Tuesday, February 16, 2010

Makan besar punya..

Malam tu plak kitorang dinner kat Man Tom Yam..boleh tahan ramai gak orang kat situ.Semua duk sibuk makan besar sempena Chinese New Year....hahaha yang Melayu sama naik ngan bangsa Cina sibuk gak nak makan besar termasuk la kitorang.Memang hap'pening' la rasanya bila kitorang yang seramai 21 orang ni duk melantak laksana orang kebulur tahap dewa gayanya.

Muka insan kelaparan

bikin malu saja,ngalahkan Damia plak makan sampai tumpah2...apadaa

Oit pa,takkan kepala ikan pun nak gigit kot,awat tak telan jek ngan pinggan2 tu..kompem kenyang setahun :P

Anak Mama yang sentiasa sibuk,memula dia sedut elok jek air tu,pastu kang time kita tak sedar,tau-tau dengan tangan2 masuk dalam air tu duk nak amik ais...

Tengok la tu,padahal makan nasi ngan sup,orang bagi sudu,Damia tetap feel makan ngan tangan gak...ciri-ciri anak Melayu sejati ni :P

kenyang perut hati pun gumbira

Bergambar kenangan di hadapan kedai

Lepas makan, kitorang terus gerak balik hotel dalam kul 10 malam.So ada setengah yang masih tak ngantuk decide nak lepak kat lounge,aku pun join gak sebab bosan duk kat bilik.Papa sibuk duk layan PSP ngan komputer game dia,so aku usung Damia gi lepak kat lounge.Tapi lam kul 11 malam gitu,masing-masing dah takleh tahan bosan duk kat lounge tu,apalagi serbu bandar Seremban cari tempat karaoke.hehehehe memandangkan aku bawak Damia so kitorang lepak kt family karaoke.

Siap order mineral water 2 botol besar punya lagi...semangat berkobar-kobar ni memasing

Jelingan menggoda Damia :P

Lebih kurang kul 2.30 pagi baru kitorang habis melalak.Bukan selalu dapat release tension camni.Elok jek keluar dari pusat karaoke ni,ada plak race kete n rempit oleh makhluk2 berani mati kat area Seremban ni.Apalagi kitorang pun duk la minum kat kedai mamak sambil duk layan aksi berani mati ni. Pukul 3 terus gerak balik hotel...tido time Zzzzzz..

Lepak-lepak kat lobby hotel sebelum check out

Esoknya kitorang check out pukul 11 pagi then terus tuju ke Port Dickson.Elok jek nam sampai kat sana,kitorang tengok banyak giler kete yang nak menuju ke Teluk Kemang.Jam kaw-kaw,terus tak jadi nak ke sana..last sekali kitorang lepak kat pantai depan hotel sri malaysia PD jek...

Aku tak mandi pun kat PD ni,coz hari panas terik disamping tempat yang kitorang lepak ni takde tempat nak salin baju,tu yang aku malas nak mandi tu,kang leceh plak takde tempat nak salin.Nak amik gambo pun rasa malas disebabkan duk menahan bahang kepanasan yang maksimum tu.Damia plak dah tak heran panas terik tu,orang bawak je dia mandi kat laut tu,sikit punya suka dia sampai takmo naik...eceh...hitam anak mama.Lepas puas mandi dalam kul 4 terus gerak balik KL.Sampai dalam pukul 6 ptg terus terbongkang tido kepenatan.hehehe

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin