Saturday, August 22, 2009

BABY in PINK Contest

klik je gambar kat sebelah ni kalau nak join contest ni ye

Contest lagi....aku rasa bulan ni entry aku tuk bulan ni penuh dengan entry tentang contest-mengontest plak...maunya aku tak meroyan n gigih nak join contest kalau tak kerana semua contest2 yang diadakan oleh rakan2 blogger semuanya menarik dan kreatif...ni salah satunya contest yang dianjurkan oleh Sha a.k.a ibu Puteri yang sangat la membuatkan aku gigih nak join walaupun pada saat2 akhir sebelum tarikhnya ditutup..ekeke..ampun ya tuan empunya contest... Contest yang diadakan oleh Sha ni bertajuk

BABY in PINK Contest

Menarikkan tema dia?.....so inilah dia gambar anak kesayangan aku ni dengan baju kaler pink nya..jeng..jeng..jeng*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Nama anak: NurDamia Batrisyia bt Ahmad Firdaus

Tarikh Lahir: 27 June 2008 (nak masuk 1 tahun 2 bulan dah ni)

Gambar dah upload, link sume dah beres...banner dah tepek kat tepi sidebar tu..even kat entry pun dah ada banner siap link terus menerus lagi ke blog tuan empunya contest..ayarkk..apa lagi tak siap ek?....pikir jap?...oho masa menjawab soalan la plak..here we go..sebelum jawab soalan baca bismillah dulu...

Soalan pertama:Kenapa anak anda patut menang dlm contest ini??

Jawapan standard dari semua ibu-ibu yang join contest ni tentulah sebab anak mereka kiut miut, comei lote dan bermacam lagi...Begitu juga aku...tentulah aku rasa..bukan rasa lagi tapi ni kenyataan dari pandangan mata kasar aku yang dah hampir nak rabun kerana sering berblog di malam buta dengan lampu tertutup ni tentulah kerana anak kesayangan aku ni amat cantik, tertarik dan kelihatan sungguh menarik dengan semua koleksi baju pink dia..Sebagai seorang ibu aku amat bersyukur dengan anugerah dari Yang Maha Esa ini...dikurniakan aku anak yang sihat dan sempurna bagi menyerikan kehidupan ku sekeluarga..

Soalan kedua:Apa yg anda tahu ttg blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini??

Actually aku hanya mula menerjah ke blog Sha ni lepas dia adakan contest ni lah..bermula dari blog hoppin blogger2 lain maka membawa aku ke blog Sha ni..aku ni tak banyak sangat blog yang aku follow..maka takda masalah lah tuk aku khatam kan menerokai blog Sha ni..maka ni kesimpulan yang aku dapat.....blog ni dimiliki oleh seorang wanita yang mempunyai 6 beradik, pemilik blog ni juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang gigih bercontest..banyak gak contest yang dia join...mempunyai seorang puteri yang berumur 1 tahun 4 bulan ketika aku menulis entry ni....dia juga masih baru dalam arena blogging ni kerana first entry dia adalah pada tarikh 29 may 2009...hihihi psstt jangan tak tau ye semua hubby kesayangan dia nih ada hadihkan dia gelang tangan dan juga gelang kaki tuk Puteri....Puteri yang comei ni pun ada dapat hadiah kasut yang berlampu lagi kat tumit dia...kihkihkih..comei kaler pink lagi..memang dapat dikompemkan kat sini yang pemilik blog ni memang amat peberet dengan kaler pink..sampaikan background blog dia pun kaler pink...lepas ni saya kompem akan suka baca blog Sha ni sebab ada banyak persamaan antara kami...antaranya ada anak sorang,perempuan plak tu,wah lahir pun tahun yang sama last sekali sama2 meminati kaler pink..huhuhu setel

kat bawah ni gambar tuk cuci2 mata je ek..bukan tuk dipertandingkan..time kasih la ek kat Sha ni sebab buat contest ni maka barulah daku sedar rupanya anak ku ini memang mempunyai begitu banyak koleksi baju berwarna pink....ekekeke

8 comments:

BabyIntan said...

Alaa cute nya dia senyum...gud luck damia sayang :)

P/s: Selamat berpuasa to haiza and family!

Haiza said...

Intan:tenkiu Intan and selamat berpuasa juga buat Intan sekeluarga

alinalan said...

Hollaaa cemeinya Damia. Rambut dia masa kecik dah lebat yer...Good luck yer sayang!!!Slamat berpuasa!!

Haiza said...

Momma Mia:tersangat2 la lebatnya rambut Damia ni dari lahir lagi..tapi masa lahir rambut kerinting halus..lepas cukur terus jadik ikal2 gitu..tenkiu ye Aunty ..selamat berpuasa gak..psst..mama Damia tak puasa tau hari ni...ekeke

SYAbAR said...

gambar baju belang2 tu, akak ingatkan anak lelaki...

Suziey Ahmad said...

good luck..waa saingan ni..ekekk:D

Haiza said...

kak syabar:ramai kak yang cakap Damia ni cam lelaki...tambah2 masa dia rambut pendek camtu...so skang bila rambut dia dah panjang ni...memang takmo potong pendek dah...bior semua orang yang tengok Damia ni tau Damia ni gegirl...hihihi

Haiza said...

suziey:ekeke mari kita lihat sapa yang kena....aQeel dah memang kiut jangan risau...nak cop aQeel buat menantu bleh?...ekeke

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin