Thursday, October 15, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest

MomBloggersPlanet buat contest lagi....actually contest ni diadakan setiap bulan dan setiap bulan adalah berlainan temanya.So untuk bulan October ni temanya ialah

MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest

Bersesuaian dengan tema tu...para peserta dikehendaki mengambil gambar anak mereka dengan stroller....tak kisah la nak pakai stroller mahal ke murah ke janji mesti ada gambar stroller...Jadi lepas dah puas godek2 pc...dapatllah jumpa beberapa keping gambor Damia with stroller





Nama anak: Nur Damia Batrisyia Bt Ahmad Firdaus

Umur: 1 tahun 3 bulan ++

Tarikh Lahir : 27 June 2008

Actually stroller merah jenama Tenderly yang Damia guna ni adalah hadiah dari seorang Pak Arab yang sangat baik hati.Pak Arab ni sebenarnya regular guest kat tempat kerja atuk Damia.So sebelum dia nak balik negara dia, dia hadiahkan stroller ni pada atuk Damia...macam tau2 jek atuk Damia ni ada cucu....condition memang sangat excellence...macam baru...rasanya Pak Arab tu beli stroller ni just tuk kegunaan anak dia masa kat Malaysia ni jek...so bila diorang nak balik negara diorang....dia bagi la stroller tu kat atuk Damia....Alhamdulillah rezeki Damia.


Kalau nak ikut kan ....rezeki Damia dengan stroller ni memang murah...eceh ayat....ye la....contohnya macam stroller kat gambar no 3 tu brand Urban Detour (Mothercare) tu kakak hubby yang bagi.....memang stroller tu agak besar tapi dah orang bagi....guna je lah ..ye tak?Tapi lepas dapat stroller merah tu, kitorang dah tak pakai stroller Urban Detour tu.

Ini antara sebabnya mengapa stroller Tenderly ni menjadi pilihan saya:
  • Stroller ni dari jenis 'Lightweight Stroller' yang boleh dilipat seperti payung.
  • Stroller jenis ini ringan jadi amat mudah untuk dibawa kemana-mana termasuk mengembara, membeli belah termasuk la pergi beraya...hehehe
  • Macam saya yang hanya menggunakan kereta Kancil,penggunaan stroller jenis ni memang sangat praktikal sebab takda masalah nak letakkan dalam bonet kereta.Comfirm muat dan masih ada ruang tuk letakkan barangan lain...bagus kan?

Pandangan saya tentang penggunaan stroller ni pada anak-anak dan tip-tip keselamatan ketika menggunakan stroller ialah:

  • Stroller ni amat berguna kalau kita nak bawa anak berjalan2...so kita boleh letakkan anak dalam stroller ni tanpa perlu kita mendukung mereka.Anak nak tidur pun senang
  • Kebanyakkan stroller ni ada disediakan ruang kecil di bahagian bawah....dimana boleh lah kita simpan barangan yang kita shopping jadi tak perlu lah kita nak memegang banyak2 plastik
  • Macam saya, handbag pun saya boleh sangkut kat stroller Damia tu tapi sentiasa dalam pengawasan lah..kalau tak nanti dengan handbag dengan anak sekali hilang plak.

  • Paling penting lock pada tayar stroller tu berfungsi dengan baik
  • Pilihlah stroller yang boleh dilaraskan tempat duduknya agar mudah untuk kita menyesuaikan dengan keadaan contohnya kalau anak nak tidur kita boleh turunkan tinggi seat tu supaya anak selesa.
  • Pasangkan seat belt setiap kali anak berada dalam stroller..ini dapat mengelakkan anak dari terjatuh
Sempat ke lagi pada yang lenlain kalau nak join contest ni ye?...ntahlah aku nya entry pun sangat giler last minute...buat entry dah 2 hari lepas tapi aku peram sebab takde idea nak menaip....nak tak nak dah nak sampai tarikh tutup kena gak la siapkan ...maka ni lah hasilnya....kot kalau ade sesapa yang nak tengok senarai peserta bleh la klik kat link bawah ni ye


Contest MBP ni mendapat sponsor hadiah dari sponsor dibawah ni...blehla klik link bawah ni kalau nak tengok detail2 pasal sponsor ye

3 comments:

[-suziey-] said...

good luck damia..mcm2 aksi ade :D

[-suziey-] said...

seb bek stroller xsama kan..hahaha:p

MamaDamia a.k.a Haiza said...

Suziey:hihihi tenkiu....kalau sama gak stroller memang tatau nak kata apa dah lah...hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin