan perkara yang sama Mama lakukan ketika pagi esoknya.

Tapi sejak Mama mula berblog ni...banyak benda yang Mama dapat belajar walaupun kadangkala hati Mama sedih tatkala membaca cerita tentang breastfeeding tapi Mama positif dan menganggap itu sebagai cabaran buat Mama dimasa hadapan.Mama nekad untuk adik-adik Damia nanti Mama akan berikan mereka khasiat susu ibu selama yang boleh...Mama nekad!!!InsyaAllah.Dan sekarang ni juga Mama sudah mula meluangkan masa sebanyak mungkin dengan Damia...mungkin memahami yang Mama ni jarang ada dirumah..Damia juga mesti akan tidur lewat mungkin menunggu Mama pulang dan walau sepuluh minit ditengah malam Mama tetap luangkan masa berborak dengan Damia.Seronok..walaupun tidak memahami apa yang dikatakan oleh Damia,tapi becok mulutnya bercerita umpama dia ingin berkongsi dengan Mama apa yang dia dah buat sepanjang hari.

Mama juga amat berterima kasih pada Watie kerana banyak info yang dicoretkan pada blog beliau(geniusQarissa) boleh Mama jadikan panduan untuk perkembangan Damia.Sekarang ni Damia dah pandai menyanyi, menari, tepuk tangan, memahami percakapan Mama dan macam-macam lagi..Memang Damia ni "Good Girl"...paling best dia dah pandai nak tengok sendiri blog Qarissa tu..tak caya tengok pic dia ni...bukan main lagi posing
(abaikan pemandangan kat blakang tu...sekadar hiasan)

Buat Damia yang sangat Mama sayangi ....membesar lah nak menjadi orang yang berguna pada keluarga, masyarakat dan negara..sentiasa memandang kebawah walau setinggi mana kau berada...Dan sentiasa sematkan dalam hatimu yang Mama,Papa dan semua orang dikelilingmu amat menyayangi kamu.Kami amat bersyukur mempunyai anak selincah dan sehebat kamu..Sentiasa amati bait-bait lagu yang menjadi lagu latar blog ni....ada sebabnya mengapa Mama sukakan lagu ini...Ingatlah sayang dunia ini hanya sementara!!







2 comments:

BabyIntan said...

Happy belated besday Damia! Semoga menjadi anak yg solehah :) Sebaya lah anak kita ye...

Sedih gak pasal u tulis tak dapat nak bagi susu badan kat damia. Takpelah next baby tanamkan dalam diri yg "KITA BOLEH"! Insya'Allah dengan niat dan doa, Tuhan akan berikan kita susu yg mencukupi utk anak kita selama 2 tahun.

Haiza said...

Intan:Thanks sudi jenguk kesini..sedih tu dah memang takleh nak lari dah...satu kerugian rasanya..tapi memang I dah nekad untuk bagi yang lebih baik for my next baby.InsyaAllah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin