Thursday, May 27, 2010

Cable Car Langkawi

Aktiviti kitorang kat Langkawi ni cuma gi cable car pastu shopping sampai lebam kat Pekan Kuah.Niat utama memang nak shopping....dekat 5 ratus gak la abis duit kat Pekan Kuah ni.Segala bagai tok nenek coklat aku rembat.Penuh satu beg tarik...hahahaha memang aku bawak extra satu beg sebab nak isi segala hasil rembatan aku kat sini.

 Ni on the nak masuk ke kawasan cable car...Damia nampak je itik kat kolam tu terus laju tarik tangan kitorang ke situ



Langkawi Cable Car...sangat besh bercuti time ni coz tak ramai orang so tak payah nak menunggu lama-lama...ni lah untungnya anak tak sekolah lagi,nanti bila dah sekolah sure payah skit nak berholiday.Kalau dapat holiday plak sure time tu sesak tempat2 tumpuan pelancong macam ni


Tiket kitorang dapat harga dia RM14.00 sorang,budak bawah 3 tahun free.Tiket ni amik ngan orang yang sama kitorang amik kete sewa tu,dia cakap kat aku,kalau tak jadi pergi cable car ni dia pulangkan duit balik.Bagus kan bisnes ngan orang Cina ni.

Time menunggu cable car....ada la dalam satu keluarga India je depan kitorang ni


Muka je senyum tapi dalam hati ada taman cuak tak ingat punya...control2

Bayangkan la kalau cable ni terputus....kompem inalillah

Damia tak takut pun siap nak berdiri tengok view kat luar tu


Serius nya la muka anak dara tu ...hehehe


Hijau bumi tuhan....cantik giler

Aku di ketinggian 652.5 meter dari aras laut

:)


siap pis tunjuk langit lagi laki aku tu....suka sangat la tu ye :P



Last pose sebelum turun....hihihi

laaaaa sambung lagi :P

16 comments:

azieazah said...

Kalu meronda sekitar Oriental Village tu ada juga pameran ular, pameran motor yang canggih. Kawasan tu memusing jer kan?

Kak Azie suka tengok pekerja2 situ meronda guna skuter yg berdiri tu. Comel.

eima said...

pi la pulau² skali ... baru syok...
alang²... tanya kat keta sewa tuh leh dpt murah kot ...

Sari said...

x merasa lagi nk naik cable car, asik pusing2 kat pekan jer...xgi under waterworld ker?

maszmadi said...

wah best nyer cable car kat langkawi.. masz pnah nak gak tp kat genting jerk.. hehe

Intan said...

Alahai seronok nya damia jenjalan kat sana ye...series nampak dah besar lah dia :)

Hee hee...agak2 akan ada tak adik damia lepas 9 bulan dari tarikh percutian ini :D

[-suziey-] said...

eeee braninya haiza bg damia jln2 ats titi tu..huhu..gayatnya...

El-Zaffril said...

Haiza... kamu suka hijau juga ye

MamaDamia a.k.a Haiza said...

aziezah:betul kak,memang banyak tempat boleh singgah sebelum sampai kat kawasan pintu masuk cable car tu,skuter berdiri tu pun diorang bagi kalau nak sewa...tapi mahal la.hihihi

MamaDamia a.k.a Haiza said...

eima:actually ada amik pakej tuk island hoping tu tapi tak sempat nak pergi...takpe lah 2 tahun lepas dah pi dah pusing2 pulau tu...maybe next time kot boleh pergi lagi...serius seronok kat Langkawi ni,haritu rasa macam taknak balik pun ada :P

MamaDamia a.k.a Haiza said...

Sari:Underwater world tak sempat nak pergi,isk isk isk tu la kepala ni asik nak bershoping je. :P

MamaDamia a.k.a Haiza said...

maszmadi:feel naik cable car kat Langkawi ngan kat genting lain yang.Kat Langkawi ni cam jauh sikit pastu tinggi lagi naiknya,kalau kena angin kuat,bergoyang-goyang gak cable car ni....boleh pitam rasanya...hehehe

MamaDamia a.k.a Haiza said...

Intan:Memang seronok Damia ni kat Langkawi tu,bukan Damia je,mama dia pun over seronok kat sana.

adik Damia ke?...huhuhu tak kot sebab bendera Jepun den tgh berkibar megah nih :P

MamaDamia a.k.a Haiza said...

suziey:Damia ni yang berani,ikutkan dia takmo nya bagi kita pegang tangan dia,pastu bila jalan je kat titi tu dia dok pandang bawah je....memang takde rasa takut langsung dak tecik tu,

MamaDamia a.k.a Haiza said...

El:hijau antara warna peberet den :P

ummikhayra said...

hehehhehhe tula dia kalau tak menyoping kat langkawi tak sah.. hehehhehe nini dulu pun beratus habis tuk coklat jek... ekekekkekekeke cable car... sangat best.. sayang abah khayra tak bape suka naik... nini pun seram gak tp best.....

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

kalau ayu naik ni ...confirm gayat...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin