Klik banner kat atas ni kalau nak join contest ni
Nama: Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
Umur : 1 Tahun 4 bulan ++
Tarikh Lahir : 27 June 2008
Damia:"Mama cuba hirup udara kat sekitar ni..nyaman sekali Damia rasa..segar jek.Bestlah Mama jenjalan kat kawasan banyak pokok-pokok ni"
Aksi Damia berjalan di atas rumput dan dikelilingi pokok-pokok yang menghijau
Damia:"Mama tengok batu ni...keraskan?..pastu cuba Mama rasa air sungai ni..burrr sejuklah..tapi seronoklah Mama"
Buah durian yang sangat enak dinikmati di tepi sungai..menyegarkan
Menikmati durian di tepi sungai yang dikelilingi oleh daun-daun dan pokok-pokok yang menghijau.Sejuk mata memandang
Gambar-gambar diatas diambil sewaktu musim buah-buahan baru-baru ni kat kampung Papa Damia di Maran Pahang.Jadi sewaktu kat sana aku pun bawalah Damia ni masuk kat kawasan kebun ni yang mana kebun ni dekat sangat dengan sungai.Ni lah kali pertama aku biarkan Damia ni bergerak bebas dalam kawasan kebun yang menghijau ni dan Damia memang kelihatan sangat gembira waktu ni.
Berjalan ke sana ke mari walaupun ketika ini Damia masih bertatih tuk berjalan.Orang tua-tua pernah kata bagus biarkan anak ni berjalan atas embun pagi demi untuk menguatkan otot-otot kaki agar cepat berjalan dengan betul.Mungkin terbukti kot sebab Damia ni waktu umur setahun dah boleh berjalan tanpa sokongan.
Selepas selesai mengutip buah durian tersebut, kitorang pun terus menuju ke tepi sungai.Best wooo sambil mandi sambil makan buah durian.Panas+sejuk=seimbang.hehehe.Damia memang suka betul dapat makan durian sambil mandi sungai tu.
Penting sangat ke pendedahan tentang alam semulajadi ni kepada anak-anak kita yang masih kecil?.Berbeza pendapat bagi setiap individu.Bagi aku memang sangat penting kerana:-
- Dapat mendedahkan anak-anak kepada alam semulajadi ciptaan tuhan yang sangat menarik dan unik ciptaannya agar anak-anak dapat menghargainya.
- Melalui cara ini dapat meransang perkembangan anak-anak apabila didedahkan dengan dunia luar supaya anak-anak ni dapat belajar sesuatu tentang alam semulajadi ini.
- Ianya dapat membina kekuatan diri dan meningkatkan keberanian diri anak-anak untuk berdepan dengan keadaan sekeliling supaya anak-anak ini tahu apa yang ada disekeliling mereka.
- Melalui cara ini kita dapat mengajar secara langsung kepada anak-anak apa yang ada dikeliling kita.sekurangnya takdelah anak tu cuma dapat mengenal melalui tv jek.At least bila ada diluar ni anak-anak dapat melihat dan memegang bunga,pokok, daun dan melihat burung2 yang beterbangan serta unggas-unggas kecil yang merayap ke sana sini.
MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/
Rugi kalau tak join sebab hadiah-hadiah menarik untuk contest ni di sponsor oleh:-
- PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/
- AliceWonders : http://www.alicewonders.com/
Zainal Abidin~Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, wehPase
maknusioSeghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh taheSapa bilo-bilo
4 comments:
Haiza, Damia menang baby in costume contest!!! Congrats!!!
ye ke?...kena terjah ni....thanks bagitau ye. :)
amboih siap nyanyi lagu jenal lagi ye...semangt gituh..good luck damia...penerangan yg bgs..bole memikat hati juri ni....comel dh mmg comel dh..hehee..all the best k:)
suziey:bestnya lah kalau ko yang jadik juri suziey ooii...sure Damia dapat menang hadiah best2 tuk contest ni....hihihi
Post a Comment