Sunday, November 15, 2009

Cutest Baby in Nature


Klik banner kat atas ni kalau nak join contest ni

Ni dia contest dari Mombloggerplanet yang aku nak join.Tema dia kali ni ialah Cutest Baby in Nature.Menarikkan?...sebab ni lah aku suka join contest anjuran MBP ni sebab tema-tema dia yang aku rasa sangat la menarik tiap bulan.So ni la dia gambar2 Damia yang aku rasa sesuai ngan tema tuk bulan ni
Nama: Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
Umur : 1 Tahun 4 bulan ++
Tarikh Lahir : 27 June 2008


Damia:"Mama cuba hirup udara kat sekitar ni..nyaman sekali Damia rasa..segar jek.Bestlah Mama jenjalan kat kawasan banyak pokok-pokok ni"

Aksi Damia berjalan di atas rumput dan dikelilingi pokok-pokok yang menghijau

Damia:"Mama tengok batu ni...keraskan?..pastu cuba Mama rasa air sungai ni..burrr sejuklah..tapi seronoklah Mama"


Buah durian yang sangat enak dinikmati di tepi sungai..menyegarkan

Menikmati durian di tepi sungai yang dikelilingi oleh daun-daun dan pokok-pokok yang menghijau.Sejuk mata memandang

Gambar-gambar diatas diambil sewaktu musim buah-buahan baru-baru ni kat kampung Papa Damia di Maran Pahang.Jadi sewaktu kat sana aku pun bawalah Damia ni masuk kat kawasan kebun ni yang mana kebun ni dekat sangat dengan sungai.Ni lah kali pertama aku biarkan Damia ni bergerak bebas dalam kawasan kebun yang menghijau ni dan Damia memang kelihatan sangat gembira waktu ni.


Berjalan ke sana ke mari walaupun ketika ini Damia masih bertatih tuk berjalan.Orang tua-tua pernah kata bagus biarkan anak ni berjalan atas embun pagi demi untuk menguatkan otot-otot kaki agar cepat berjalan dengan betul.Mungkin terbukti kot sebab Damia ni waktu umur setahun dah boleh berjalan tanpa sokongan.


Selepas selesai mengutip buah durian tersebut, kitorang pun terus menuju ke tepi sungai.Best wooo sambil mandi sambil makan buah durian.Panas+sejuk=seimbang.hehehe.Damia memang suka betul dapat makan durian sambil mandi sungai tu.
Penting sangat ke pendedahan tentang alam semulajadi ni kepada anak-anak kita yang masih kecil?.Berbeza pendapat bagi setiap individu.Bagi aku memang sangat penting kerana:-
  • Dapat mendedahkan anak-anak kepada alam semulajadi ciptaan tuhan yang sangat menarik dan unik ciptaannya agar anak-anak dapat menghargainya.

  • Melalui cara ini dapat meransang perkembangan anak-anak apabila didedahkan dengan dunia luar supaya anak-anak ni dapat belajar sesuatu tentang alam semulajadi ini.

  • Ianya dapat membina kekuatan diri dan meningkatkan keberanian diri anak-anak untuk berdepan dengan keadaan sekeliling supaya anak-anak ini tahu apa yang ada disekeliling mereka.

  • Melalui cara ini kita dapat mengajar secara langsung kepada anak-anak apa yang ada dikeliling kita.sekurangnya takdelah anak tu cuma dapat mengenal melalui tv jek.At least bila ada diluar ni anak-anak dapat melihat dan memegang bunga,pokok, daun dan melihat burung2 yang beterbangan serta unggas-unggas kecil yang merayap ke sana sini.
Kepada yang masih belum join contest ni.Cepat kerana hanya tinggal sehari jek lagi before closing date dia.Kalau nak join just klik kat link di bawah ni

MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/



Rugi kalau tak join sebab hadiah-hadiah menarik untuk contest ni di sponsor oleh:-
Dan akhir sekali aku akhiri entry ni dengan lirik lagu hijau dendangan Zainal Abidin yang mana begitu besar ertinya tentang kepentingan menjaga alam sekitar ni.Pesan saya jangan biarkan anak cucu kita mewarisi alam yang kotor dan tercemar kerana kelalaian kita untuk menjaga kebersihan alam sekitar.



Zainal Abidin~Hijau


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa


Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari


Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang


Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau


Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat


Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini


Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama


Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako


Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, wehPase
maknusioSeghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh taheSapa bilo-bilo

4 comments:

Nia said...

Haiza, Damia menang baby in costume contest!!! Congrats!!!

Haiza said...

ye ke?...kena terjah ni....thanks bagitau ye. :)

Suziey Ahmad said...

amboih siap nyanyi lagu jenal lagi ye...semangt gituh..good luck damia...penerangan yg bgs..bole memikat hati juri ni....comel dh mmg comel dh..hehee..all the best k:)

Haiza said...

suziey:bestnya lah kalau ko yang jadik juri suziey ooii...sure Damia dapat menang hadiah best2 tuk contest ni....hihihi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin