Monday, February 15, 2010

Klana Resort - Sukaneka budak tadika

Aktiviti petang kitorang kat Klana Resort ni adalah sukaneka.Memula ingat nak buat teambuilding,kebetulan plak kkat sini memang ada tempat khas untuk buat teambuilding tapi memandangkan yang datang ni semuanya lembik2,terus tak jadi.Kang tak pasal-pasal ada yang patah riuk plak.Damia pun bila dapat join aktiviti macam ni memang dia suka sangat.Macam biasa tak reti duk diam berlari ke sana kemari.Meh layan picas je lah ye :P

Happy nya anak Mama ni.Punya la seronok dia bila kitorang tolak tayar tu kat dia ...terjerit-jerit dia lari kena kejar ngan tayar tu...hehehe comel jek tengok
Bayangkan la sampai tayar yang berat tu pun nak diangkatnya pastu nak tolak-tolak..
Dengar taklimat sebelum acara bermula
Ni kononnya nak buat aktiviti jalan sambil tutup mata...tapi terpaksa dibatalkan sebab ada yang tercedera terlanggar kerusi kayu...betul tak aku cakap diorang ni semua lembik,baru mula aktiviti dah injured

Masa memula kena tu,ngeri jek aku tengok sebab nampak isi dalam tu...

Acara pertama,cari duit syiling dalam tepung.Bayangkan lah seksa tak seksanya nak kena tiup sedulang tepung untuk mendapatkan duit seposen.gilo...sampai tersedak tepung masing-masing...hehehe

Tengoklah tu,kalau tuang minyak dalam mulut dorang dah boleh jadik cekodok dah tepung tu...hahahaha yang merangkak2 tu plak injured masa main galah panjang...hahaha terseliuh punggung katanya...

Anak tarzan...abis dibantainya panjat tunggul-tunggul pokok tu...terkangkang -kangkang jadinya


Last-last tersangkut kat situ,takleh nak turun...aku bantai gelak jek pastu baru aku angkat dia...padan muka tak reti duk diam sangat...wakakaka

Rock Climbing...poyo jek memasing nya muka

Ni tak termasuk dalam aktiviti...saja memasing nak test power

Time ni anak aku dah start melalak sebab dia dah nampak swimming pool...dah tak sabar-sabar dah tu

Bila dah bawak masuk swimming pool,memang seronok sangat si kecik ni.Tambah-tambah dapat main gelongsor air tu....aku yang mengah sebab nak kena angkat dia buh dalam gelongsor tu berulang kali...adeii

Nasib la ramai gak yang nak melayan kerenah dak tecik ni...kalau lepas kat aku sorang...mau pitam aku dalam pool tu...hehehehe

Itu je lah aktiviti kitorang di siang hari...malam kang nak gi makan besar plak.Jangan ingat cina jek yang ada makan besar tau...kitorang pun ada gak...memang BESARRR PUNYYAA...ikuti sambungan nya nanti :P

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin