Sunday, August 08, 2010

Apabila Damia masuk wad..



Ni citer basi 2 minggu lepas ....waktu aku tengah keje...adik aku call bagitau yang Damia dah 5-6 kali muntah-muntah.Walaupun tak makan tapi muntah tak henti-henti...so aku suh adik aku bawak gi klinik dulu.Sampai klinik doktor cakap dia takleh nak wat apa-apa so dia bagi surat suruh refer ke hospital.

Bila adik aku cakap kat aku yang Damia kena pergi hospital,apa lagi bergegas aku balik then terus bawak Damia gi Hospital Sungai Buloh.Dalam perjalanan tu masa aku duk riba Damia....dekat 4 kali gak Damia muntah.Nasib ada bawak bekas buat tadah muntah dia...kalau tak sure lenjun aku dibuatnya

Sampai kat wad kecemasan lepas dah check semua doktor cakap yang Damia kena tahan kat wad coz dia dah kehilangan banyak air dalam badan sebab non stop muntah.Then bila doktor check darah dia doktor cakap ada kuman dalam darah dia.Pastu doktor nak check air kencing dia jugak sebab takut ada jangkitan air kencing....tapi Damia ni boleh plak tak kencing-kencing ....So doktor bagi tempoh sampai esok hari..kalau Damia still tak buang air jugak...doktor akan masukkan tiub untuk paksa dia kencing..adeii kesian la plak..

Malam pertama kat wad....nasib aku ada bawak gambar2 Damia tu....Damia buat main gambar-gambar tu kalau tidak dia mengamuk suh aku bukak tiub kat tangan dia tu...masa tu jam dah pukul 3 pagi...tersengguk2 aku kat kerusi melayan dia

Esok pagi nya doktor datang check lagi n tanya kat aku sama ada Damia dah buang air ke belum...aku cakap belum...so aku mintak kat doktor suh bukak sekejap tiub kat tangan dia tu sebab aku nak bawak Damia gi toilet.Sampai kat toilet aku jirus-jirus kaki dia ngan badan dia skit bagi dia rasa sejuk..tak lama lepas tu terus dia terkencing...sempat la aku tadah masuk dalam botol yang nurse bagi....ekekeke hebat gak aku ek

Damia yang dah agak berselera makan setelah 2 botol air n setengah botol air garam masuk dalam badan.

Giler pitam aku nak habiskan makanan kat hospital ni...takda rasa...huhuhu teringat time beranak dulu

Teman baru Damia...hadiah dari ibu a.k.a akak iparku...katanya sempena besday Damia haritu dan juga sempena Damia nak dapat adik..dia suh Damia praktik tukar lampin ngan bagi susu kat patung ni...huhuhu...sekejap je dia layan baby alive ni...pastu bear masham dia juga yang dicarinya :P

Air mineral tu memang peberet Damia sepanjang kat wad ni...4 botol air tu dia habiskan...kira ok la..janji dia nak makan,minum n buang air...

2 hari berkampung kat hospital tu...kitorang pun dibenarkan balik...tapi doktor cakap kalau tetiba Damia demam cepat-cepat bawak gi hospital.so far Alhamdullilah la dia sihat sepenuhnya..mungkin ni dia sakit-sakit sebab nak bermanja ngan aku maklumla dia tau dia nak ada adik...ekeke

p/s:Banyak yang aku lihat dan belajar sepanjang kat wad tu...rasa kesian aku pada baby sebelah katil Damia yang di sahkan menghidap kanser..umur dia baru 9 bulan..sepanjang kat katil dia cuma mampu terbaring ....kaki dan tangan tak mampu di gerakkan...bila aku tanya pada ibu dia...ibu dia cakap anak dia baru 2 minggu jadi macam tu...sebelum ni aktif ...ermm...aku doakan supaya anak tersebut kembalii sihat..

6 comments:

Mama Zharfan said...

glad to hear that damia dh sihat :)

::Kak Sambal:: said...

haiza, alhamdulillah damia dah sihat... tahniah, damia menang contest gayakan anak anda tue...

eima said...

nasib baik xde pepe ...
doc ade ckp nape muntah²??
kesian damia ...

congrat k.haiza ...
1. sbb damia nk dpt adek ...
2. menang kontes.. kan hari tuh org dah ckp kompom menang ....

AishaAminudin said...

alhamdulillah dh sihat.. betul tu kesian tgk baby sakit..

mama uzma said...

alhamdulillah damia dah sihat...
iena masa uzma semput truk seboleh2nya iena pujuk Doc supaya x tahan masuk wad..x sanggup la tgk anak2 kecik ni kena cucuk sana sini...tapi klu memudaratkan..nak x nak kita terpaksa akurkan...

firahadifa said...

ler... patut la lama x nampak u update last week .. rupanya damia masuk wad...

seb baik da ok..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin