Monday, August 31, 2009

Happy 2nd Anniversary

Merdeka....merdeka.....merdeka

Aku adalah salah seorang dari jutaan rakyat Malaysia yang akan berkumpul di Dataran Merdeka atau KLCC tuk menjerit kan kata keramat di atas pada malam 30 Ogos 2006.....sambil menjerit sambil meyaksikan bunga api....hehehe tapi itu cerita pada tahun 2006

Bagaimana pula bagi tahun 2007?*Senyum sampai telinga* ......Tahun 2007 aku sangat sopan duduk di rumah sambil membersih dan menghias rumah....kerana apa ye?Kerana keesokannya adalah hari yang paling bermakna dalam hidup aku...

Ye....31 Ogos 2007 adalah tarikh dimana aku disatukan dengan insan yang paling ku sayang,...sapa lagi kalau bukan hubby aku sekarang ni..Ahmad Firdaus...setelah bercinta bagai nak rak selama hampir 7 tahun.....maka kami pun disatukan pada 31 Ogos 2007....


dan pada hari ini genaplah usia perkahwinan kami 2 tahun....bak kata orang 2 tahun ni masih belum cukup tuk kita mengenali hati budi pasangan kita....ye ke?....bagi aku mungkin ada betulnya....walaupun kita telah mengenali pasangan kita hampir 7 tahun sebelum kahwin....ianya masih belum cukup sebenarnya tuk kita menilai siapa dia sebenarnya...dugaan dan cabaran akan terus datang untuk menguji kita..

Majlis pertunangan pada 12/11/2006

Jika diimbas kembali.....kami ditunangkan pada 12 hb November 2006.....dengan majlis yang sederhana tetapi cukup meriah...aku sah menjadi tunangan si dia....tempoh pertunangan ni juga penuh dugaan...darah manis katanya....buat apa serba tak kena jadinya....setelah kata putus diambil....maka 31 Ogos menjadi pilihan kedua belah pihak tuk kami disatukan sebagai suami isteri

Model sebelum dinikahkan .... :P


di hari persandingan pada 1 september 2007
Dengan sekali lafaz....aku sah bergelar isteri kepada Ahmad Firdaus bin Zainuddin...Disinilah bermulanya fasa baru dalam kehidupan ku..aku perlu lebih memberikan tumpuan pada rumahtangga dan menjaga keperluan suamiku...Memang seronok bila diri ini dapat selalu dengan insan tersayang....setiap masa berlalu dengan indah....walaupun ada kalanya tetap berlaku salah faham.....anggap saja ianya sebagai adat berumahtangga ....

Kebahagiaan kami ditambah lagi bila aku disahkan hamil...Suamiku adalah insan yang paling gembira....setiap detik dirasakan bagai terlalu lama buat kami tuk menanti kehadiran insan baru yang bakal menyerikan kehidupan kami....


Permata hati Papa & Mama.....we love u so much.......
Setelah genap 9 bulan hamil...tepat pada pukul 11.24 pagi Jumaat 27 June 2008...maka lahirlah permata hati pengikat kasih sayang kami berdua....NurDamia Batrisyia .....nama yang indah penuh makna...Lahirmu penuh dengan harapan...semoga kebijaksanaanmu memberi dan menambahkan lagi cahaya kegembiraan buat semua orang disampingmu...


Cahaya kegembiraan Papa & Mama
Dan hari ini setelah genap 2 tahun usia perkahwinan kami.....harapan ku cuma satu.....kebahagiaan dan keberkatan yang ku harapkan buat selamanya.......


Papa.....bukan wang ringgit yang Mama harapkan...
Cukup sekadar kasih sayang dan perhatian darimu
Mungkin diri ini bukan seorang isteri yang sempurna buat mu
Tapi diri ini akan berusaha untuk menjadi isteri terhebat buat mu
Hanya satu kuinginkan....
semoga perkahwinan kita kekal buat selamanya
Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 2 tahun
Perjalanan kita masih jauh..............

p/s:Entry ini dibuat dengan sedikit iringan air mata....sebak la plak

p/s2:Harap-harap bila entry tuk ulangtahun yang ke 3 dibuat tahun depan....ada kawan atau adik buat Damia....hehehe

2 comments:

BabyIntan said...

Happy 2nd anniversary to both of u! Semoga bahagia hingga ke akhir hayat :)

Nia said...

Happy anniversary!
Yer,..yer,..dah sampai masa Damia ade adik tu..hehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin