Wednesday, July 08, 2009

--->Damia kene cucuk

termengah2 betul rasa pagi ni...pagi tadi bawak Damia pergi klinik kesihatan kat Taman Medan untuk dia mendapatkan suntikan MMR....keluar kul 9 pagi kul 11 baru settle...Suntikan MMR ni khas untuk anak yang berumur setahun..sepatutnya appoinment dia hari Khamis minggu lepas..tapi elok jek aku pi klinik tu hari khamis minggu lepas pastu siap melangut menunggu sampai dekat pukul 12 tgh hari,nurse tu bleh cakap kat aku "kak,untuk dapatkan suntikan MMR ni akak kena datang hari Rabu jek...sebab kita dah buat jadual untuk suntikan ni cuma hari Rabu jek"adeh cam nak pitam dengar..napa la ko tak cakap awal2 dik non oi...takde la akak sampai kena menunggu kat sini berjam2...

nak tak nak aku set kan masa nak pi hari ni,malas nak tangguh2 kang terlupa plak...umur ni dah makin lanjut memori pun dah low ni...hehehe...Damia ni masa aku sampai kat klinik ni dia punya lah happy maklumla ramai kawan sebaya dia....habis semua dia nak pegang nak tegur tak kira laki,pompuan,melayu cina india semua dia tegur...peramah gak anak Mama ni ye..bagus..bagus..

Yang paling hover nya,nurse tak panggil nama dia lagi,tapi dia dah jalan terkedek2 pergi menunggu depan pintu bilik tu...siap jerit2 lagi agaknya mesti dia cakap bila lah nak sampai giliran aku ni...lama betul la....elok sampai turn dia jek...aku ni budjet kompem dia akan menangis sekuat2 hati bila kena cucuk tu,tapi dia rilek jek...menangis sikit pastu bleh tersengih2 macam kerang busuk siap bye bye lagi kat nurse yang cucuk dia tu...memang good girl betul Damia ni

Lepas settle hal kat klinik tu,aku bawak Damia pergi restoran peberet dia..restoran Taj ...Damia ske giler makan roti canai kat situ...diulangi roti canai...gediks kan kecik2 dah melantak roti canai...ni ikut mama n papa dia la ni ske lepak kedai mamak dari zaman bercinta,bertunang,dah kawin,peknen sampai dah ada Damia...mamak tetap pilihan hatiku..mesti kembang kuncup lubang hidung mamak2 tu bila baca ayat aku nih...

Lepas melantak sepuas hati,aku terus masuk keje n papa bawak Damia balik then terus pegi keje gak...

2 comments:

Watie Aziz said...

alah ciannya u ..buang masa jer yerk..tuh i bennci kalau tak betul2 nak ke spital tuh...

ni pun Q masih lum amik jab setahun //hubby i takut nak ke spital ..sebab kes selsema bab* tuh lah ..

MamaDamia a.k.a Haiza said...

Watie:tu lah pasal...menyirap jek rasa...tapi takpe maintain cool...I masa pi klinik tu risau2 gak tapi kena pergi tuk kepentingan Damia gak...u pun patut kena bawak Q pegi amik suntikan ni...nurse tu pun ada cakap selalunya parents ni lupa time injection tuk anak umur setahun ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin