Saturday, August 15, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

sempat ke idok aku nak join contest ni....suka sangat buat kerja last minute....pastu mula lah kelam kabut....Kali ni aku nak join contest yang dianjurkan oleh MomBloggersPlanet....actually ni dah kali kedua aku join contest dari blog tersebut....first contest haritu tak da rezeki ...so nak cuba kali ni plak....tema contest kali ni ialah "MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS "

Tema berkaitan baby dengan toy pulak...Damia ni memang ada banyak giloz mainan yang dia suka main....terutama teddy bear...so kat sini aku rasa nak upload gambar ni tuk contest yang diadakan....tadaaaa...

*Damia with Barney
*Damia with baby doll
*Damia with Elmo yang boleh menghasilkan bunyi

*Damia with teddy bear (nampak kepala jek)

Princess Name: Nur Damia Batrisyia binti Ahmad Firdaus
D.O.B: 27 June 2008

Kenapa aku memilih tuk meletakkan gambar Damia dengan mainan2 tersebut..ini kerana aku tengok Damia ni memang akan teruja dan gembira bila diberikan mainan berupa soft toy seperti ini...Sampai bila dia nak tidur pun anak patung atau teddy bear la antara benda yang dia akan cari dulu...actually Damia ni ada 4 soft toy kegemaran dia...at least salah satu dari toy2 ni mesti menjadi peneman tidur dia...kalau nak tau...bangun dari tido pun dia akan capai mainan dia ni dan peluk usung turun dari katil...comei jek tau kalu tengok...

Bagi pendapat aku lah kan...banyak kebaikannya mendedahkan atau membiarkan anak2 ni bermain dengan toys kerana ianya dapat membantu dalam perkembangan otak anak-anak ni .Kerana toys ni ada pelbagai bentuk,warna dan tekstur yang boleh meningkatkan motor skills diorang. Mereka ni boleh belajar mengenal pelbagai bentuk dan warna..lagipun ada sesetengah toys yang menghasilkan bunyi yang boleh membuatkan anak itu tenang dan gembira ketika bermain. silap gaya boleh belajar menari dan menyanyi hanya melalui mainan ni jek...hebat kan?

apa-apa pun yang penting dalam pemilihan mainan untuk anak-anak ni biarlah sesuatu yang tidak memberi kesan buruk atau boleh mencederakan anak-anak ketika bermain.antaranya:
  • elakkan mainan yang tajam dan mudah tercabut supaya anak2 ni tak masukkan dalam mulut benda yang tercabut tu...takut tertelan
  • kalau nak bagi teddy bear...elakkan dari yang mudah tercabut bulu dia...kang anak tu tak pasal2 asyik duk bersin jek..lama2 kang asma plak
  • kalau mainan yang berwarna plak...biarlah dari bahan yang bermutu..jangan la beli mainan yang senang tertanggal warna dia bila anak gigit2...lumrah baby2 ni kan memang suka masukkan semua benda dalam mulut dorang

wah cam dah berjela plak bebel2 nih...so pada yang nak join contest ni sila la jenguk2 ke link di bawah ni ye...tarikh tutup 15 hb.....kiranya aku nih sempat lagi kot join nih..

http://www.mombloggersplanet.com/1312/cutest-baby-photo-contest-august-09/

Hadiah yang ditawarkan juga hebat2 belaka hasil sponsor dari

PhotoBookMalaysia

AliceWonders

8 comments:

ini reen said...

comelnyer..nak-nak yang bergambo dengan baby doll tue...cam sama jer...

Haiza said...

reen: tenkiu reen...sama ke?...tu lah pasal masa pakai kan dia baju tu memang tak perasan sangat tapi lepas jek pakai kan dia hair band tu terus nampak cam 'kembar'....hihihi

Ummi Salsabila said...

eee.comella pic mia dgn baby doll tu.pndainye die posing .good luck ok :p

Haiza said...

US:thanks dear...aufa pun apa kurangnya..sangat comei posing sambil tersengih2....gud luck to u too

Nia said...

Salam Haiza,..

Masa blog hopping terjumpa ur blog pulak..best la, baby u dah pandai posing, i punya baby naik penat kita nak arrange..adoi, dia tak berapa tau lagi nak posing2 nih.

Good luck on the contest ok!

Haiza said...

Salam kembali...jenuh jugak sebenarnya nak suruh dia posing....banyak kali snap gak la gambar dia..mana yang ok je lah masukkan kat sini...nasib kamera pakai memori kad jek ...kalau pakai kodak macam dulu2...mau bankrap la jawabnya

Nia said...

Salam,..thanks ye sudi jenguk ke blog saya. Betul tu, mmg kita yg kena didik anak2 kita, ajar dia
ape2 yg patut. Memang banyak kena delete gambar dia,..asyik tak jadi aje..huhu..Mencabar nak ambik gambar baby ni, kalau kita yg dewasa ni, suruh aje senyum ke,..posing ke..

I dah link u punya blog ni. Kalau sudi link balik ye..(adoi,..ayat poyo nih)..

Haiza said...

ok yang beres...dah link dah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin